
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa, kerajaan pula sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.

Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19.
Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta petugas kesihatan di hospital awam dan swasta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika merawat pesakit Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection, SARI.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua petugas kesihatan yang merawat pesakit ILI dan SARI agar memakai peralatan perlindungan diri (PPE).
Langkah tersebut perlu kerana sebanyak 69 kes COVID-19 tidak diketahui punca atau sporadik telah dikesan di selepas 8,000 orang disaring berdasarkan ILI dan SARI.

“Kebanyakan kes positif hasil saringan ILI/SARI adaah berkaitan dgn kluster lain selepas siasatan lanjut.
“Justeru, KKM menasihatkan petugas kesihatan awam dan swasta memakai PPE apabila merawat pesakit ILI/SARI di ICU atau membuat saringan di klinik atau hospital,” kata Dr. Noor Hisham.
Ya Allah, lindungilah semua ‘frontliner’ yang bergadai nyawa melindungi masyarakat semua.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rehatlah! Allah Lebih Sayangkan Dirimu, 2 Remaja Bijak Meninggal Akibat Kanser

Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.
Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.
Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.


Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.
Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.


Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.
Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.
Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,
“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”
Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.


Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.
“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.
“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.
Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.
Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.
Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.
Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebak & Sedih Bila Azan Kembali Berkumandang Di Kota Brussels, Penduduk Bertepuk Tangan Tanda Syukur

Tiada rasa lebih sebak tatkala kita mendengar kembali laungan azan setelah sekian lama dilarang. Inilah yang berlaku di Kota Brussels, Belgium apabila laungan azan berkumandang buat kali pertamanya pada 1 April lalu.
Lebih mengharukan penduduk yang sudah lama tidak mendengar seruan azan akibat arahan dari pihak berkuasa yang melarang semua muslim solat berjemaah di masjid bagi memutuskan rantaian virus corona, akhirnya bertepuk tangan tanda bergembira.
Memetik laporan muslimobsesion.com, pihak berkuasa Belgium sebelum ini melarang umat Islam solat berjemaah untuk memutuskan wabak COVID-19 yang telah mencatatkan 15,348 kes positif dengan kematian 1011.Manakala yang sembuh ialah sebanyak 2495 kes di negara tersebut.

Namun kini, pihak pemerintah mengizinkan azan berkumandang di ibu kota mereka untuk meningkatkan moral umat Islam yang ada lebih kurang 300,000 di negara tersebut.
Dari satu rakaman video yang dikongsikan di Instagram @sahabatsyurga kedengaran laungan azan menggema di kota Brussels. Dan selepas berakhir azan, kedengaran tepukan tangan agak gemuruh di setiap penjuru kota tanda rasa syukur dan bahagia.
View this post on InstagramA post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga) on
Islam sedang berkembang di Benua Eropah
Tidak dinafikan, populasi muslim di negara-negara Eropah sedang berkembang pesat dan terus bertambah dari masa ke semasa. Salah satu kota dengan penduduk Muslim yang cukup ramai adalah di Brussels, ibu kota Belgium.
Muslim menyumbang seperempat populasi di Brussels seperti yang ditulis dalam buku terbaru yang diterbitkan oleh University Katolik Leuven. Statistik juga menunjukkan jumlah orang Islam di Brussels adalah setengah dari seluurh Muslim yang tinggal di Belgium dengan angka sebanyak 300 ribu.
Malah seorang ahli sosiologi Felice Dassetto dalam bukunya The Iris and The Crescent yang dihasilkan pada 18 November 2011 menyatakan, Muslim akan menjadi penduduk majoriti di Brussels pada 230 akan datang.
Buat masa ini terdapat 21 buah masjid di Daerah Brussels dan lapan lagi akan dibina dalam masa terdekat kerana buat masa ini ia tidak dapat menampung jumlah orang Islam yang berpusu-pusu ke masjid untuk solat jemaah.
Ternyata, di sebalik COVID-19 yang mengakibatkan satu dunia terjejas, ada hikmah yang hanya Allah sahaja memahami apa di sebalikNya. Apa yang perlu kita buat ialah terus menjadi insan yang lebih baik dari semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai Mayat Mangsa COVID-19 Hilang, Hospital Terpaksa Tingkat Kawalan Keselamatan

Disebabkan sikap memandang rendah dengan musibah yang berlaku, setakat ini negara Indonesia telah mencatatkan 38,277 kes dengan angka kematian seramai 2,134 dan kes aktif sebanyak 21,612 dijangkiti COVID-19.

.
Terbaru,hospital di Indonesia terpaksa mempertingkatkan kawalan di rumah mayat selepas banyak kes sanak saudara melarikan mayat mangsa COVID-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka sendiri.
Pihak polis berkata, di bawah peraturan baharu di negara itu, mangsa korban COVID-19 mestilah dibalut dengan plastik dan dikebumikan dengan segera untuk mengelakkan penularan virus daripada berlaku.

.
Malah media juga melaporkan, gara-gara terlampau berani membuka keranda mayat pesakit COVID-19 dan memandikan jenazah, seramai 15 penduduk di sebuah kampung di Sidoarja, Indonesia telah disahkan dijangkiti sehingga menyebabkan kematian baharu.
Indonesia menetapkan peraturan bahawa keranda pesakit COVID-19 tidak boleh dibuka dan pengebumian yang dilakukan pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas tidak boleh melebihi tempoh empat jam.
Jurucakap polis tempatan iaitu Ibrahim Tompo berkata, mereka merampas mayat yang sudah siap sedia untuk dikebumikan mengikut protokol virus secara paksa.
“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.
“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, khabar angin menyatakan beberapa mayat turut dijadualkan akan dikebumikan segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit tiada kaitan dengan COVID-19 lebih memburukkan keadaan.
Ish, dorang ni masih tak faham lagi ke berapa bahayanya pendemik Covid-19 ni....
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

