Kesihatan

6 Waktu Disarankan Minum Susu, Boleh Buat Rasa Tenang & Kurangkan Stress

Share

Memang sudah terbukti pengambilan susu setiap hari dapat memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan manusia.

Kebiasaan kita akan minum susu tanpa mengira masa. Jika teringin akan minum begitu saja tanpa kira waktu. Siapa sangka sebenarnya ada 6 waktu yang disarankan untuk minum susu.

ARTIKEL BERKAITAN : Susu Rendah Lemak Tak Sesuai Untuk Berdiet, Doktor Dedah Fakta Sebenar

Hal ini turut dikongsikan oleh pakar Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Ikuti perkongsian beliau.

Waktu sesuai minum susu

Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita.

1. Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.

2. Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.

3. Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.

4. Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.

5. Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yang mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.

6. Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.

Walaupun susu mempunyai pelbagai khasiat, adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Oleh itu, disarankan untuk berbincang dengan profesional kesihatan untuk menyesuaikan diet secara spesifik kepada keperluan individu.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

BACA LAGI : 5 Biskut Kegemaran Ramai Ini Didakwa Ada Bahan Penyebab Kanser?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nana