6 Selebriti Remaja ‘Ajar’ Pelakon Senior Hollywood Cara Berfesyen Di SAGS Award

Share

Tiga minggu lepas, karpet merah di anugerah Golden Globes menjadi medan selebriti wanita Hollywood memperjuangkan hak agar 1) Dibayar sama seperti pelakon lelaki, 2) Tak lagi menjadi mangsa cabul, 3) Diberi penghormatan selayaknya seperti selebriti lelaki dengan memakai pakaian berwarna hitam.

Hari ini,SAGS Award kembali menyaksikan selebriti Hollywood berpakaian seperti biasa. Yayy!

Bukanlah penulis nak perkecilkan inisiatif Hollywood pada anugerah Golden Globes lepas.

Tapi, seriously, lepas tengok 7 dress hitam di karpet merah, I personally think everyone looked the same.

Cumanya, panjang pendek dress je yang membezakan mereka pada mata kasar.

Yes, colours, yes!

 

Jadi pagi tadi, bila kami dapat saksikan selebriti mula menyarung dress berwarna seperti biasa di Twitter dan Instagram, apa lagi, excited la!

Kami lagi teruja apabila selebriti remaja di bawah usia 20 tahun betul-betul datang penuh bergaya tapi masih kelihatan remaja. Bukannya dibuat-buat untuk mendewasakan diri.

Malah, tak keterlaluan kalau penulis katakan yang sebahagian daripada mereka boleh ‘mengajar’ selebriti senior di Hollywood dalam bab bergaya.

Jom tengok siapa 6 orang selebriti muda paling menyerlah untuk karpet merah SAGS Award, kali ini:

Millie Bobby Brown, 13

Yasss Millie, thank you for being you! Datang dengan menyarung dress daripada koleksi Calvin Klein, bukan dress Millie yang menjadi sebutan ramai pagi tadi tetapi 2 perkara lain yang dipakainya: rambut bun dan kasut Converse Chuck Taylor!

Pelakon Stranger Things ini berani untuk mencabar gaya konvensional Hollywood di karpet merah seperti Kristen Stewart dan Emma Watson sebelum ini yang berani memakai sneakers dan seluar di acara sebesar ini. Rambut Millie kemas diikat bun oleh stylist, Thomas Carter Brown menggunakan riben hitam.

Best dressed pada pendapat kami untuk karpet merah hari ini!

 

Yara Shahidi, 17

Berlainan pula dengan Yara. Walaupun ramai selebriti wanita yang menarik nafas lega kerana boleh memakai warna selain hitam, Yara tetap memilih warna kedam itu.

NAMUN, dia bijak untuk mengubah cara pemakaian dengan mengenakan jumpsuit Ralph Lauren dengan train (!) bersama aksesori Tiffany & Co.

Gabungan seluar dan train itu yang membuatkan bintang siri Grown-ish ini sebagai satu-satunya selebriti wanita yang menyerlah dengan jumpsuit. Yela, kalau diberi pilihan dress sendat dengan seluar berpoket, of course kami pun pilih jumpsuit!

Boleh sorokkan phone dan menari terkangkang macam di bawah:

 

Caleb McLaughlin, 16

Okay, bukan salah kami sebab senaraikan fashionista No 3 hingga No 6 ini dengan pelakon daripada siri Netflix, Stranger Things! Tapi sebab mereka datang dengan penuh gaya, haruslah kami hargai effort mereka tu, tak gitu.

Caleb membuktikan lelaki pun boleh menyerlah dengan pilihan seluar berfabrik tartan daripada Antonio Marras, blazer putih Louis Vuitton, bow tie merah baldu dan loafers Jimmy Choo. WHOA, that is a lot to take in !

Tapi kalau kombinasi warna dan saiz nampak menarik, apa salahnya. Dan Caleb pun memang yakin apabila berjalan di karpet merah tadi.

 

Sadie Sink, 15

Oh la la Sadie! Sama seperti rakan pelakonnya dalam Stranger Things, Millie Bobby Brown, Sadie memilih warna merah jambu bubble gum pada kali ini. Cumanya, dia bijak tampil berbeza dengan  dress tea-length daripada Chanel, aksesori Chanel dan sepatu Sergio Rossi yang seakan kena je dengan personaliti Sadie yang sedikit tomboy dan sedikit feminin.

Apa yang kami suka tentang dress ini adalah bahagian sleeves yang mempunyai perincian pleated lalu membuatkan Sadie nampak lebih ‘present‘, setanding dengan pelakon yang lebih senior seperti Dakota Fanning.

 

Noah Scnapp, 13

Walaupun baru berusia 13 tahun (what?!), Noah yang mempunyai seramai 6.2 juta followers

di Instagram tak nak kalah bila bergaya. Tengok je pada suit baldu hijau yang dipadankan dengan bow tieerr – bercorak harimau bintang ke tuh? Coolness!

Noah ialah antara pelakon yang kami nanti-nantikan pada kali ini kerana keberaniannya untuk meletakkan skaf baldu pada bahu ketika berjalan di karpet merah anugerah Golden Globes 3 minggu lepas.

 

Dan Kesemua Pelakon Stranger Things

Okay fine, pelakon Stranger Things pada hari ini semuanya onz !

Tak percaya lihat (dari kiri) Dacre Montgomery, Natalie Dyer dan Joe Keery yang masing-masing bergaya sakan dalam persalinan suit dan dress A-line. Natalie contohnya, mengambil langkah berbeza daripada Millie dan Sadie dengan dress Dior yang mempunyai corak zodiak. Bukan setakat corak unicorn je, ada bintang – bulan – awan – and all of our dreamland creatures di atasnya.

Seperti Millie, Natalie juga bijak memakai sneakers Converse dengan dress-nya!

Published by
FZ