Ramai di antara kita menghabiskan hari minggu dengan hanya lepak di rumah sambil menonton movie. Selepas seminggu penat bekerja/belajar, rasanya bila sampai hari cuti mestilah kita memilih untuk berehat.
Maka, ramailah yang memilih Netfilx untuk mengisi masa lapang semasa bercuti. Betul tak?
Apa yang lebih menarik bila portal himpunan filem dan siri berbayar ini kini sudah pun menayangkan beberapa buah filem tempatan.
Berikut merupakan 7 filem Malaysia yang ditayangkan di Netflix.
Pengarah: Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, M.S. Prem Nath
Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia
Sinopsis: Filem ini mengandungi enam cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia menceritakan mengenai hari-hari cemas sebelum pilihan raya umum paling penting dalam sejarah Malaysia. Ia memaparkan perjalanan rakyat yang bersatu untuk satu cinta: negara mereka. Setiap cerita akan memperlihatkan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia.
Pengarah: Kabir Bhatia
Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans
Sinopsis: Diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40an. Ia menceritakan mengenai pasangan suami isteri Othman dan Thom. Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Thom masih menunggu kepulangannya.
Pengarah: Namron
Pelakon: Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Timothy Castillo, Iedil Putra
Sinopsis: Filem arahan Nam Ron ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.
Pengarah: Shamyl Othman
Pelakon: Ah Niu, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya
Sinopsis: Dua orang lelaki bernama Chin Chye dan Malik mempunyai latar belakang dan juga cita-cita yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia sebelum malapetaka melanda.
Pengarah: Ming Jin
Pelakon: Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Azhan Rani, Izara Aishah
Sinopsis: Lima sahabat baik (Alif, Sofea, Ana, Kamarul dan Nipis) sedang bergembira pada sambutan tahun baru di Lembah Klang dan tidak semena-mena salah seorang daripada mereka telah digigit anjing bervirus.
Virus zombie tersebut bukan sahaja telah merebak dari punca yang tidak diketahui malah sudah sampai ke Sarawak dan seluruh Malaysia. Dalam penularan wabak zombie itu, Nipis mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya kerana dia percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin
Sinopsis: Mengisahkan tentang Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang sudah pun melangsungkan perkahwinan. Adnan juga sudah mula pandai berjinak-jinak dengan bisnes. Apa yang lebih menarik, Nadia dan Wawa didapati mengandung dan pelbagai konflik yang muncul dalam melayari alam rumah tangga mereka.
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Ady Putra, Nora Danish
Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang seorang isteri setia bernama Arlisa (Nora Danish) yang remuk hidupnya apabila suami tercinta, Johan (Adi Putra) terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Akibat kemalangan tersebut, Johan mengalami hilang ingatan yang memberikan satu cabaran dan kesukaran terhadap hubungannya dengan Arlisa.
Oleh kerana enggan berputus asa dengan cintanya terhadap suami, Arlisa tekad untuk menjaga Johan walaupun Johan tidak mengenalinya sama sekali, dengan harapan agar Johan dapat mengingati kisah silam mereka bersama.
Sumber: hype.my, cinemaonline