Masalah yang selalu dihadapi oleh kaum perempuan adalah bila pertama kali menggunakan produk penjagaan wajah yang baru.

Nak pilih produk yang sesuai dengan kulit kita ni bukan sesuatu yang mudah sebab tak mahu la nanti beri kesan tak baik pada wajah.

Jadi, apa yang perlu korang buat adalah dengan memastikan sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak. Macam mana nak tahu? Berikut kami kongsi kan 7 tanda-tanda yang korang boleh rasa jika produk kecantikan tak serasi dengan wajah.

Naik jerawat

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Salah satu tanda yang paling ketara ialah apabila muka mula tumbuh jerawat yang luar biasa. Ada yang tumbuh selepas baru sekali memakai produk dan ada juga yang muncul hanya setelah beberapa kali pemakaian produk tersebut.

Mata merah dan berair

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Ads

Mata mula merah, pedih dan berair juga adalah tanda-tanda bahawa produk seperti eye shadow, maskara dan eye liner yang korang pakai tu tidak sesuai dengan wajah. Jika berlaku simptom ini, segeralah berhenti mengunakannya sebelum menjadi lebih serius.

Rasa perih dan panas

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Jika menggunakan produk kosmetik atau penjagaan kulit wajah dan selepas itu kulit mula terasa panas dan perih, itu merupakan antara tanda-tanda kesan yang tidak sesuai.

Kulit kemerahan

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Ads

Apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan, ia juga merupakan salah satu tanda kulit tidak sesuai dengan produk kecantikan tersebut. Jika kulit jadi merah, ini bermakna bahan-bahan yang terkandung dalam produk telah menyebabkan iritasi pada kulit.

Kulit kering

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Kulit akan menjadi sangat kering kalau tidak sesuai dengan sesuatu produk itu. Apabila disentuh, ia akan terasa kasar kerana lembapan pada kulit wajah telah hilang. Lebih teruk lagi, kulit akan mengelupas. Wajah juga mudah terasa gatal dan elakkan daripada terus menggaru kalau tak nak jadi lebih teruk.

Ads

Bibir pecah-pecah

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Keadaan bibir yang pecah-pecah mungkin saja disebabkan oleh kurangnya minum air putih. Tapi, bibir kering dan mengelupas juga adalah salah satu tanda produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit korang.

Gatal-gatal

7 Cara Macam Mana Nak Tahu Produk Skincare Serasi Atau Tidak

Jika produk yang digunakan itu membuatkan kulit korang rasa selesa selepas memakainya, ini bermakna ia sesuai bagi kulit wajah. Namun, apabila korang berasa gatal dan selalu rasa nak garu kulit wajah, hati-hati mungkin ia tidak sesuai dengan kulit.

Kalau memang korang pernah rasa tanda-tanda ini semasa menggunakan produk kecantikan, lebih baik berhenti segera dan dapatkan rawatan daripada pakar kulit untuk memulihkan kembali kulit wajah korang.

Sumber: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI