Sifat dendam adalah satu perkara yang bukan sahaja tidak baik di sisi agama malah ia boleh mendatangkan banyak keburukan. Dan keburukan itu bukannya hanya datang untuk orang yang ingin dibalas dendam tetapi buat si pendendam itu juga.
Amarah yang tidak terkawal lalu melahirkan rasa dendam sebenarnya tidak elok untuk pembentukan sashsiah jati diri seorang yang baik dan dapat menerima apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya.
Ya, reaksi orang akan berbeza-beza apatah lagi jika diuji dengan pelbagai cara yang dirasakan tidak adil untuk kita. Namun dengan berdendam ia tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa sahaja.
Sifat dendam ingin membalas perbuatan orang lain hanya boleh menyeksa diri, membuang waktu dan memenatkan fizikal dan mental. Adakah kamu seorang yang mempunyai sifat dendam yang tinggi?
Ikuti 7 perkara di bawah yang benar-benar menjadi sifat utama seorang pendendam. Jika kamu ada salah satu daripadanya, masih tidak terlewat untuk berubah.
Bila berdendam segala apa yang waras sudah menjadi perkara nomor dua. Apa yang kamu mahu hanyalah kehancuran orang yang kamu benci dan berdendam. Bukan sahaja dengan rasa hati tapi kamu turut melakukan apa sahaja untuk melihat dia hancur.
Selepas muncul rasa dendam, fokus perkara penting dalam hidup kamu sudah berubah. Apa yang kamu mahu ialah melihat dia merasai sendiri keperitan yang pernah kamu rasa. Selagi ia tidak berlaku selagi itulah kamu tidak tenang.
Bagi kamu bersih atau kotor itu sudah tidak penting. Dan apa yang pada mata zahirnya jelas keburukan kamu ketepikan demi mencapai misi membalas dendam.
Artikel Berkaitan: Asyik Sakit Kepala? Ini Mungkin 5 Penyebab Sakit Kepala Yang Perlu Anda Tahu
Dendam ini amat bahaya dan boleh membuatkan kamu berubah sekelip mata. Bagi pendendam tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya melainkan membuat orang dibencinya menderita.
Bila diri sudah tidak tenang dan sering bergelumang dengan rasa dendam, hati kamu tidak akan tenteram. Ada sahaja yang tidak kena dan membuatkan kamu naik angin hinggakan orang yang tidak terlibat pun terkesan dengan perubahan kamu ini.
Segala kesilapan dia lakukan pada kamu suatu masa dahulu tidak akan pernah kamu maafkan. Walapun dia datang melutut meminta maaf dan memohon keampunan, hati kamu keras. Bagi kamu selagi dendam tidak terlunas selagi itulah kamu tidak akan maafkannya.
Kamu ingin semuanya adil lantaran itu segala apa yang dilakukan pasti ada jutifikasinya; walaupun ia terang-terangan satu perkara yang salah. Berhati-hatilah dengan tanda-tanda ini agar kamu tidak menjadi seorang pendendam yang parah.
Jika kamu memiliki salah satu ciri-ciri di atas masih ada ruang untuk kamu berubah menjadis eorang yang redha dan bersifat pemaaf. Jadilah seseorang yang lebih terbuka dan murah dengan rasa rendah diri dan memaafkan orang lain.