Untuk memilih skincare yang sesuai dengan kulit wajah, adalah penting bagi korang mengetahui jenis kulit terlebih dahulu supaya tidak tersilap memilih produk.
Kalau produk tidak sesuai dengan kulit, berkemungkinan besar ia boleh memudaratkan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai jenis kulit sensitif.
Kulit sensitif disebabkan oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan persekitaran, rawatan kulit dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit (stratum korneum) paling luar.
Ciri-ciri yang korang boleh lihat adalah bila kulit mudah sangat kering dan terjadi iritasi kerana sistem perlindungan kulit kurang baik terhadap faktor persekitaran dan pencemaran.
Selain itu, ada beberapa faktor lain yang korang boleh check sendiri sama ada kulit korang jenis yang sensitif atau tidak.
Jika mengalami keadaan seperti berikut, mungkin korang tergolong dalam masalah kulit kering.
1. Kulit sensitif mudah bertindak balas dengan faktor persekitaran, seperti sinar matahari, pencemaran, cuaca sejuk, dan bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik atau peralatan mandi.
2. Mengalami iritasi, rasa gatal dan rasa seperti terbakar.
3. Perhatikan keadaan kulit korang pada siang hari. Bila kulit kelihatan bersisik dan sangat kering, kemungkinan besar kulit korang termasuk jenis kulit sensitif.
4. Biasanya, tanda yang ada pada kulit seperti bekas luka, bintik hitam, atau bekas jerawat susah nak hilang.
5. Kulit kelihatan sangat nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah boleh dilihat dengan jelas.
6. Selepas bersihkan wajah dengan pencuci muka dan keringkannya dengan tuala, muka korang nampak seperti kemerahan selama beberapa saat. Hal ini kerana kulit sensitif sangat peka terhadap tekanan sekecil apa pun.
So, kalau korang betul-betul ‘kena’ dengan simptom ini, lepas ni dah tahu la nak cari skincare
apa yang sesuai untuk kulit muka kan?Kalau salah pilih takut makin kering pula kulit tu nanti. Oleh itu, jagalah kulit korang baik-baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)