Diam tak diam, kita sudah hampir berada di penghujung tahun 2022. Tidak dinafikan drama Korea masih menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Seperti biasa, bermula bulan baharu, kami akan senaraikan antara k-drama yang bakal ditayangkan sepanjang bulan ini.
Berikut adalah senarai k-drama yang akan bersiaran pada Ogos ini.
Se-Poong merupakan seorang doktor diraja yang berbakat, sehinggalah satu peristiwa yang tidak dijangka berlaku dia telah diusir dari istana. Doktor ini kemudiannya berpindah ke kampung Gyesu dan bertemu dengan guru eccentric, Gye Ji-han dan balu Seo Eun-woo. See Poong meneruskan kerjayanya sebagai doktor, tetapi mula merawat penyakit mental.
Mengisahkan tentang seorang wanita penghidap penyakit Alzheimer yang percaya bahawa kebakaran yang membunuh anaknya adalah disebabkan oleh seseorang. Tidak lama kemudian, ada lagi individu yang hilang dan disebalik kehilangan ini telah membongkar orang kampung itu satu persatu.
Drama ini menceritakan tentang Yoon Gyeo Rye, seorang lelaki yang dibesarkan di rumah anak yatim yang bergelut sepanjang hidupnya, termasuklah menghabiskan masa dalam tahanan juvana dan kemudiannya di penjara.
Ads
Disebabkan sebuah insiden, dia menjadi sukarelawan di sebuah hospital dan di sana dia bergabung dengan doktor dan pekerja-pekerja untuk berusaha memenuhi keinginan terakhir pesakit.
Menceritakan tentang seorang profesor yang mencari rezeki buat keluarga, namun ketika mengalami masalah kewangan, dia hamour menceraikan isterinya. Satu hari, dia terjumpa sebuah kenderaan yang penuh dengan wang tunai dan sekali gus melibatkannya dalam sekumpulan geng dadah.
Lima pelabur amatur menyertai mesyuarat saham misteri, di mana mereka belajar tentang kehidupan sambil melabur dalam pasaran saham. Drama ini mempertontonkan kepada penonton tentang orang biasa yang bereksperimen dengan saham dan mendorong mereka menjadi seorang pelabur.
Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam, Kim Jung Ho yang berhenti kerja dan mengganggur, hidup dengan duit sewa yang dikumpul dari bangunan miliknya. Rakan sepermainannya sewaktu kecil juga berhenti kerja sebagai peguam dan membuka sebuah kafe di bangunan milik Jung Ho yang dinamakan sebagai ‘Law Café’. Kafe itu menjadi tempat untuk individu yang memerlukan kafein dan kaunseling undang-undang, atau kedua-duanya sekali.
Eun Sun Woo memiliki sebuah syarikat terbesar di Korea dan dalam diam menjalankan agensi penyiasatan swasta dan bertindak sebagai seorang detektif. Don Se Ra pula lahir dengan memiliki ketajaman penglihatan. Untuk menyembunyikan kondisinya itu, dia selalu memakai cermin mata. Dia menggunakan kemampuannya untuk membantu orang secara diam-diam. Eun Sun Woo dan Don Se Ra akhirnya bekerjasama dan bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.
K-drama yang mana satu menarik perhatian korang? Selamat menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah dengar tak tentang Tranformsi National 2050 atau TN50?. Bagi remaja yang kurang pasti, TN50 ini ialah adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.
Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.
Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.
Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 – apakah yang akan membimbing kita?
Jom kenali duta Belia TN50 yang telah disenaraikan berdasarkan kejayaan telah diraih oleh golongan belia ini. Ada 23 belia berjaya dari pelbagai latar belakang dan tidak terkecuali, ada raut-raut wajah yang anda kenali secara tidak langsung.
Remaja senaraikan 10 duta belia TN50 dari 23 duta yang disenaraikan…
Sarah telah menerbitkan komik pertamanya seawal usia 15 tahun dalam majalah popular Ujang.
Hari ini, lebih daripada sekadar artis di sebalik meja lukisan, Sarah ialah seorang anggota aktif Pekomik, yang mempelopori pembuatan, pengiktirafan dan promosi artis-artis komik Malaysia dalam bidang kandungan kreatif.
Beliau merupakan naib presiden Persatuan Penulis dan Ilustrator Buku Kanak-kanak bagi negara Malaysia. Bakat Sarah telah diiktiraf oleh MDEC yang menganugerahkan beliau Geran Komik Digital Malaysia (Malaysian Digital Comic Grant).
Sarah telah memperoleh ijazah sarjana muda sastera daripada Universiti Teknologi MARA.
Ganesh adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saora Industries, yang berfungsi merawat air kumbahan sehingga menjadi air minuman serta menyediakan keperluan elektrik asas kepada kawasan pedalaman di Semenanjung dan Timur Malaysia. Sistem mudah senggara oleh Saora menggabungkan teknologi hijau yang digerakkan tenaga suria untuk meningkatkam keberkesanan dan memaksimumkan manfaat pengguna.
Beliau merupakan seorang penyumbang aktif untuk majlis belia dan keusahawanan di Malaysia seperti TEDx dan Forum Usahawan Muda Dunia. Ganesh juga merupakan pengerusi bagi Persatuan Alumni Axiata dan menyokong usaha sukarela sebagai seorang usahawan sosial.
Mendapat latihan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Ganesh telah diiktiraf oleh Institut Jurutera Malaysia untuk anugerah Projek Paling Inovatif dan baru-baru ini meraih Laureate Here For Good Award bagi tahun 2016.
Dzameer memulakan kerjayanya pada tahun 2007 sebagai seorang konsultan di PwC, di mana beliau menimba pengalaman dalam bidang pembangunan modal insan, peningkatan proses, dan pengurusan projek di Malaysia dan Indonesia.
Pada tahun 2009, beliau mendapat ilham memulakan Teach For Malaysia bersama Keeran Sivarajah, berlandaskan pegangan pendidikan mampu memperkasakan setiap anak muda hingga mampu mencapai potensi mereka.
Teach For Malaysia kini mempunyai lebih 300 alumni dan fellows, memberi impak terhadap lebih 44,000 pelajar di lebih 80 sekolah di sebanyak 9 negeri. Lebih 221 alumni menyandang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pentadbiran awam, dan sektor swasta. Dzameer memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Imperial London, United Kingdom serta penerima Pingat Ahli Negeri Sembilan pada tahun 2015.
Dr Lutfi adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hospitals Beyond Boundaries (HBB), sebuah pertubuhan yang membina klinik dan hospital untuk golongan miskin di rantau Asia Tenggara. Hospitals Beyond Boundaries bermula dengan klinik pertamanya di Phnom Penh, Laos.
Beliau juga merupakan seorang Pegawai Perubatan bahagian Penyelidikan Ekonomi Kesihatan di Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR). Beliau menaruh minat terhadap ekonomi kesihatan, di mana bidang penyelidikan beliau di IHSR menjurus kepada memperkasakan sector kesihatan dunia ketiga untuk menyediakan sistem kesihatan lestari.
Dari segi pencapaian akademik, sebagai graduan Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau pernah menerima anugerah kecemerlangan Tun Dr Ismail. Dr Lutfi turut merupakan salah seorang daripada 17 individu terpilih menyertai Sustainable Development Goals, setelah mendahului senarai 18,000 peserta dari 186 negara. Beliau juga pernah bertugas sebagai pelatih di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Switzerland.
Sebagai cendiakawan dan pemimpin belia berpengaruh, Yeen Seen baru-baru ini dinobatkan sebagai Young Global Leader oleh World Economic Forum. Beliau merupakan anggota UNESCO Steering Committee for Youth Leading Change for Peace in ASEAN dan juga ahli lembaga Global Institute for Women Empowerment.
Setanding dengan kehebatan beliau di arena belia antarabangsa, sewaktu banjir melanda Pantai Timur pada 2014, Yeen Seen melancarkan gerakan akar umbi #OpsHarapan, untuk memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Sehingga kini, gerakan tersebut masih bergiat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Yeen Seen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Research, Advisory and Technology (CREATE) setelah tamat menjawat peranan Ketua Pengarah Operasi di Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) juga mantan Pengarah Kanan Centre for Public Policy Studies (CPPS). Beliau merupakan lepasan Cardiff University dalam bidang perakaunan dan berijazah pasca siswazah di bidang dasar pendidikan daripada Warwick University, UK.
Setelah 20 tahun mewakili Malaysia dan 10 tahun bertarung raket di gelanggang skuasy professional antarabangsa, Sharon kini mencipta nama sebagai pengasas bersama dan pengarah Sports Warrior Global sebuah syarikat yang mempelopori pembangunan kepimpinan dan jati diri ahli sukan, beliau turut mengasaskan Sharon Wee Squash Pro Academy dan tidak kurang terkenal sebagai pengacara sukan di kaca TV.
Demi menyemarak semangat kesukanan dan menggalakan perkembangan bakat muda sukan tanahair, Sharon kerap menganjurkan ceramah serta seminar motivasi untuk atlit negara, pelajar universiti juga komuniti sukan tempatan.
Berbekal ijazah di bidang pentadbiran perniagaan, Certified Level 3 Elite Squash Coach, Sharon juga bertauliah sebagai jurulatih professional yang mampu menyemarak semangat, menguatkan kewibaan dan meninggalkan kesan demi kemajuan negara.
Zhariff Afandi tidak pernah menganggap diri beliau kurang upaya walaupun lahir tanpa kedua-dua belah tangan. Pada naluri beliau, kehidupan itu bukan sekadar ditempuh di tahap kelajuan biasa tetapi menjadi lebih menarik apabila wujud kucar-kacir.
Bersemangat tegar, beliau telah 10 tahun giat menglibatkan diri dalam bidang CSR, bantuan kemanusiaan dan program pembangunan masyarakat. Berbekal pengalaman tersebut, Zhariff menjadi sumber inspirasi kepada anggota masyarakat yang aktif di bidang keusahawanan sosial dan kerja-kerja bantuan kemasyarakatan.
Berpendidikan psikologi pembangunan daripada Griffith University, Australia, beliau turut mempunyai ijazah sarjana muda Sosiologi daripada KDU College. Zhariff merupakan pengasas TZI dan Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4E serta LOKA Malaysia.
Dr. Louisa Shobhini Ponnampalam merupakan pakar cetacean atau mamalia laut yang lebih kita kenali sebagai ikan paus dan lumba-lumba.
Minat beliau dipacu keinginan mempelopori kesedaran tentang anugerah alam lautan Malaysia serta melindungi kepelbagaian mamalia laut tempatan.Hasil usaha beliau, maka pada Januari 2012 terbentuk MareCet Research Organisation yang menumpukan usahanya terhadap kajian dan perlindungan mamalia laut di perairan Malaysia. Dr. Louisa dan MareCet kini giat berusaha memantau serta melindungi mamalia laut dengan sokongan masyarakat di Langkawi.
Salah seorang pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif tersohor negara, Dr Farrah-Hani membantu ribuan pesakit sembuh melalui kepakaran dan penyelidikan pelbagai teknologi perubatan terkini. Selaku ketua unit dan doktor kanan, beliau memimpin ratusan bakal doktor di Universiti Malaya yang mula mengorak langkah berkerjaya.
Beliau juga pernah mengharumkan nama negara sebagai ratu gimnastik berirama dan suatu ketika merupakan wakil solo Malaysia ke Kejohanan Jimnastik Dunia di Alicante, Sepanyol. Minat beliau terhadap sukan tersebut tidak pernah luntur dan Dr Farrah kini masih giat sebagai pengurus pasukan gimnastik berirama negara. Kini beliau ingin menyambung menabur bakti melalui penglibatan dengan TN50 dan belia yang bakal mengubah Malaysia di ambang 2050.
Faisal Ariff telah memperkenalkan Passport 2.0, yang diiktiraf sebagai pemenang di Pertandingan Impak Global Malaysia. Hasil kejayaan tersebut, beliau turut ditawarkan biasiswa bernilai USD30,000 melanjutkan pengajian pasca Siswazah ke Singularity University bertempat di Silicon Valley.
Faisal yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif BorderPass turut merangkul kemenangan di Anugerah Keusahawanan Asia (AEA) yang telah diadakan pada tahun 2016 di Tokyo, Jepun.
BorderPass berwawasan menjadi “cloud passport” yang pertama iaitu membolehkan kembara tanpa borang imigresen, seterusnya memudahkan pengurusan rekod perjalanan. Teknologi tersebut mencakupi pengiktirafan imej 3D dan lain-lain fungsi biometrik seperti cap jari, cap tapak tangan dan imbasan passport. Selain itu, Faisal juga merupakan sukarelawan untuk Mercy Malaysia dan telah menjalankan aktiviti kesukarelawanan di Afghanistan, Lahad Datu, dan Filipina.
Kita sering melihat betapa tabah dan bersabarnya aktres Zarina Zainudin dalam menjaga dan mendidik anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang mengidap autisme. Kisah kembar itu selalu Zarina kongsikan di media sosial miliknya.
Di sebalik itu, tentu ramai yang nak tahu betapa susahnya mendidik anak-anak mengidap autisme ini. Tapi sebelum itu, korang patut faham betul-betul apa yang disebut dengan autisme ya.
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.
Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari “Autism Society of America”: http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap di kalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang “Cure Autism Now”). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sumber Wikipedia.
Disebabkan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak, proses mendidik anak-anak disahkan mengidap autisme ini tentunya agak sukar.
REMAJA kongsikan pengalaman Ustaz Norman Ibrahim, 40 tahun yang mengajar mengaji kepada anak-anak autisme ini secara persendirian sekitar kawasan Kajang dan Cheras.
Ustaz Norman mengajar ngaji anak-anak autisme
Kongsi Ustaz Norman, dalam tempoh 4 tahun ini dia mengajar ngaji kepada 42 orang pelajarnya (termasuk golongan dewasa berusia 62 tahun). Separuh darinya adalah kanak-kanak autisme, speech delay dan lain lagi.
Katanya lagi, kesabaran adalah perkara utama selain mesti sayangkan budak-budak. Kalau ada dua perkara ini, barulah boleh mengajar kanak-kanak ini.
“Selain itu, untuk mengajar anak autisme ini kesabaran perlu ada. Perlu kenal diri mereka, barulah dapat rapat dengan mereka. Kita perlu meniru cara mereka. Kalau perlu menari, menarilah. Ada masa menangis, saya pun perlu menangis biar saya menangis tipu-tipu. Semua ini untuk dekat dengan mereka dan agar anak-anak faham bahawa kita sama dengan mereka,” katanya sambil menambah ada masa dia gunakan bahasa isyarat ketika mengajar kerana bukan semua anak autisme ini mampu bertutur dengan baik,”katanya yang berkongsi bagaimana seorang ibu yang anaknya menghadapi masalah “speech delay” merayu agar dia mengajar anaknya mengaji.
“Biasa dalam situasi ini, saya akan gunakan pendekatan berbeza. Jadi saya gunakan keadah bahasa isyarat selain mengulang-ulang ayat agar ayat-ayat Allah ini melekat di hati mereka. Kalau orang normal boleh hafal Aliff sampai Ya dalam tempoh singkat,biasanya anak-anak autisme ini kena belajar lebih dari sebulan,” kata suami kepada Nuraimi Mizan dan bapa kepada empat anak ini memaklumkan pelajarnya terdiri mereka yang berusia antara 5-13 tahun.
Bukan senang kerana anak-anak autismes ini ada pelbagai karenah mengikut acuan mereka.
Adakalanya bahasa isyarat perlu digunakan ketika mengajar
Perlu kenal dengan rapat barulah dapat mengikut rentak anak-anak istimewa ini
Jelas Ustaz Norman dia mengggunakan kaedah menggunakan muqaddam dan bukannya iqra kerana selesa dengan apa dipelajarinya ketika kecil.
“Setakat ini ada yang mampu ke iqra 3,4 dan lima. Belum ada lagi Quran tapi anak-anak ini sudah mampu membaca dan paling penting tahu solat,”katanya berkongsi.
Kata Ustaz Norman, dia mula mengajar anak-anak istimewa ini selepas melihat seorang saudaranya mempunyai anak begini dan dari situ timbul untuk berkongsi ilmu yang Allah berikan kepadanya. Yuran pengajian yang mahal dikenakan sehingga cecah ratusan ringgit membuatkan dia nekad mengajar dari rumah ke rumah.
“Berapa yang keluarga mampu, itulah rezeki saya. Tak ada penetapan harga pun. Buat masa ini saya di sekitar Cheras, Kajang dan Mahkota. Paling penting adalah sabar dan terus istiqomah. Anak-anak ini begitu isimewa. Ada keluarga yang menangis bila lihat anak mampu mengaji,” katanya.
Ustaz Norman turut mempelawa mana-mana Ustaz atau Ustazah yang mahu bersama-sama mengajar anak-anak istimewa ini kerana mahu melihat lebih banyak mereka mendapat ilmu dan dia sudi berkongsi ilmu yang ada padanya kepada mereka yang berminat mengajar anak-anak autisme ini.
Bagi sesiapa yang mahu, boleh hubungi dirinya di talian 016-9777037.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem anime antara genre yang mendapat tempat di hati segelintir masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja. Selalu kami kongsikan dengan korang filem Korea dan Hollywood, kali ini kami nak cadangkan antara 30 filem anime yang menarik untuk ditonton.
1. My Neighbour Totoro
2. Hotarubi no Mori e
3. Spirited Away
4. Ponyo
5. Princesse Mononoke
6. The Tale of The Princess Kaguya
7. Whisper of The Heart
8. I want to Eat Your Pancreas
9. Tales From Earthsea
10. The Wind Rises
11. When Marnie Was There
12. Castle In The Sky
13. A Letter To Momo
14. The Garden of Words
15. Ocean Waves
16. HAL
17. Kiki’s Delivery Service
18. Wolf Children
19. The Flower We Saw That Day
20. A Silent Voice The Movie
21. Grave of The Fireflies
22. 5 Centimeters Per Second
23. The Girl Who Leapt Through Time
24. The Boy and The Beast
25. Maquia When The Promised Flower Blooms
26. Howl’s Moving Castle
27. Weathering With You
28. Your Name
29. The Cat Returns
30. The Secret World of Arrietty
Dah bosan layan filem komersil, apa kata sesekali korang try layan anime pula. Selamat menonton!