Walau sudah banyak kes orang kena scam atau tipu namun scammer terus aktif dan lebih bijak dalam mencari peluang sekaligus membuatkan ramai hilang duit.
Orang zaman sekarang ni ada banyak akal untuk menipu demi kepentingan diri sendiri.
Merujuk kepada data yang diperoleh daripada PDRM, lebih 60,000 kes melibatkan penipuan siber yang dicatatkan berlaku di Malaysia antara tahun 2017 dan 20 Jun 2021. Ia sekaligus mencatatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM2.23 billion. Daripada jumlah ini, 23,011 kes adalah melibatkan kes penipuan pembelian atas talian atau e-dagang. Kemudian, diikuti dengan pinjaman tidak wujud sebanyak 21,008 kes dan penipuan pelaburan pula sebanyak 6,273 kes.
Media sosial sering kali dijadikan sasaran scammer yang tidak bertanggungjawab. Mana tidaknya platform media sosial untuk kita berkongsi momen, rasa dan gambar ini sering menjadi tumpuan, dan korang perlu berhati-hati kerana di luar sana ramai orang yang kita tidak tahu niat sebenar mereka.
Mengambil serius tentang perkara ini, laman sosial Facebook telah menganjurkan kempen kesedaran #TakNakScam dalam usaha industri untuk menangani serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam memerangi penipuan kewangan.
Beberapa agensi kerajaan, industri dan persatuan pengguna turut bersama-sama menjayakan kempen ini, malah mereka berharap agar ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Yang Berhormat Dato’ Haji Rosol Wahid berkata, sebanyak 11,511 (32.2%) aduan melibatkan transaksi dalam talian telah dicatatkan oleh kementerian pada sekitar tahun 2020 sahaja. Kemudian, jumlah aduan terus meningkat kepada 45.2% setakat bulan Jun 2021.
Untuk info, kempen ini akan berlangsung selama 3 bulan sehingga September 2021 bagi menyeru orang ramai agar kekal berwaspada dalam mengenal pasti sebarang isu melibatkan penipuan kewangan.
3 langkah mudah ini untuk menangani scam kewangan ialah dengan :
- Kenalpasti
- Semak
- Lapor
Kempen ini juga menyediakan pelbagai tip dan panduan dalam pelbagai bentuk seperti video-video pendidikan yang akan dikongsikan secara komprehensif menerusi pelbagai saluran – termasuk dalam talian dan luar talian.
Kalau bukan kita pun yang terkena dengan jenayah dan penipuan scam ini, mungkin ahli keluarga dan kawan-kawan yang kurang cakna dengan isu ini boleh terkena. And we do not want that to happen, right?
Untuk info lanjut klik : Kempen Kesedaran #TakNakScam