7 Jenis Sikap Gadis Yang Disukai Jejaka Kacak Pemalu

Share

Lain lelaki, lain taste dia. Betul tak?

Pernah tak kamu jumpa lelaki handsome sangat tetapi bila didekati, rupanya sangat pemalu –  mengalahkan anak dara. Tapi sebenarnya jejaka pemalu ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Antaranya, mereka ini biasanya sangat setia, menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan dan tidak suka sembang kosong.

Walaupun diakui ramai gadis agak sukar tertarik dengan jejaka pemalu namun percayalah bahawa mereka juga mempunyai sifat maskulin yang tersembunyi. Cuma sifat kejantanan mereka itu bukan diserlahkan dengan kata-kata atau otot sado sahaja.

Nak tahu apakah ciri-ciri gadis yang biasanya mencuri hati si jejaka pemalu?

Gadis yang tahu jaga diri privasi

Media sosial? That’s a big no for them. Bukanlah tidak boleh berkongsi langsung tetapi bagi jejaka pemalu, dia tidak gemar teman wanitanya berkongsi 10 selfie dalam masa sehari. Privasi adalah segala-galanya bagi mereka kerana itulah ruang yang dianggapnya sangat eksklusif.

Sentiasa mempertahankannya

Untuk menawan hati seorang jejaka pemalu, seorang gadis perlu pandai untuk mempertahankannya. Mereka biasanya akan jadi mangsa ejekan rakan-rakan. Jadi sebagai teman wanitanya, kamu perlulah pandai untuk pertahankannya. Ia bukanlah menandakan si dia lembik tetapi as you know dia tidak punya skil bercakap seperti orang lain.

Boleh Terima Cara Mereka

Jejaka yang introvert hidupnya cukup simple. Mereka mahukan hidup yang stabil, tenang dan damai. Kadangkala dia lebih suka hanyut dalam dunianya dan sibuk dengan diri sendiri. Kadangkala dia juga tidak suka ke kedai kopi yang terlalu ramai orang dan suka ke pantai yang sunti. Jadi, jejaka yang boleh menerima dunia mereka seadanya cukup penting.

Seorang Pendengar Yang Baik

Jejaka pemalu lebih suka mendengar berbanding bercakap. So, talk to him! Jangan fikir jejaka pemalu tidak berkomunikasi. Jika sudah serasi dan anggap kamu sebagai teman istimewa, dia akan kongsikan segala.

Yang Berani Mencuba

Walaupun seorang pemalu namun dia cukup suka gadis yang berani mencuba melakukan perkara baru. Jejaka pemalu mudah tertarik kepada sifat wanita yang berani dan mempunyai keyakinan tinggi.

Hidup Yang Aktif

Baginya, jika dia menyukai seseorang, gadis itulah segalanya. Jejaka pemalu tingkah laku orang-orang disekitarnya boleh menjadi satu terapi yang berguna buat mereka. Inginkan perhatian mereka? Jadi janganlah jadi tunggul kayu. Pergi aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti.

Gadis pandai mencuri hati

Percayalah bahawa gadis yang pandai mengambil hati akan sentiasa menjadi kesayangan jejaka pemalu. Biasanya gadis ini akan menjadi fokus utama hidupnya. Mereka suka gadis yang mampu membuatkan mereka ketawa.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim