Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia,

Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?

Namun, apabila negara dilanda ujian pandemik wabak Covid-19, sedikit sebanyak semangat nasionalisma di kalangan rakyat Malaysia turut berkurang terutamnya di kalanga Remaja.

Pengertian Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka seharusnya diselami golongan remaja dengan baik sekaligus membentuk sebuah negara yang harmoni. Ini 7 aktiviti berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri korang tanpa perlu keluar rumah.

Tonton Filem Patriotik

Pengertian Kemerdekaan Malaysia ini seharusnya diselami golongan remaja dengan baik sekaligus membentuk sebuah negara yang harmoni. Ini lima filem berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri korang.  Filem seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera, Paloh dan banyak lagi. Jom tengok.

Nyanyi dan Hayati Lirik Lagu Patriotik

Ads

Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?

Setiap pelajar diberikan lirik-lirik lagu patriotik yang akan dinyanyikan secara bergilir-gilir setiap hari. Kena pula nyanyi lagu best, pergh memang bersemangat la kita nak nyanyi. Siap kibarkan bendera Malaysia lagi.

Menyertai Pertandingan Kemerdekaan

Ads

7 Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Dapat Tingkatkan Semangat Patriotik, Ayuh!

7 Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Dapat Tingkatkan Semangat Patriotik, Ayuh!
Bebas dan kreatif dalam melakukan aktiviti menulis esei, pertandingan tiktok, pengucapan awam. Majalah REMAJA turut  menganjurkan beberapa pertandingan Sempena bulan kemerdekaan & sambutan hari Malaysia.

Kempen dan pertandingan ini juga disokong oleh DBP dan Jabatan Pendidikan Selangor bawah Kementerian Pendidikan

Klik Disini untuk menyertai. Pamerkan hasil kreativiti sepanjang bulan Kemerdekaan.

Ads

Hiasi Rumah Dengan Julur Gemilang

7 Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Dapat Tingkatkan Semangat Patriotik, Ayuh!

Ruangkan masa untuk menghias rumah dengan bendera Malaysia. Juga boleh hiasi rumah dengan rona bendera Malaysia seperti merah, kuning dan biru. Baru meriah!

Inovasi Dan OOTD Pakaian Tradisional 
Jika dahulu aktiviti seperti ini memang kerap diadakan di sekolah, apa kata cuba buat di rumah. Olah bendera menjadi pakaian dan aksesori tradisional seperti samping, selendang dan songkok. OOTD dan kongsikan di media sosial korang.

Kenali Tokoh Dan Informasi Kemerdekaan
Be creative, anjurkan kuiz mini dengan rakan-rakan dan keluarga  dengan topik kemerdekaan. Kalau jauh boleh je guna zoom in. Reward usaha rakan-rakan dengan hadiah untuk naikkan semangat mereka!

SAMBUTAN NORMA BAHARU
Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan walaupun dengan berada di rumah. Sambutlah dengan norma baharu walau di mana jua kita berada. Isi aktiviti dengan patriotism dan erti cintakan sebuah negara. Selamat mencuba di rumah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI