Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan hampir di seluruh negara membuatkan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan melakukan pembelajaran secara online. Namun begitu, bukan semua individu mampu untuk mendapatkan capaian internet yang tinggi bagi memudahkan urusan belajar mahu pun bekerja.
Oleh yang demikian, ada diantara wakil rakyat yang bertanggungjawab melihat situasi ini dan memberi bantuan kepada penduduk sekitar.
Menurut laman Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi beberapa agensi untuk memohon bantuan wifi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai. Ini ekoran pada PKP 1.0 yang lalu, ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk mengakses internet.
Justeru itu, beliau memaklumkan setakat ini terdapat 7 lokasi yang disediakan perkhidmatan wifi percuma, khusus untuk para pelajar yang perlu mengikuti kelas secara online. Lokasi-lokasi tersebut termasuklah;
• Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang
• PPR Kerinchi, PREPKOM Blok A
• Perumahan Pantai Permai
• PPR Pantai Ria, PREPKOM Blok C
• PPR Kg Limau, PREPKOM Blok 94
• PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk
• Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A
*PREPKOM terdahulunya dikenali sebagai Dewan MINTS
Difahamkan, wifi percuma ini disediakan sehingga hujung April nanti, namun YB Fahmi akan cuba berbincang dengan pihak berwajib bagi mempertimbangkan untuk melanjutkan perkhidmatan percuma ini terutama sekiranya kelas online masih diteruskan.
Warga setempat yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, password
wifi serta waktu operasi, bolehlah berhubung dengan PIC seperti yang terdapat dalam gambar.Diharap inisiatif sebegini dapat dilakukan diseluruh kawasan negara, khususnya kawasan luar bandar bagi memudahkan masyarakat menjalani aktiviti pembelajaran dengan mudah tanpa halangan.
Sumber: Facebook Fahmi Fadzil