Keajaiban. Syukur Alhamdulillah.

Walau sudah terperangkap selama 65 jam dalam kejadian gempa bumi di Kora Izmir, Turki, seorang kanak-kanak perempuan, Elif Perincek berusia tiga tahun ditemui selamat biar dalam keadaan lemah.

Ditemui masih bernafas di sebalik runtuhan yang telah mengorbankan hampir 100 orang dalam kejadian gempa kuat di Laut Aegea, kanak-kanak ini kemudian diusung dan dibawa terus ke hospital.

Ads

Semasa pasukan menyelamat menemui dirinya mereka turut menarik sisa runtuhan dan menemui adik beradiknya yang lain bersama ibu mereka yang turut terselamat. Malangnya ketika perjalanan ke hospital, salah seorang adik beradik Elif meninggal dunia.

65 Jam Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan, Kanak-Kanak 3 Tahun Mangsa Gempa  Ditemui Masih Hidup

Menurut jurucakap penyelamat Pengurusan Bencana dan Darurat (AFAD) Turki, Mehmet Gulluoglu menulis “terima kasih kepadamu Ya Allah. Kami telah mengeluarkan Elif si kecil dari sebuah blok apartment,” katanya kepada Reuters.

Ads

AFAD menjelaskan setakat ini korban adalah seramai 92 orang di Izmir menjadikan ia gempa bumi paling teruk pernah melanda Turki dalam hampir satu dekad.
“Seramai 994 orang alami kecederaan di Izmir dan sekitar 150 orang masih dirawat di hospital,” tambah AFAD.

Ads

Sekitar 20 orang lagi diyakini masih tertimbus di antara celah runtuhan bangunan dan pencariana akan diteruskan demi memastikan kesemua mangsa dikeluarkan, kata CNN Turki.

Untuk makluman, pada tahun 2011 Turki pernah dilanda gempa dan menewaskan lebih 500 orang di daerah timur Elazig. Lebih 3500 orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 13,000 tempat tinggal sementara disediakan buat mangsa terjejas. Hampir 8000 anggota penyelamat dikerah memberi bantuan selain 25 ekor anjing pengesan digunakan menurut AFAD. Sumber : Reuters.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI