Ada individu yang memang gemar menyimpan duit syiling sehingga berbalalang-balang. Cukup masa, nak ditukarkan pula kepada wang kertas untuk melihat hasil simpanan.
Kemudahan yang dah ada sekarang dapat membantu korang dengan sangat mudah. Tak perlu nak beratur panjang tunggu giliran di bank, cuma perlu gunakan mesin duit syiling untuk transfer ke akaun bank korang.
Pada siapa yang mungkin belum tahu, korang boleh refer cara-cara penukaran ini dalam perkongsian yang dibuat oleh Anan Adli
.1. Pergi ke cawangan yang ada mesin deposit syiling. Tapi, tak semua cawangan bank ada. Jadi korang kena pastikan betul-betul cawangan mana yang ada.
2. Masukkan syiling. Tak perlu asingkan duit syiling tu sebab mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru atau lama, semuanya diterima kecuali duit negara lain.
3. Tekan butang ‘A’ untuk start. Mesin ini akan mula masukkan syiling. Setelah seketika, mesin akan berhenti dan tekan balik butang ‘A’ untuk continue. Duit-duit yang tak diterima akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4. Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan dua resit. Satu untuk korang simpan, satu lagi pihak dan satu lagi akan diambil oleh pihak bank. Korang kena isikan nama, nombor akaun dan juga nombor telefon.
5. Tunjukkan resit tersebut di kaunter khidmat pelanggan. Korang akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, nombor akaun dan jumlah wang syiling yang dah didepositkan tadi.
6. Serahkan form tersebut pada kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang korang akan dimasukkan ke akaun petang nanti (kalau pergi waktu pagi laa)
Waktu operasi mesin syiling ini adalah mengikut waktu operasi bank, 9.15 pagi hingga 4.30 petang. Bukan seperti cash deposit yang korang boleh pergi pada bila-bila masa. Itu sebab resit kena bagi balik di kaunter khidmat pelanggan. Resit tu valid untuk satu hari saja.
Kalau korang memang suka menabung duit syiling, tak perlu nak ke kaunter bank, terus saja pergi ke mesin duit syiling yang berdekatan.
Mudah je kan?