Berlambak produk suplemen yang terdapat di pasaran atau pun dijual secara online mendapat sambutan baik daripada pengguna di Malaysia.
Pantang saja dengar ada ‘ubat’ yang kononnya banyak manfaat, mulalah orang kita cepat sangat terpengaruh dan terus beli.
Walaupun dah ramai pakar perubatan menegaskan bahawa suplemen tidak perlu bagi mereka yang sihat, atau yang tidak sihat pun kena minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu, namun masih ada yang mempertikaikannya.
Menurut artikel yang diperoleh daripada Berita Harian, pengambilan suplemen yang berlebihan sememangnya tidak memudaratkan kesihatan dalam jangka masa pendek, tapi dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman dalam jangka masa panjang.
“Contohnya pengambilan vitamin larut lemak seperti A, D, E, K yang berlebihan akan memberikan kesan kepada hati. Sungguh pun vitamin-vitamin ini diperlukan oleh tubuh, ia sebenarnya boleh didapati dengan mudah dan mencukupi daripada makanan semula jadi yang dimakan.
“Sekiranya kita terlalu berlebihan mengambil vitamin tambahan ini, ia akan terkumpul di hati yang lama-kelamaan akan menjadi toksin sehingga menjejaskan fungsi hati,” jelas Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Hal ini dikuatkan lagi oleh laporan daripada BERNAMA yang memetik status Facebook milik Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Dr Rafidah Abdullah, “Berlambak di wad yang buah pinggangnya lagi cepat rosak sebab produk macam-macam. Pesakit kronik mohon JANGAN SENTUH produk apa pun!”
Berkongsi pengalaman sendiri, Farah Nur Farah memberitahu bahawa suplemen yang diambil telah menyebabkan hatinya abnormal, sehingga terpaksa masuk wad selama 4 hari kerana bacaan LFT tidak normal, jaundice
(penyakit kuning) di mata, badan & lidah, pale-stool (najis berwarna kelabu), urin (air kencing) menjadi pekat dan gatal-gatal seluruh badan.Hanya mengambil suplemen selama 7 bulan saja, namun kesannya sangat memudaratkan diri.
Jom kita baca perkongsian gadis ini bersama doktor. Moga bermanfaat untuk semua.
Semasa di wad, Sempat berdiskusi bersama specialist, Dr. Kim ketika rondaan di wad..
Saya : “Dr, kawan saya makan supplement ni okay je? Takde apa-apa effect pun.. lagipun supplement ni baik, tidak pernah ada rekod buruk” (cuba menegakkan benang yang basah..)
Dr. Kim : “Haha..u yakin ke? Better suruh kawan-kawan u buat Full Blood Test… supplement memang ada side effect cuma cepat or lambat je… Boleh jadi, kesannya nampak cepat, macam kes u ni lah.. ada yang side effect 5-10 tahun akan datang..dan time tu,, liver & kidney sudah pun rosak terukk..”
Saya : “Betul ke,Dr..? Tapi ni kan diperbuat dari bahan semula jadi? ” (cuba berdebat, haha)
Dr. Kim : Hahahah (gelak jahat).. Kalau macam, tu I pun nak buat supplement..nanti I jadi cepat kaya, tak payah jadi Dr dah…For your info, memang lah dikatakan supplement ini diperbuat dari bahan semula jadi..tetapi, apabila bahan A dicampur dengan bahan B, ia akan menghasilkan bahan C yang mungkin tidak sesuai dgn fungsi badan kamu..sebab itu lah side effect akan timbul..
Ok, better u stop segala jenis supplement jika kamu sayang diri kamu..”
So, kepada sahabat saya yang sedang mengamalkan supplement & jamu samada secara tablet, cecair mahupun sapuan secara konsisten/istiqamah, sila lah buat Full Blood Test sekurang-kurangnya setiap tahun ye..
Dan jika anda mahu mengambil sebarang supplement, jamu & ubatan seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan di KLINIK atau HOSPITAL KERAJAAN yang BERTAULIAH terlebih dahulu..
CEGAH SEBELUM TERLAMBAT..
Dah faham kan tentang isu suplemen ni? Kami harap sebelum korang mengambil mana-mana produk, rujuk dulu dengan pakar kalau tak nak menyesal di kemudian hari.