Ramai yang berhutang untuk memiliki harta. Namun masa yang sama akibat beberapa masalah, hutang tidak dapat dilunasi sebagai mana gadai janji dibuat. Tapi sering kali penghutang diganggu oleh pemungut wang atau collector untuk membayar hutang dan memberikan pelbagai amaran agar hutang dibayar.
Apa yang korang kena tahu ialah bagi setiap hutang yang tidak dituntut oleh pihak bank dalam tempoh enam tahun ke atas, ia adalah hutang lapuk dan peminjam tidak perlu membayarnya.
Baca perkongsian dibuat oleh Peguam & Pengguna Malaysia mengenai hal ini.
Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang? Adakah anda wajib membayarnya?
Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.
Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.
Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mahkamah boleh diambil ke atas anda.
Ads
.
Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.
Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mahkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu.
Mengikut Seksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa enam tahun.
Ads
Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mahkamah, kecuali, mengikut seksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.
Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemalangan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemalangan jalan raya, tarikh dan masa kemalangan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.
Banyak beri notis palsu
Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.
Ads
Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mahkamah. Hm, mahkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mahkamah nak buat macam tu.
Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mahkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.
Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.
*Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Internet kini bukan lagi dianggap sebagai satu bentuk medium untuk hiburan atau meluangkan masa. Internet kini sudah menjadi satu bentuk KEPERLUAN yang sangat penting apatah lagi untuk generasi muda seperti korang.
Malah di antara golongan terbesar menggunakan data Internet terbesar dalam masyarakat ialah golongan remaja dan muda. Dan menyahut seruan dan janji kerajaan kepada rakyat, Kementerian Komunikasi dan Digital kini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasmi dengan menyasarkan untuk golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas pada harga lebih rendah.
Menteri Komunikasi dan Digital ,Fahmi Fadzil
Menerusi pakej yang bakal ditawarkan penyedia perkhidmatan mulai Mac 2023 kelak, pengguna akan ditawarkan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap – Hanya RM69 sebulan
Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun. pic.twitter.com/gRIepkB6Nu
Setiap pakej turut hadir dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini ditawarkan oleh TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TIME, YTL dan Astro. Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun.
Inisiatif ini dibuat atas dasar mahu menawarkan meringankan beban rakyat disamping memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh pada harga lebih rendah. Sama-sama kita nantikan penawaran pelan perpaduan ini yang bakal tiba pada bulan Mac kelak.
REMAJA menyambut baik penurunan harga ini memandangkan ia akan menjadi lebih murah dan lebih ramai golongan berpendapatan rendah mampu menikmati Internet.
Semoga penurunan harga ini juga dapat terus menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan maklumat di kalangan rakyat Malaysia.
Siti Najihah Zamani dan pasangan memilih mi segera sebagai doorgift di majlis perkahwinannya.
Menafikan bahawa dia merupakan orang pertama yang memberikan mi segera sebagai hadiah kepada tetamu, Najihah mendapat idea ini kira-kira 9 tahun lepas, apabila terlihat di Facebook dan terus berniat nak buat begitu juga.
Ramai yang memberikan respon positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga yang bercadang untuk memberikan doorgift mi segera ini juga di majlis kahwin mereka nanti.
Paling menarik apabila pihak Maggi Malaysia sendiri turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru serta berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya. Comel je. Hiks!
Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?
Kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Siti Najihah Zamani serta pasangan yang bakal mendirikan perkahwinan tidak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer lagu popular ‘Tergantung Sepi’, Haqiem Rusli berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Haqiem Rusli, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Terkenal dengan genre lagu pop, antara yang popular adalah Lembah Kesepian, Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang dan banyak lagi.
Terbaru, Haqiem Rusli menerusi laman Twitter nya berkongsi khabar gembira bersama peminat apabila dia kini telah memiliki sebuah kereta.
Memuat naik foto dirinya di sisi kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 200 itu, Haqiem turut menganggap ianya sebagai hadiah buat dirinya yang selama ini telah bekerja keras di dalam industri. Dianggarkan kereta mewah itu bernilai RM286,378.77 dan merupakan model SUV bagi jenama kereta mewah tersebut.
Rata-rata peminatnya turut mengagumi dan memuji kejayaan Haiem di usia muda. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:
Jelaslah, jika kita meletakkan impian dan cita-cita sejak usia muda lagi, tak mustahil untuk kita mencapainya pada usia remaja. Seperkara lagi, tidak semua orang mampu untuk ‘beringat’ dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Betul tak gaiss.. hehe.
Tahniah Haqiem Rusli moga terus success di masa akan datang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...