Jatuh cinta kepada seseorang tidak mempunyai perasaan sama terhadap kita merupakan satu perkara yang cukup memeritkan.

 

Lebih memeritkan jika orang yang kita sukakan itu memilih orang lain sebagai pasangan. Dunia tiba-tiba terasa seperti tak bermakna seketika, who’s with us?

Tapi pengalaman cinta tak berbakas inilah yang akan mengajar kita untuk mencari the right one. Sebelum itu, bagaimana cara terbaik untuk move on daripada ‘penderitaan’ ini? Come one gaiss, dah 2020!

BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Cakap memang mudah. Tapi inilah langkah pertama yang perlu korang lakukan jika ingin move on. Belajar terima kenyataan yang dia tak berminat. Banyakkan berdoa, bersabar dan lepaskan perasaan itu perlahan-lahan.

 

PERCAYA PADA JODOH

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Jodoh itu adalah satu misteri tetapi ia adalah sesuatu yang pasti. Jika korang percaya kepada kata-kata ini, lebih mudah untuk korang move on. Sentiasa positif yang seseorang itu akan muncul tak lama lagi dan dia adalah jodoh yang lebih baik dan menyayangi.

 

Ads

CARILAH KAWAN-KAWAN

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Melupakan dia bukanlah satu perkara yang mudah. Dengan kehadiran rakan-rakan yang sentiasa membuat korang tertawa ia akan jadi lebih mudah. Luahkan apa yang terbuku di hati kepada kawan baik yang sedia mendengar.

 

JAUHI MEDIA SOSIALNYA

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Ya, memang amat sukar untuk mengelak daripada apa-apa posting. Apatah lagi jika si dia adalah dalam kalangan circle of friends yang sama. Namun korang harus belajar untuk hide segala feed media sosialnya daripada muncul di timeline korang.

Ads

 

BELAJAR MEMAAFKAN

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Untuk move on korang harus sedar bahawa segala yang berlaku bukanlah salah dia atau korang sendiri. Walaupun cinta tak berbalas, kita harus belajar untuk memaafkan bukan sahaja pada dia tetapi diri sendiri.

 

ME-TIME

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Ads

Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk korang kejar hobi. Ingin belajar main gitar? Go ahead, ia dapat mengalih fokus. Love yourself first.

 

BERTEMU ORANG BARU

Move On Daripada Cinta Tak Berbalas Dengan 7 Cara Ini

Berkenalan dengan lebih ramai orang juga merupakan satu cara untuk move on. Siapa tahu korang bakal bertemu dengan orang istimewa yang baru.

*

Ada yang berpendapat jodoh paling sesuai mempunyai muka yang iras dengan kita. Setuju?

https://www.remaja.my/doktor-ini-kongsi-fakta-menarik-tentang-kenapa-wajah-pasangan-nampak-seiras/

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI