
Nama Aina Abdul menjadi sebutan apabila persembahannya di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) mendapat perhatian ramai apabila dikatakan membawa mesej bunuh diri.
Namun, Aina tidak cepat melatah dan menjelaskan dia tidak pernah terlintas untuk melakukan konsep seperti yang didakwa.
Lihat sahaja kemampuan vokalnya malam itu, jelas sekali gadis ini sudah cuba untuk melakukan sebaik mungkin dalam menyampaikan lagu Sumpah.
Apa yang menarik perhatian kami, Aina juga sering menyanyikan lagu cover di siaran YouTubenya dan tidak dapat dinafikan lagi, kekuatan vokal Aina memang power.
Tak percaya? Jom kita tonton antara lagu cover yang telah dibuat oleh Aina Abdul.
1. I Surrender – Celine Dion
2. Rindu – Agnes Monica
3. Sumpah – Naim Daniel
4. Kau Kekasihku – Dato' Siti Nurhaliza
5. Sampai Bila – Misha Omar
6. Rossa Medley
7. My All – Mariah Carey
Amacam, lagu mana paling power?
“Sesungguhnya Ini Adalah Salah Faham…” -Fathia Latiff Tegaskan Hanya Kerani Di Firma Guaman

Pelakon berkaliber, Fathia Latiff tampil menegaskan dirinya hanyalah sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukannya sebagai seorang peguam seperti yang didakwa ramai, sebelum ini.
Menurut pelakon drama popular Ariana Rose itu, penjelasan yang dikongsikan di Instagram miliknya itu bagi meleraikan salah faham yang telah tular di media sosial, selepas dia memuat naik foto sedang bekerja baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Banggakan Sabah Sebagai Negeri Kelahiran Penyanyi Berbakat Malaysia, Adam Shamil Punya Impian Besar
“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya.
Justeru, Fathia turut memohon maaf sekiranya kapsyen hantarannya sebelum ini telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan warganet.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan dalam media sosial telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” coretnya lagi.
Sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun itu ada memuat naik sekeping foto yang dilihat dirinya sedang bekerja di sebuah pejabat guaman, sehingga menjadi bualan ramai pihak di serata media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Fathia Latiff
Rahsia 4 Pelajar Dapatkan Keputusan PT3 Awesome Ini Memang Memberi Inspirasi

Isi Kandungan
ToggleHari ini menandakan hari para pelajar yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mengambil slip keputusan mereka.
Ada yang tak sabar-sabar menantikan keputusan setelah berbulan-bulan mereka berhempas pulas concentrate pada pelajaran.
Ada juga yang sedikit cuak kerana tidak menyangka hari ini akan tiba juga. Hehe cuak ke dik?

Daripada 425,251 calon yang mengambil peperiksaan penilaian tersebut pada Oktober lalu, beribu-ribu calon telah memperoleh keputusan yang amat cemerlang. Lalu, ia menandakan kualiti pelajardi Malaysia memang bukan calang-calang orangnya.
TAHNIAH korang, you should definitely be proud of your achievement and effort!
Antara yang telah memperoleh keputusan cemerlang ialah 4 kelompok pelajar ini. Semuanya datang daripada latar belakang berbeza dan setiap seorang mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan di sebalik kejayaan mereka itu.
Tak Perlukan Tuisyen
Tatkala ramai pelajar seluruh negara mengharapkan kepada kelas tambahan di pusat tuisyen, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih, Kuantan ini nampaknya tidak memerlukannya.
Allyia Loo Zainai yang lebih mesra dengan panggilan Allyia muncul sebagai pelajar tunggal berbangsa Melayu di sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 10A bersama lima lagi pelajar dengan keputusan yang sama.
Boleh ke kalau tiada kelas tuisyen pada zaman ini? Well, Allyia telah membuktikan itu tidak mustahil.

“Saya selalu mengulang kaji di rumah dengan bantuan ibu. Semasa di dalam kelas pula, saya berikan tumpuan sepenuhnya dan rajin bertanya cikgu serta rakan jika ada perkara yang saya tidak faham,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.
“Sebelum ini saya hanya mendapat keputusan 8A 2B untuk percubaan, jadi saya happy dengan keputusan ini. Tambahan pula kerana ini adalah kali pertama saya mendapat A untuk subjek Sains!”
Jangan Risau Tentang Duit
Ayah kepada pelajar Nurhannan Mohd Fauzi sering mengingatkan anaknya itu untuk sentiasa menjaga solat, berpegang kepada al-Quran dan jangan pernah berhenti berusaha.
“Pesan ayah, al-Quran itu adalah kunci kepada kejayaan kita. Beliau juga selalu cakap, jangan risau sangat tentang duit. Sekiranya kita berusaha, insyaAllah Tuhan akan menolong kita,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Islamiah Mersing, Johor.
Nurhannan mengakui dia terkejut ketika memperoleh keputusan 8A kerana ketika percubaan, pelajar tersebut hanya memperoleh 2A saja.

“Sejak dapat keputusan percubaan, saya cuba tingkatkan usaha ke arah subjek yang saya lemah.
“Saya cuba fokus di dalam kelas saja kerana bila berasa di rumah, saya mengikuti kelas mengaji yang dijalankan oleh ayah di Wakaf Darul Quran dan kelas itu hanya habis pada jam 10 malam
Mengakui antara subjek yang digemarinya ialah Bahasa Arab, penulis tertanya juga mengapa subjek itu menjadi pilihan sedangkan ramai pelajar yang mengatakan ia susah.
“Awal-awal je pening sedikit kerana perkataannya hampir sama. Tapi lama kelamaan bila saya sudah menguasainya sedikit, Bahasa Arab menjadi semakin menyeronokkan.”
Dekatkan Diri Dengan Tuhan Selalu
“Kalau kita berusaha sekuat mana sekalipun tapi kita tak dekatkan diri dengan Tuhan, tak bermakna juga,” kata Muhammad Syazwan Khirudin yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya.
Anak bongsu daripada lima beradik itu memperoleh keputusan 9A 2B dan baginya, ini hanyalah permulaan untuk dia mengejar cita-cita sebagai seorang akauntan kelak.

“Tentulah, saya terkejut bila melihat keputusan ini. Apatah lagi kerana saya seorang saja yang memperoleh 9A di sekolah ini.”
“Bagi saya, belajar tetap belajar. Tapi ada masanya kami suka juga keluar sebentar untuk bermain bagi menghilangkan tekanan. Contohnya, permainan seringkas ‘baling selipar’ je.”
Belajar 4-5 Jam Sehari
Kata orang, kalau nak berjaya terpaksalah kita berusaha mengikut cara masing-masing.
Dan jika korang lebih selesa untuk belajar selepas waktu 12 tengah malam, so be it.
Yong Zong Sheng dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid, Johor Bahru ini sudah terbiasa untuk belajar pada waktu tersebut untuk empat ke lima jam sehari (or should we say, semalam).

“Saya memang berminat untuk menjadi seorang doktor pakar pembedahan. Mungkin juga itu yang menaikkan semangat saya untuk mendalami subjek Sains dan belajar sehingga waktu awal pagi.
Berbeza pula dengan Ras Qurratu Ain Mohd Yusuf yang belajar di sekolah yang sama, dia memilih untuk belajar antara jam 8 malam hingga 11 malam. Walaupun waktu belajarnya berbeza, namun dia masih memperuntukkan tempoh 4-5 jam sehari.
=====================
Hebatkan mereka semua ni sehinggakan ramai di kalangan pelajar kolej dan universiti sekalipun memberi ‘tabik spring’ kepada mereka. Penulis berharap usaha pelajar PT3 pada tahun ini akan diteruskan sehingga ke peringkat SPM dan peringkat tertiari pada masa akan datang. Daebak!
Pelakon Kdrama ‘Little Women’, Meninggal Dunia Mengejut Akibat Serangan Jantung!

Pelakon dalam Kdrama popular bertajuk ‘little women’ iaitu Park Min Jae, 32, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China pada Jumaat lalu.
Perkara itu disahkan adik mendiang dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.

“Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya.
“Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.
“Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu.” katanya di Instagram pada Isnin.
Agensi Turut Mengesahkan
Dalam pada itu, agensi Min Jae, iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.
“Helo, ini Big Title, agensi pelakon Park Min Jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.
“Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.
“Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title,” ujarnya.
Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans. Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.
Untuk rekod Min Jae turut dikenali dan popular menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.