Seluas-luas bumi Allah ini, tiada batasan yang boleh menghalang individu menjejakinya. Asal ada duit, masa dan kesihatan yang baik, boleh saja pergi ke mana di sukai. Namun atas nama polisi, keselamatan dan kerahsiaan, ada 7 tempat di dunia ini yang dilarang memasukinya sama sekali.

Cuba semak, apa tempat rahsia yang orang ramai tidak boleh memasukinya sesuka hati. Selalu orang cakap, money can buy anything tetapi di 7 lokasi ini, duit tak laku pun tau.

Room 39 Korea Utara

Bila sebut Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, kita tahu tidak ramai pelancong memilihnya sebagai destinasi percutian berbanding Korea Selatan.

Di sebalik negarai ini tersimpan satu lokasi rahsia  disebut sebagai Room 39 (ada juga panggilan seperti Bureau 39, Division 39 atau Office 39). Ia adalah tempat pemerintahnya, Kim Jong Un melakukan  operasi penggubahan wang haram, pencucian wang, penjualan senjata, penyeludupan ubat-ubatan dan lain lagi bagi membiayai operasi negara ini termasuk program rahsia nuklearnya.

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
KIm Jong Un dipercayai banyak menyimpan rahsia tentang Room 39

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Imej dari satelit hanya mengandaikan di situlah terletaknya Room 39

 

Reka bentuk bangunan ini juga sukar diakses oleh satelit dan begitu tersembunyi namun agak dekat dengan rumah pemerintahnya, Kim Jong Un.

Dikatakan, di Room 39 ini, banyak operasi rahsia dilakukan seperti pemalsuan wang termasuk ada  akaun-akaun rahsia lebih kurang 130 akaun yang tersimpan rapi. Hanya pemerintahnya, boleh memasuki selain pekerja yang taat setia. Bilik ini disebut sebagai  sumber ekonomi pemerintah.

Laporan pada 2007 yang diterbitkan oleh Millenium Project Of The World Ferderation Of United Nations Assiciations menyebut bahawa Korea Utara menghasilkan USD500 juta ke USD 1 juta setahun hasil kerja-kerja yang menyalahi undang-undang. Jadi kalau korang ada duit pun, confirm tak dapat masuk sini..

Disney Club 33

Terletak di New Orleans Square, Club 33 ini hanya boleh diakses oleh ahlinya sahaja. Itu pun tidak ramai kerana untuk menganggotainya yurannya teramat mahal. Kalau korang ada duit yang banyak sekali pun dan mahu membeli yuran keahliannya, sila tunggu berbelas tahun dulu ya kerana keahliannya sangat terhad. See, money can buy anythingkan.

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Tempat ini sangat terhad kemasukkannya kecuali korang ada boyfriend atau girlfriend yang ada kad keahliannya. So bolehlah duduk bersama..

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Ruang loungenya sangat mewah dan hanya untuk orang have-have sahaja

 

Ads
7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Salah satu susur masuk ke kelab ini sebelum boleh masuk ke dalamnya. Ini pun dah mewahkan..

Difahamkan, untuk yurannya sahaja mencecah antara USD 25,000 ke USD 100,000. Kalau ditukar ke duit ringgit, lebih kurang antara RM100,000 ke RM400,000. Dah boleh beli sebiji rumahkan di sini. Masuk situ pun Cuma untuk makan-makan. So apa lagi guys, lepak mamak jelah. Bila-bila korang boleh akses, 24 hours non stop!

Area 51 Nevada, Amerika Syarikat

Apa apa di sini sampai tak boleh nak akses ya.  Area 51 Nevada ini ditubuhkan pada 1955 dan merupakan pangkalan udara rahsia bagi ketenteraan Amerika. Ermm, patutlah tak boleh masuk. Confirm kena tembak.

Terdapat cubaan beberapa kali dari orang luar yang cuba ingin mengetatahui apa yang dilakukan di sini. Apa yang mereka dapat tangkap melalui gambar ialah individu berpakaian seperti satu set lengkap.

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Nampak tanda amaran yang dipasang. Sila jauhkan diri ya.

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Lokasi ini merupakan tempat pengkalan udara Amerika menjalankan operasi rahsia dan ujian ketenteraan pesawat mereka

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Kawalan cukup ketat di sini, 24 jam non stop

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Hanya gambar begini berjaya dibidik oleh mereka yang ingin tahu apa ada di dalam Area 51 ini

Difahamkan juga, di Area 51 ini apa saja ujian mengenai senjata, penerbangan dan berkaitan ketenteraan akan dilakukan di sini. Sekali pun Presiden mengatakan tiada apa rahsia di sini tetapi segala biaya kewangan dan laporan tidak pernah dibentangkan kepada Kongres Amerika  serta umum. So, tempat ini memang sangat rahsia dan dianggap tak wujud sama sekali.

Arkib Rahsia Vatican City

Disini merupakan tempat penyimpanan semua dokumen rahsia sama ada bertulis tangan sejak berkurun lagi. Dikatakan, di arkib inilah semua dokumen penting dan mempunyai nilai sejarah disimpan sebaik mungkin. Difahamkan, ada 105 dokumen bernilai tinggi dan 19 daripadanya langsung tidak pernah dipertontonkan kepada umum atas akta kerahsiaan.

Sebab itulah ia tidak dibuka kepada umum sejak dahulu. Tetapi beberapa tahun dahulu pihak Arkib Rahsia ini ada menjemput individu terpilih untuk memasukinya tetapi bukan semua tempat dibuka kepada umum.

Ads
7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Arkib ini sepanjang 85km dan menyimpan semua dokumen rahsia. Cara pengambilannya bahannya masih secara manual dan sebab itulah tiada orang dibenarkan masuk sesuka hati.

 

Seorang wartawan The Telegraph, Nick Squires telah menyertai lawatan bersejarah ini. Katanya  arkib itu dikawal menggunakan teknologi purba dan bukan seperti perpustakaan moden.

Rak penyimpanannya adalah sejauh 85 km dalam ruang bawah yang dikonkrit sepenuhnya dan dipenuhi dengan surat kiriman pemimpin dari pelbagai peringkat kepada kepimpinan Vatican City ketika itu.

Pihak Vatican City menegaskan arkib itu bukanlah sesuatu yang rahsia, sebaliknya ia lebih merujuk kepada tempat yang privasi.

Snake Island, Brazil

Di pulau yang dikenali dengan nama  Ilha de Queimada Grande. Sangat cantik tetapi sayangnya terlampau banyak ular berbisa. Difahamkan ada lebih dari 4000 spesis ular berbisa ada di pulau ini.

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Pulau ini sangat cantik tetapi dipenuhi ular

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Ribuan ular berbisa ada di sini, 5 minit patuk, kulit daging terus luruh

 

Kalau seorang individu dipatut, dalam tempoh 5 minit, segala isi badan akan melerai dan difahamkan, setiap satu meter persegi sudah ada kelompok ular berbisa yang merata-rata.

Lebih teruk lagi, spesis ular kepala emas (lancehead) ini mampu membunuh dalam beberapa minit selepas mematuknya. Jadi kalau korang ada duit pun, janganlah pergi sinilah. Sure tak balik kalau kena patuk!

Ads
Syalbard Global Seed Vault

Dengar pun jarang-jarangkan tetapi tempat ini terletak di Kutub Utara, satu tempat paling sejuk di dunia.

Difahamkan di penempatan ini hanya beberapa orang boleh mengaksesnya dan tidak dibuka kepada umum. Sebabnya, di Syalbard Global Seed Vault inilah terletaknya segala jenis biji benih yang akan tumbuh dalam pelbagai cuaca jika keadaan  sudah kiamat. Ermm, macam-macam orang putih niekan.

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Global Seed Vault adalah lokasi penyimpanan semua jenis biji benih di dunia

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Di kutub utara inilah gudang benih didirikan

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Gudang penyimpanan jutaan biji benih seandainya berlaku kecemasan di dunia kelak

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Segala jenis benih ada di sini termasuk durian tau

Malah kalau dunia hancur akibat peperangan, di saat semua manusia akan kelaparan, tetapi di lokasi ini benih akan tumbuh dan menjadi sumber makanan untuk manusia yang tinggal. Jutaan biji benih di simpan di sini dan tempat ini tak boleh dimasuki sebarangan orang.

Google Data Centre

Selain enam tempat di atas, Google Data Centre bukanlah satu tempat pelancongan yang boleh diakses oleh semua orang. Di sini disimpan segala jenis data dan hanya pihak tertentu boleh memasukinya.

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…
Hanya pekerja mempunyai akses sahaja dibenarkan masuk ke sini

 

7 Lokasi Dunia Yang Tak Diboleh Swipe Masuk Ke Tempat Ini Kecuali Korang…

Jadi kalau kita ada duit yang banyak dan try-try nak rasuah orang agar diberi kebenaran untuk melihatnya, jawapannya, NOOOOO.

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI