Perempuan datang bulan selalunya dikaitkan dengan PMS atau sindrom pra haid iaitu gabungan simptom yang diberikan kepada simptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan seorang wanita.
Biasanya ia datang dua minggu sebelum period dan akan berkurangan bila period dah bermula dan hilang bila berakhirnya period.
Bila PMS ini menyerang, mulalah rasa macam mood swing, murung dan senang sangat nak marah. Kadang-kadang ada juga tiba-tiba je rasa sedih, beremosi dan susah tidur.
Itu sebab orang cakap kalau perempuan nak datang bulan ni, jangan korang pergi cari pasal dengan mereka. Silap haribulan, ada yang kena ‘angin’ tak baik mereka pula.
Tapi korang tahu tak ada beberapa hack di bawah boleh membantu anda mengawal emosi dengan lebih terkawal.
1. Makan Pisang Dan Sayuran Hijau
Buah dan sayur terutamanya pisang, kale, bayam dan salad romaine meningkatkan tahap kesihatan dan tenaga secara keseluruhan, dari gangguan tidur yang disebabkan oleh PMS hingga jerawat hormon.
2. Senaman Sekurangnya 2 1/2 Jam Setiap Minggu
Mungkin bersenam adalah perkara terakhir anda ingin lakukan, tetapi bersenam dapat meningkatkan mood anda, ironinya dengan membantu melawan keletihan.
3. Cuba Minum Teh Daun Raspberry Merah
Cuba amalkan teh daun raspberry merah bila gejala PMS anda datang menyerang. Teh daun raspberry merah dapat membantu PMS kerana ia berfungsi untuk merehatkan otot anda, dapat membantu mengatasi cirit-birit, kencing, berat badan, dan kekurangan vitamin.
4. Bawa Heating Pads Ke Mana Saja
Sekiranya anda mengalami kekejangan haid, anda perlu mendapatkan pad pemasanan. Pad pemanasan berfungsi dengan baik untuk menenangkan kekejangan haid jika anda mengalaminya.
5. Ambil Folic Acid, Magnesium, Vitamin E & Vitamin B6
Suplemen merupakan kaedah yang selalu orang guna untuk memerangi gejala PMS. Suplemen seperti folic acid, magnesium, vitamin E dan vitamin B6 disarankan untuk mengurangkan kekejangan dan perubahan emosi.
6. Tidur Paling Terbaik
Bila PMS, tiada perkara yang lebih baik daripada mendapatkan tidur yang cukup. Tidurlah seberapa banyak yang anda dapat ketika PMS, tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam untuk mengurangkan keletihan.
Sekiranya cara-cara ini masih lagi tidak boleh membantu mengurangkan PMS, korang perlu berjumpa dengan doktor. Korang mungkin perlu memulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan yang bersesuaian.