7 Makanan Perlu Elak Bagi Pengidap Gastrik, Salah Satunya Kopi

Share

Gastrik sering dikaitkan dengan gejala pedih atau sakit pada bahagian perut dan ulu hati.

Hal ini biasanya terjadi akibat keradangan pada lapisan dalam perut. Ramai mengadu rasa tidak selesa pada perut, sakit ulu hati, sendawa, perut rasa kembung, loya dan rasa ingin muntah selain masalah lain.

Malah kata mereka, seseorang yang selalu merasa simptom-simptom tersebut tidak boleh membiarkan perut kosong atau berlapar dan perlu sentiasa makan bagi mengelak angin terjadi.

Ini adalah tujuh tips khas untuk pengidap gastrik.

Gejala-gejala gastrik yang sering terjadi kepada pengidapnya

Mereka perlu mengelak beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan perut menjadi lebih sakit.

Ini adalah di antara jenis makanan tersebut : 

  1. Makanan bergoreng
  2. Makanan dalam tin (biasanya makanan sebegini mempunyai kandungan asid yang lebih tinggi berbanding makanan segar).
  3. Minuman bergas atau berkabonat. Jangan juga ambil soda bandung ais atau air soda herba. Sebaiknya minumlah air suam panas)
  4. Makanan yang asidnya tinggi seperti tomato, oren, limau dan sebagainya)
  5. Makanan pedas (bak kata orang Negeri Sembilan satu lori cili tumpah depan rumah, hikz)
  6. Makan dalam kuantiti yang agak banyak (penuh sepinggan seolah-olah untuk tampung perut setahun)
  7. Minuman yang berkafein tinggi seperti kopi dan teh.

So korang, insya Allah jika diamalkan ini, tak timbul istilah sakit perut keterlaluan dan menganggu kerja harian korang. Pastikan jangan melambat-lambatkan waktu makan selain elakkan merokok selepas makan.

Boleh juga makan makanan sunnah seperti kurma dicampur susu (blend dulu kurma ya) bagi sememangnya sangat baik kesihatan tubuh.

Selamat beramal!

 

 

Published by
Nana