Peluang untuk kembali mengembara ke luar negara telah digunakan oleh para selebriti tempatan untuk mengerjakan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun ini. Biarpun cabarannya agak berbeza memandangkan cuacanya agak panas; ditambah pula dengan jumlah jemaah yang mencecah angka jutaan orang pada Ramadan kali ini, 6 selebriti ini mencekal jiwa demi mendapatkan ibadah umrah yang mabrur.
Perancangan awal dua orang kawan rapat ini adalah untuk ke tanah suci sekitar bulan Februari lalu memandangkan cuaca di sana pada waktu itu sejuk. Namun, sudah tertulis rezeki mereka untuk ke sana pada bulan Ramadan. Kehadiran mereka ke sana pada hari-hari terakhir di bulan al-Mubarak ini dirancang sehingga saat-saat terakhir memandangkan kos ke sana pada waktu ini agak tinggi.
Erra dan Betty ke sana dalam sekumpulan empat orang jemaah bersama makcik Erra. Tambah Betty, buat kali pertama mereka mengharungi ribut angin beberapa hari lalu yang cukup kuat. Untuk pengetahuan, Betty mempunyai kenalan keluarga yang menetap di Jeddah dan mereka merancang untuk melawat ke sana kelak.
Di Mekah, khabar mereka solat Tarawih dilakukan sebanyak 10 rakaat sahaja manakala imam akan menyambung dengan solat Tahajjud sebanyak 10 lagi rakaat. Pada malam ini, Erra dan Betty bakal berada di Madinah untuk menghabiskan malam ke-29 untuk mengkhatam Al-Quran di sana demi Nabi Muhammad SAW.
Penyanyi nombor satu negara ini telah berangkat ke Mekah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Dati Zaiton Mohd Jiwa pada 24 April lalu untuk menghabiskan 10 malam terakhir Ramadan di sana. Terdahulu, kali terakhir Siti menunaikan umrah bersama suami, anak dan pengasuh adalah pada tahun 2019. Menerusi hantaran di Instagram, Siti mengucapkan selamat tinggal kepada cahaya matanya, Siti Aafiyah, 4 dan Muhammad Afwa, 1.
Fouziah Gous dan suaminya, Datuk Zhaf Yusuf juga memilih untuk menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan. Katanya menerusi hantara di Instagram, pelakon dan usahawan jelita itu berkata, “Doakan perjalanan kami serta kesihatan yang baik dan juga Allah SWT permudahkan dan menerima segala ibadah kami. Kami ingin memohon maaf daripada hati kami jika ada salah dan silap daripada kami, sengaja ataupun tidak sepanjang perkenalan kita sama ada rapat ataupun dalam media sosial.”
Untuk kali keempat, pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad menjejakkan kaki ke Mekah. Pada tahun lalu, Nabil ke sana untuk menunaikan Umrah bersama isteri sambil menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil. Namun tahun ini, mereka ke sini tanpa terlibat dengan mana-mana program. Tambah istimewa, ini merupakan kali pertama Zira menyertai Nabil mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan.
Bell dan isteri telah berada di tanah suci sejak 20 April lalu dan merancang untuk menyambut hari raya di Mekah buat kali pertama. Asalnya, mereka akan menyambut satu Syawal di tanah air setelah pulang daripada mengerjakan ibadah umrah. Namun ujar Bell, dia telah menerima pelawaan pelajar-pelajar Malaysia di sana untuk sama-sama menyambut Syawal di Mekah. Hanya pada hari raya ketiga, mereka akan pulang ke Malaysia.
*
Untuk pengetahuan, pada awal Ramadan lalu, beberapa lagi selebriti lain yang telah berkesempatan menjadi tetamu Allah SWT ke tanah suci termasuklah Naim Daniel, Daiyan Trisha dan Saharul Ridzwan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.