9 Jenis Kuih Tradisional Popular Wajib Ada Ketika Sambutan Hari Raya Deepavali

Share

Tinggal sehari je lagi sebelum masyarakat beragama Hindu dan rakyat Malaysia secara amnya menyambut kehadiran Hari Deepavali salah satu perayaan terbesar negara kita

Korang pun tahu, perayaan Deepavali sememangnya sinonim dengan hiasan kolam yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan. Sama seperti perayaan-perayaan yang lain, pastinya perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?

Berikut kami senaraikan beberapa kuih tradisional masyarakat Hindu yang selalu menjadi pilihan tetamu.

Murukku

Mujur murukku masih kekal dan menjadi identiti Deepavali hingga hari ini. Anda semua mesti kenal kan!

Achi murukku

Atau dikenali bunga ros, adalah makanan manis wajib ada pada Deepavali dan lazimnya menjadi kegemaran kanak-kanak. Dibuat mengunakan tepung beras, ada pilihan dengan telur dan vegetarian, tanpa telur. Apapun ia juga masih disediakan sehingga ke hari ini.

Nei urundai

Foto Via Keshika catering service

Bebola minyak sapi juga kegemaran kanak-kanak dan mereka yang sukakan makanan manis. Diperbuat menggunakan tepung kacal dal, minyak sapi (yang banyak), rempah dan buah kismis, setelah disiap ia dibungkus dalam kertas warna.

Chittu urundai

Foto Via Youtube

Sejenis manisan bebola kecil yang semakin pupus daripada senarai kuih-muih Deepavali. Dibuat menggunakan tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam dan jaggery (sejenis gula), dicicah dengan campuran tepung gandum dan tepung beras sebelum digoreng dalam minyak sapi. Memang sedap!

Ketti urundai

Foto Via juespantry.

Mungkin makanan bebola segengam tapak tangan masih diamalkan dalam keluarga India tertentu. Menariknya mengenai makanan yang juga menggunakan tepung dal dan kacang hijau ini ialah teksturnya yang sangat keras, mencabar “pengalaman makan” anda. Namun, itulah menariknya mengenai “ketti urundai” ini.

Athirasam

Makanan wajib ada dan disediakan bersama kuih-muih tradisi yang lain. Athirasam, salah satu makanan yang dikesan kewujudannya pada abad ke-16 lagi di Tamil Nadu dan sering kali dibuat untuk majlis-majlis besar khususnya majlis keagamaan dan perkahwinan. Ia juga dikenali sebagai denderam di Malaysia tetapi penyediaaan resepi sedikit berbeza.

Sippi

Foto Via Respi Che Nom

Macam kuih siput orang Melayu kan? Dibuat menggunakan tepung gandum, gula digoreng dalam minyak, si pembuat boleh memilih untuk membiarkannya begitu sahaja atau disalut dengan serbuk gula.

Seedai

Foto Via ebalajistore.com

Juga makanan berbentuk bebola kecil dan digoreng dalam minyak dan boleh dimasak sama anda sebagai bukan manisan mahupun bergula. Ia menggunakan tepung gandum, kelapa parut dan rempah ratus serta pilihan tepung dal. Namun ‘seedai’ juga antara makanan yang semakin hilang dari isi rumah mereka yang menyambut Deepavali.

Kandarppam

Ialah sejenis manisan berbentuk apam tetapi lebih kecil dan membabitkan beberapa jenis bahan untuk disediakan. Semakin pupus atau sukar ditemui, “Kandarppam” atau manisan yang popular dalam kalangan etnik Chettinad di Tamil Nadu, India.

Adui, terliur penulis tengah menaip artikel ni. Ada ke lagi kuih muih India yang penulis terlepas pandang tapi sedap? Penulis paling favourite maruku tu.

Published by
Nana