Adakah korang tergolong di antara para graduan yang berhempas pulas di tempat kerja namun tidak menikmati kerjaya sebab gaji kecil dan tak berbaloi?

Adakah korang juga antara graduan universiti yang belum bekerja dan hidup dalam kerisauan setiap hari dek kerana tohmahan masyarakat ke atas status penganggur kehormat tu?

Jika ya, apa kata kalau korang cuba untuk terjun ke bidang khidmat pelanggan sebagai kerjaya awal atas sebab-sebab awesome di bawah.

1. Gaji yang lumayan

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service

Majoriti jawatan sebagai Customer Service Agent, Customer Service Repre sentative, Customer Care Specialist dan seangkatannya menawarkan gaji basic antara RM2000 ke RM3000 kepada para lepasan Ijazah. Ini belum masuk elaun shift, elaun pengangkutan, elaun makanan dan elaun cuti umum.

2. Peluang sertai pelbagai industri

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service
zwei empfangsdamen an der rezeption

Syarat utama untuk mendapatkan jawatan ini hanyalah Ijazah, fasih berbahasa Inggeris dan boleh mengira Matematik dengan baik. Korang boleh menyertai pelbagai industri termasuk perbankan, hotel & travel, pendidikan, kourier, penyiaran dan banyak lagi walaupun Ijazah korang tidak berkaitan dengan industri tersebut.

Ads

3. Latihan diberikan

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service

Jangan risau jika tak berapa arif tentang industri tersebut, kerana latihan berbayar dua minggu ke tiga bulan pasti diberikan. Gaji basic tetap korang dapat walaupun belum mula kerja.

Mana nak dapat wei! Namun begitu, majoriti syarikat menyediakan latihan untuk tempoh 1 bulan sahaja.

4. Jadual kerja yang fleksibel dan ikut suka hati

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service

Ya! Ini berdasarkan pengalaman peribadi. Walaupun perlu bekerja shift 24/7 tetapi korang tahu tak banyak syarikat yang memberi kelonggaran untuk bertukar jadual dengan rakan sekerja? Jika korang tu sejenis susah nak bangun pagi, boleh je nak tukar jadual suka sama suka dengan kawan-kawan lain.

Ads

5. Added value untuk kerjaya baru

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service

Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, bayangkan korang adalah seorang pegawai bank dan tiba-tiba ada pelanggan datang untuk minta bantuan tentang masalah perbankan internetnya, dah tentu korang panik sebab hal itu memerlukan navigation, troubleshoot dan beberapa hal yang perbankan internet memang suka buat hal.

Tetapi jika korang pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, benda ni semua memang kacang je. Malah ilmu sebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk korang dapatkan jawatan idaman.

6. Menambah baik kemahiran multi-tasking

6 Sebab Kenapa Fresh Graduate Perlu Mulakan Karier Sebagai Customer Service

Ads

Jika anda adalah individu yang tidak mampu buat dua perkara dalam satu masa, percayalah anda mampu melakukan hampir empat perkara dalam satu masa selepas bekerja 6 bulan ke 1 tahun dalam bidang ini.

Dah jadi perkara biasa untuk seorang pegawai khidmat pelanggan berbual dan mendengar persoalan pelanggan sambil membaca buku manual dan menaip laporan di komputer serta berinteraksi dengan team leader atau rakan sekerja tentang sesuatu isu. Mata melihat buku manual, telinga mendengar persoalan pelanggan dan arahan rakan sekerja, tangan menaip laporan, mulut bercakap dengan pelanggan, semua dalam satu masa. Hebat kan?

Nah, sekarang bagaimana? Masih lagi ingin meneruskan kerjaya yang gajinya tidak berbaloi atau terus menganggur?

Majikan-majikan alaf kini asyik nak pengalaman kerja je kan? Nah, ni kita bagi.

Artikel ini disumbangkan oleh: Hatake Haniza (Norhaniza Romzan)

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI