Semalam menjadi hari cukup mendukakan bagi Bunga Cinta Lestari apabila suami kesayangannya, Ashraf Sinclair dijemput Illahi akibat serangan jantung.
Pada usia 41 tahun, menjalani kehidupan yang agak sihat, ternyata pemergian Ashraf secara mengejut membuatkan isteri dan anak mereka, Noah dilihat begitu sukar menerima kenyataan ini. Malah rakan-rakan terapat yang mengenali mereka juga berpendirian sedemikian kerana menyifatkan arwah Ashraf sebagai seorang yang baik hati dan sifatnya. Malah demi cinta kepada suami juga, Bunga Cinta Lestari turut menempah liang lahatnya sendiri untuk bersebelahan dengan Asharaf di San Diego Hill, Jawa Barat.
Seperti diketahui umum, susuk pasangan popular ini memang selalu diidolakan oleh ramai orang seakan membuktikan bahawa cinta setia benar-benar masih wujud dan ada hingga kini. Ini kerana di Instagram masing-masing, ketika hayatnya pasangan ini dilihat begitu bahagia. Malah keceriaan dan kemesraan yang selalu ditunjukkan pasangan ini akan menjadi kenangan buat semua orang yang menyenangi mereka.
Di ambil dari pelbagai sumber, berikut adalah kenangan manis mereka sepanjang 11 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Ads
Kisah Di sebalik kebaya akad nikah BCL – Dinikahkan pada 8 November 2008, menurut pereka baju kebaya BCL, Anne Avantie kebaya itu hilang sehari sebelum majlis pasangan ini berlangsung. Agak panik dengan kejadian, Anne kemudian memuat naik di instagramnya, kebaya putih bersulam warna emas itu terjatuh saat dimasukkan ke dalam kereta. Hal ini membuatkan Anne sempat menulis sekeping nota kepada BCL, "Saya Berpesan .. Tetap lah SETIA sampai MAUT memisahkan . Ini surat buat kalian .. sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD .. mu," tulis Anne disertai emoji menangis.
Janji sehidup semati itu itu akhirnya menjadi nyata, Bunga mendampingi Ashraf hingga maut memisahkan mereka.
Sentiasa luangkan masa dengan keluarga – Sebagai keluarga kecil, dapat dilihat Asharaf sering meluangkan masa bersama isteri dan anak tunggal mereka, Noah Sinclair.
Pamer kemesraan – Siapa yang masih bujang atau hati tidak bahagia dengan pasangan pasti berasa cemburu melihat pasangan ini. Arwah Ashraf tidak pernah ragu mempamerkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri. Dapat dilihat melalui gambar-gambar yang di pose kedua pasangan ini yang kelihatan sering tersenyum gembira.
Ketika Ashraf menyambut ulang tahun kelahiran ke 40 tahun, BCL menulis sesuatu yang cukup menyentuh perasaan dan begitu romantis.
"Untuk cinta dalam hidupku..aku tahu hidup tidak mudah..kita akan melewati banyak naik turun ..tapi satu hal yang pasti, aku di sini untukmu..sejak hari pertama dan akan selalu begitu, InsyaAllah..Selamat ulang tahun ke -40 cintaku..aku mencintaimu," tulis @bclsinclair.
Tak ragu ungkap perasaan – Biar usia perkahwinan mereka sudah melebihi 10 tahun, namun rasa kecintaan antara Bunga dan arwah Ashraf tidak terpadam malah dilihat semakin erat. Hubungan mereka juga dilihat semakin romantis dan harmonis. Pasangan ini dilihat sering memuji dan mengungkapkan rasa cinta antara satu sama lain.
Ashraf pernah menulis saat dia mempamerkan gambar dirinya dan isteri di sebuah kedai perhiasan.
"Kamu tahu dia adalah satu-satunya, saat kamu rela melakukan apapun untuk membuatnya tertawa," tulis arwah Ashraf.
Begitu juga saat Ashraf merayakan ulang tahun ke 40 dan mendapat kejutan dari BCL yang membawakan band Maliq khas untuk suaminya itu. Beliau mengungkapkan kata-kata yang cukup indah untuk isteri tercintanya.
"Terimakasih @bclsinclair telah menjadi hadiah yang luar biasa, menantang dan menyenangkan dalam hidupku. Istriku, pasanganku, semuanya. Kamu memahamiku lebih baik dari aku memahami diriku sendiri," tulis arwah Ashraf.
Ads
Bangga menjadi ibu bapa – Pasangan ini mempunyai anak tungga iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun. Sering kali dapat dilihat keduanya begitu bahagia tatkala mendukung anak tunggal mereka itu.
Dalam satu gambar di saat Bunga mendukung Noah dan dilihat Noah sedang mencium ibunya, Asharaf menulis sesuatu yang cukup membahagiakan.
Ads
"Dua orang yang mengubah hidup saya #Repost dari @bclsinclair–satu yang mengubah hidup saya..saya mencintaimu dengan segenap hatiku nak..," tulis @ashrafsinclair yang kemudian di post kembali dari akaun Instagram BCL di hari ulang tahun Noah ke-4.
6) Selalu bersyukur – Baik Asharaf mahupun Bunga, pasangan ini dilihat sentiasa mensyukuri apa yang mereka miliki. Baik bagi hal sekecil-kecilnya seperti dilihat saat makan bersama orang tersayang
"Bagaimana saya tidak bersyukur..makan siang di depan dua malaikat ini," tulis Ashraf disertai foto BCL yang sedang menyuapi Noah nasi goreng.
BCL tempah liang lahat untuk dirinya – Ternyata cinta sejati antara mereka membuatkan Bunga sudah menyiapkan tempahan liang lahatnya untuk suatu hari nanti dirinya akan disemadikan di sebelah suami tercinta. Sumber : Kompas.Com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Namun, lain pula yang berlaku pada telekung usahawan produk popular, Dato Seri Vida yang sering menjadi perhatian ramai. Menerusi video terbaru dikongsi Vida, telekung terawih miliknya yang dipenuhi labuci dan manik-manik kilat meraih perhatian pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, telekung DSV juga sepertinya sudah ditempah khas dengan gaya labuh yang meleret sehingga ke jalan raya.
DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.
“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.
“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di TikTok miliknya.
Hal itu menarik banyak perhatian pengguna TikTok yang khuatir telekung milik usahawan berkenaan akan kotor kerana dilihat meleret di sepanjang laluan ke masjid. Namun ada yang beranggapan usahawan jutawan itu mahu memakai pakaian terindah bagi menghadap sang pencipta sebagai tanda berterima kasih atas rezekinya.
Selagi telekung itu tidak menggangu jemaah yang lain okay kot. Apa pendapat korang?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam telah berlangsung majlis tahnik dan aqiqah, Siti Aafiyah Khalid, bayi comel kepada pasangan Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Wajahnya yang comel dengan senyuman manis ini dilahirkan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara Isnin lalu melalui pembedahan. Siti yang baru saja muncul dengan single “Comel Pipi Merah” ini sebelum ini menamakan anaknya Fatimah Az Zahra sebelum mengumumkan nama Siti Aafiyah secara rasmi semalam yang membawa maksud yang sangat baik.
Inilah Siti Aafiyah Khalid, memang comel betulkan…
Kata Dato’ Sri Siti pemilihan nama itu turut disepakati mereka sekeluarga kerana namanya tersebut cukup indah dari segi maknanya dalam bahasa Arab sendiri.
“Saya dapat nama ini ketika menunaikan umrah. Saya dapati ia sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat ibu negara malam semalam.
Sementara itu suaminya, Dato’ Sri Khalid, 59, berkata, nama anaknya itu mudah diingati.
“Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.
“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan menimpa, menjadi sihat dan memiliki wang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.
Betapa bertuahnya Siti Aafiyah, baru berusia 8 hari tetapi sejak semalam selepas videonya dimuat turun secara rasmi di Instagram CTDK milik ibundanya, wajah Siti Aafiyah yang comel sudah mencatat 1,864, 176 tontotan sejak 15 jam yang lalu. Alahai, ramainya yang mulai sayangkan Siti Aafiyah inikan.
Ramai peminat mengatakan bayi comel ini ada iras-iras kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Apa pun tahniah kepada Dato’ Sri Siti dan Dato’ Sri Khalid atas kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu ini selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Malah kehadiran cahayamata perempuan ini sudah ditunggu oleh Dato’ Sri Khalid sejak 18 tahun lalu kerana sebelum ini kesemua anaknya lelaki.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena bola sepak tanah air bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong Malaysia. Rata-rata peminat bola sepak tempatan melahirkan rasa kecewa apabila tiket perlawanan akhir menentang Thailand habis dijual.
Ramai yang sanggup beratur panjang sehingga ke stadium Melawati semata-mata untuk mendapatkan tiket.
Kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi semalam dan apa yang membuatkan rakyat lebih terkilan adalah kerana tiada jualan online dilakukan.
Menjelang tengah hari, orang ramai mula hilang sabar apabila diberitahu tiket sudah habis dijual. Keadaan menjadi tidak terkawal dan ada segelintir daripada mereka yang mula buat kecoh dengan merusuh kaunter penjualan tiket.
Difahamkan mereka berang kerana ada yang memotong barisan ketika membeli tiket dan ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membeli tiket dengan jumlah yang banyak lalu menjualnya pada harga yang sangat tinggi.
Kalau melihatkan pada situasi, rasanya kami pun tak sanggup nak beratur panjang dan berhadapan dengan keadaan tegang seperti ini. Diharap agar jika ada perlawanan lain selepas ini, pihak pengurusan lebih peka dalam menguruskan cara penjualan tiket untuk memudahkan pengunjung.
Apa-apa pun selamat maju jaya REMAJA ucapkan buat pemain bola sepak Malaysia untuk perlawanan malam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025...