REMAJA senaraikan 4 aktiviti yang berlaku di sekitar Lembah Klang hanya pada hujung minggu ini saja.
The LifeWire
(25-28 JULAI 2019)
Shopping sambil melakukan aktiviti artsy untuk weekend ini, macam menarik kan?
The Lifewire merupakan bazaar yang mempamerkan 41,600 ciptaan origami yang digantung secara besar-besaran di The LINC Kuala Lumpur (Jalan Tun Razak). Di bawah arca origami ini, korang boleh melihat (okay, shopping terus) barangan rare daripada jenama seperti Cziplee, Pies Unlimited, The Tipsy Style dan banyak lagi.
Selain itu, korang pun boleh mencuba aktivii seperti canvas painting, workshop origami dan melihat ‘pameran’ kereta Volkwagen.
Tarikh: 25 – 28 Julai 2019
Masa: 10am hingga 10pm
Harga: Percuma
Info: Instagram
SENI WEEKEND
(27-28 JULAI 2019)
Walaupun sudah biasa melawat pameran seni di galeri seni sekitar Lembah Klang, pengalamannya amat berbeza jika korang melawat sambil mendengar penjelasan menarik daripada seorang tour guide.
Peserta akan dibahagikan kepada 2 grup (15 orang) dan dibawa ke 3 lokasi iaitu Lukis Tulis Art Festival Malaysia, ZHAN Gallery di The School PJ dan RIUH di The Gasket Alley. Semuanya 3-in-1
untuk harga RM30 seorang.Tarikh: 27 & 28 Julai 2019
Masa: 4pm-5.30pm ATAU 5.30pm ke 7pm
Harga: RM30 seorang (daftar)
Info: instagram
GMBB BALANCE & WELL BEING FESTIVAL
(27 JULAI 2019)
Ramai remaja yang stres sekarang, korang?!
Kalau ya, apa kata korang join aktiviti di bangunan GMBB pada hujung minggu ini. Dikenali sebagai Balance & Well Being Festival, terdapat beberapa slot meditasi diri yang ditawarkan oleh lebih 10 guru Yoga seluruh dunia.
Antaranya termasuklah Luis Gonzales (Chile), WuHao Taiji (China), Varin Gill dan Munira.
Tarikh: 27 & 28 Julai 2019
Masa: 1pm – 8pm (27 Julai) dan 11am – 8pm (28 julai)
Harga: percuma
Info: instagram
MALAYSIA COFFEE FEST
(25 – 28 JULAI 2019)
Setahun kami tunggu untuk event ni tau! Bermula Khamis hingga Ahad ini, korang boleh berkunjung ke One Utama untuk acara Malaysia Coffee Fest. Di sana korang boleh mempelajari cara terbaru menghasilkan kopi, mencuba rasa kopi baru, melihat mesin dan produk baru serta macam-macam lagi lah.
Tarikh: 25 & 28 Julai 2019
Masa: 10am – 10pm
Harga: percuma
Info: web