7 Pasangan K-Drama Terbaik Sepanjang Tahun 2020, Couple Mana Paling Sweet?

Share

Pasangan dalam drama Korea memang sering membuatkan penonton ‘tergila-gila’ kerana walaupun hanya lakonan, namun chemistry yang ditunjukkan oleh para pelakon berjaya mencuri hati peminat. Tanpa pasangan yang serasi, tidak mungkin wujud drama berkualiti dan digilai para peminat.

Menyingkap kembali barisan k-drama yang ditayangkan sepanjang tahun 2020 ini, berikut kami senaraikan antara couple paling best dalam drama Korea yang pernah ditayangkan tahun ini.

1. Da Hee & Jae Seok – Once Again

Foto: hancinema.net

Drama yang ditayangkan di saluran SBS meraih rating sebanyak 37%. Song Da Hee (Lee Cho Hee) dan Yoon Jae Seok (Lee Sang Yi) membuatkan penonton tidak jemu menonton sehingga 100 episod yang ditayangkan. Ya, ini adalah antara drama Korea yang mempunyai episod terpanjang.

Tampil dengan tema ‘keluarga adalah keluarga’, Song Da Hee dan Yoon Jae Seok berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari episod pertama hingga terakhir, untuk melihat mereka mencapai kebahagiaan bersama.

2. Park Joon Young & Chae Song Ah – Do You Like Brahms?

Foto: meaww.com

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik. Park Joon Young (Kim Min Jae) mula bermain piano semasa berumur 6 tahun. Dia memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.

Manakala, Chae Song Ah (Pak Eun Bin) seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba. Dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.

Kedua-dua pasangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan berjaya membawa watak dalam drama ini dengan baik. Chemistry antara Kim Min Jae dan Park Eun Bin menyempurnakan lagi watak mereka dan membuatkan penonton terpesona serta ‘menangkap’ perhatian penonton sehingga episod terakhir.

3. Moon Young & Kang Tae – It’s Okay To Not Be Okay

Foto: dramabeans.com

Drama It’s Okay To Not Be Okay merupakan comeback buat Kim Soo Hyun selepas menamatkan latihan ketenteraannya dan tidak sangka, drama ini mendapat sambutan ramai. Moon Kang Tae seorang lelaki yang memiliki segalanya, termasuklah tubuh yang hebat, kecerdasan dan penuh rasa simpati terhadap orang lain. Dia digambarkan mempunyai karakter yang sempurna, namun mempunyai saudara lelaki yang menghidap autism.

Pasangan ini jatuh cinta ketika mereka mengatasi trauma zaman kana-kanak mereka. Tidak dinafikan, kedua-dua pelakon ini berjaya mencipta chemistry yang memberi kesan kepada penonton.

4. Yoon Se-Ri & Captain Ri – Crash Landing On You

Foto: peoplesworld.org

Kejadian buruk akibat paragliding menemukan Yoon Se-Ri (Soon Ye-Jin) dan Ri Jeong-Hyeok (Hyun Bin), seorang tentera yang menyelamatkannya ketika sesat mendarat di daerah Korea Utara. Drama ini juga pernah menjadi fenomena pada awal tahun lalu kerana kekacakan Captain Ri dan chemistry yang ditunjukkan bersama Yoon Se-Ri dalam drama 16 episod ini.

Disebabkan drama ini juga, sepasang pasangan di Filipina turut merakamkan foto perkahwinan mereka bertemakan Crash Landing On You.

BACA: Pasangan Filipina Pilih Konsep Drama Crash Landing On You Untuk Foto Pre-Wedding, Hasilnya Memang Onz

5. Cha Ji Won & Baek Hee Sung – Flower of Evil

Foto: meaww.com

Segala-galanya tentang drama ini adalah sangat hebat, dari segi plotnya, ketegangan jalan cerita dan paling utama, kisah percintaan yang dipaparkan. Moon Chae Won dan Lee Joon Gi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Criminal Minds pada 2017, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka memang pasangan yang serasi di kaca televisyen.

Daripada adengan bahagia mereka sebagai pasangan suami isteri dalam Flower of Evil, sehinggalah Ji Won menangis kerana pembohongan Hee Sung yang tidak terkawal, kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton sehingga saat akhir episod drama ini.

6. Nam Ji Ah & Lee Yeon – Tale of the Nine-Tailed

Foto: Asianwiki

Menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tetapi kini hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasan.

Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) mencari Lee Yeon yang telah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu. Percintaan fantasi mereka tidak kurang epik, dengan adengan payung yang romantic menjadikan chemistry dua pelakon ini bersatu.

7. Seo Woo Jin & Cha Eun Jee – Dr. Romantic 2

Foto: gokpop.co

Pasangan muda yang berjaya menawan hati penonton pada tahun ini adalah Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop menerusi drama Dr. Romantic 2. Percintaan mereka berkembang ketika keduanya ditugaskan untuk bekerja dengan Dr. Kim (Han Suk Kyu) di Dol Dam Hospital.

Walaupun mempunyai keperibadian yang berbeza, namun penonton masih mahu menyaksikan gandingan dua pelakon ini dalam setiap episode.

Macam mana, korang setuju ke tidak? Agak-agak korang couple mana paling sweet?

Published by
Noor Ain Norman