Tinggal sehari je lagi sebelum masyarakat beragama Hindu dan rakyat Malaysia secara amnya menyambut kehadiran Hari Deepavali salah satu perayaan terbesar negara kita
Walaupun sesetengah negeri masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun, sambutan Deepavali tetap dirasai.
Dan pastinya perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan? Berikut kami senaraikan beberapa kuih tradisional masyarakat Hindu yang selalu menjadi pilihan tetamu.
Murukku
Mujur murukku masih kekal dan menjadi identiti Deepavali hingga hari ini. Anda semua mesti kenal kan!
Achi murukku
Atau dikenali bunga ros, adalah makanan manis wajib ada pada Deepavali dan lazimnya menjadi kegemaran kanak-kanak. Dibuat mengunakan tepung beras, ada pilihan dengan telur dan vegetarian, tanpa telur. Apapun ia juga masih disediakan sehingga ke hari ini.
Nei urundai
Bebola minyak sapi juga kegemaran kanak-kanak dan mereka yang sukakan makanan manis. Diperbuat menggunakan tepung kacal dal, minyak sapi (yang banyak), rempah dan buah kismis, setelah disiap ia dibungkus dalam kertas warna.
Chittu urundai
Sejenis manisan bebola kecil yang semakin pupus daripada senarai kuih-muih Deepavali. Dibuat menggunakan tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam dan jaggery (sejenis gula), dicicah dengan campuran tepung gandum dan tepung beras sebelum digoreng dalam minyak sapi. Memang sedap!
Ketti urundai
Mungkin makanan bebola segengam tapak tangan masih diamalkan dalam keluarga India tertentu. Menariknya mengenai makanan yang juga menggunakan tepung dal dan kacang hijau ini ialah teksturnya yang sangat keras, mencabar “pengalaman makan” anda. Namun, itulah menariknya mengenai “ketti urundai” ini.
Athirasam
Makanan wajib ada dan disediakan bersama kuih-muih tradisi yang lain. Athirasam, salah satu makanan yang dikesan kewujudannya pada abad ke-16 lagi di Tamil Nadu dan sering kali dibuat untuk majlis-majlis besar khususnya majlis keagamaan dan perkahwinan. Ia juga dikenali sebagai denderam di Malaysia tetapi penyediaaan resepi sedikit berbeza.
Sippi
Ia sejenis makanan yang paling mudah tetapi jarang disediakan, mungkin kerana tiada penggemar ataupun, versi lebih baik adalah biskut. Dibuat menggunakan tepung gandum, gula digoreng dalam minyak, si pembuat boleh memilih untuk membiarkannya begitu sahaja atau disalut dengan serbuk gula.
Seedai
Juga makanan berbentuk bebola kecil dan digoreng dalam minyak dan boleh dimasak sama anda sebagai bukan manisan mahupun bergula. Ia menggunakan tepung gandum, kelapa parut dan rempah ratus serta pilihan tepung dal. Namun ‘seedai’ juga antara makanan yang semakin hilang dari isi rumah mereka yang menyambut Deepavali.
Kandarppam
Ialah sejenis manisan berbentuk apam tetapi lebih kecil dan membabitkan beberapa jenis bahan untuk disediakan. Semakin pupus atau sukar ditemui, “Kandarppam” atau manisan yang popular dalam kalangan etnik Chettinad di Tamil Nadu, India.
Ada lagi makanan kuih muih India yang kami terlepas dalam senarai ini? Minta kongsi bersama penjelasan mengenainya. Apapun, kalau anda jumpa masakan yang dinamakan di atas, jangan lupa merasanya kerana kebanyakan yang disenarai sememangnya sukar diperolehi.
Penulis paling favourite maruku tu. Tak mengapalah guys kalau korang dalam kawasan PKPD. Harus diingat, kita perlu membiasakan diri untuk melalui norma baharu.