Barangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
Ads
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
Ads
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Ads
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita semua sedia maklum bahawa hubungan politik dan ekonomi di antara 2 negara gergasi, China dan Amerika Syarikat (US) selalu berdepan dengan ketegangan.
Pelbagai konflik pernah tercetus pada era millennial ini. Kalau nak disenaraikan satu-persatu memang tak terkira!
Awal bulan lepas, presiden Amerika Syarikat ini telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengharamkan operasi aplikasi TikTokyang berasal dari China di negara yang diperintahnya itu kecuali jika aplikasi tersebut dijual pada bulan ini.
Menimbulkan keresahan terhadap pengguna aplikasi popular itu, terbaru Trump tetap berdegil untuk mengharamkan aplikasi itu bermula 15 September dan proses tersebut akan mengambil masa 45 hari.
Terbaru, Peguam pihak TikTok turut memberikan hujah yang mana pengharaman aplikasi berkenaan tidak menghormati pengguna, penghasil kandungan, dan pada masa yang sama memberikan kesan reputasi terhadap TikTok dan pengiklan.
Untuk info, pada bulan Ogos lepas, Trump telah mengatakan TikTok dan WeChat membawa kepada bahaya dan ketirisan sekuriti negara, sekaligus mengumumkan aplikasi berkenaan akan diharamkan di kedai aplikasi Amerika Syarikat.
Dengan injunksi sementara ini, aplikasi TikTok akan dapat terus dimuat-turun melalui kedai aplikasi di Amerika Syarikat buat masa ini.
Untuk pengetahuan korang, selain India dan mungkin Amerika Syarikat, Australia juga telah bertindak untuk menolak produk Huawei dan sedang mempertimbangkan keputusan mengharamkan TikTok.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Januari 2022 mungkin boleh dianggap sebagai bulan penuh mencabar buat pemain perseorangan badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia setelah perkhabarannya meninggalkan skuad Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat liputan meluas sehingga ke perhatian pemain badminton sedunia.
Bulan Februari nyata memberi lebih keceriaan buat Lee Zii Jia. Pemain berusia 23 tahun itu bukan hanya sedang bermain cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).
Malah baru-baru ini, jenama telefon pintar Oppo Malaysia telah mengumumkan perlantikan Zii Jia sebagai duta produk bagi siri telefon pintar OPPO Reno7 5G.
Menerusi perlantikan ini, Zii Jia meneruskan tugasnya sebagai duta siri OPPO Reno yang terkenal sebagai pakar lensa potret.
Dengan senario yang terpaksa dihadapi Zii Jia baru-baru ini, OPPO percaya pemain itu adalah individu tepat untuk mewakili suara anak muda sekarang yang tidak gentar membuat keputusan yang dianggapnya penting untuk mencapai cita-citanya.
Perlantikan kali ini juga menyaksikan sesuatu yang menarik bakal berlaku! Zii Jia difahamkan akan muncul dalam iklan pendek bersama OPPO tidak lama lagi.
Tentunya Zii Jia akan memperkenalkan kelebihan OPPO sebagai Portrait Expert (dahulunya dikenali sebagai Selfie Expert pada tahun 2016). Trend bersilih ganti dan pengguna kini tidak lagi mementingkan teknologi swafoto (selfie) atau swafoto bersama (wefie).
Kongsi OPPO, 76 peratus pengguna telefon pintar itu kini lebih memilih fungsi mengambil foto potret menggunakan kamera belakang berbanding 24 peratus yang masih setia menggunakan kamera hadapan untuk mengambil foto selfie.
Haa kalau nak tengok foto Lee Zii Jia menggunakan lensa potret siri OPPO Reno7, sama-sama nantikan pelancarannya pada 22 Februari 2022 (Selasa) depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...