Sebelum Terbang Ke Korea, Ini 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Share

Penangan drama dan lagu Korea memang bukan calang-calang. Buktinya, ramai yang dah simpan angan-angan untuk bercuti ke negara ini dek kerana demam Kpop yang melanda peminat di Malaysia.

Tapi sebelum melancong ke Korea ni, ada beberapa perkara yang Remaja nak share untuk anda yang mungkin baru pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana.

1. Pengangkutan

Pengangkutan utama di sana adalah tren (subway). Kalau nak mudah, download apps Subway di Google Playstore. Tak payah nak susah-suasah fahamkan route subway yang berselirat tu. Pakai je apps ni sepanjang anda berada di Korea, insyaAllah tak sesat. Apps ni juga boleh digunakan waktu ‘Offline’.

2. Penginapan

Kos  tempat tinggal berbeza ikut lokasi. Kalau stay di Seoul, lebih-lebih lagi di Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding di Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat shopping, lagilah mahal.

Tapi, kalau stay di Myeongsong senang sikit nak beli barang dan makanan. Cuma kos satu malam, 30,000 won seorang (RM 113). So, anda boleh pilih sama ada nak jimat atau kemudahan.

3. Port makan

Ok ni yang ramai paling excited nak ke Korea sebab nak cari makanan yang selalu mereka tengok dalam drama-drama Korea. Di sana, kebanyakan restoran tidak halal jadi jangan suka-suka hati main masuk je.

Sebelum pergi kena buat research dulu cari restoran halal. Boleh cari list Muslim Friendly Korean Restaurants di http://english.visitkorea.or.kr/e_book/ecatalog.jsp…

4. Shopping

Kalau nak tanya harga barang, try

tanya dalam bahasa Korea walaupun tak berapa nak pandai sangat cakap Korea. First impression tu penting. Ahjussi/Ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap bahasa mereka. Barulah senang sikit nak dapat diskaun.

5. Lost in Korea

Kalau sesat di Korea, jangan segan-segan nak tanya mereka di sana. Sekiranya masih lagi tidak pasti dengan tempat yang anda nak kunjungi tu, tanya saja di mana subway station yang terdekat. “Metro (subway), odiseyo?”. Bila dah jumpa subway station tu kira selamatlah la tu.

6. Sebelum pergi Korea tu, ada lagi satu benda yang perlu anda tahu!

Sunsilk memberi peluang kepada wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan ditanggung bersama seorang rakan. Gila best kan?

Kalau nak rebut peluang ni, anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:

a. Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replica botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.

b. Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.

c. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018 bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle.

Peraduan berakhir pada 27 Disember ini.

Jadi, apa tunggu lagi. Dah penat berangan nak ke Korea kan? Join je contest ni mana tahu rezeki anda untuk melancong ke sana dengan percuma.

Bestnyaa..

Sumber: Noor Zaiti Yoona

Published by
Noor Ain Norman