Berkahwin di usia muda merupakan salah satu rezeki yang tidak semua orang miliki. Ada yang habis saja sekolah dah terus dapat jodoh. Kata orang, dah memang sampai seru.
Namun, terbukti usia bukan penghalang untuk menamatkan zaman bujang, asalkan mampu untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai persefahaman bersama pasangan hidup.
Lapan artis wanita ini dah pun buktikan umur tidak menjadi kayu ukur untuk bergelar seorang isteri.
Salah satu pasangan yang dilahirkan daripada program realiti TV, Rosma dan Khai menamatkan zaman bujang pada 2008 dan ketika itu, Rosma baru berusia 23 tahun.
Masih ingat lagi dengan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu? Ya, Elyana juga berkahwin pada usia 23 tahun kira-kira tujuh tahun yang lalu.
Aeril Zafril telah pun melamar Wawa pada usianya 20 tahun. Ternyata usia tak menghalang Wawa untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Feb 2012.
Pelakon dan model, Diana Danielle berkahwin dengan actor kacak, Farid Kamil, pada usia 21 tahun.
Berkahwin di usia 19 tahun, Eina Azman telah memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden untuk menjadi pasangan hidupnya. Perkahwinan mereka dilangsung gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 2014.
Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya mengambil keputusan untuk menikah pada usia 21 tahun.
Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy ketika umurnya 20 tahun. Pasangan ini telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Mohamed Faliq dan Nur Aisha.
Remaja juga ingin mengucapkan tahniah in advance kepada Mawar Rashid yang juga bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Mawar pun baru saja berusia 22 tahun. Semoga Mawar dan pasangan, Raf Yaakob dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kasih sayang.