Bila bercakap tentang pembedahan plastik pasti kita akan fikirkan tentang negara Korea Selatan. Tapi sebenarnya bukan orang Korea Selatan je yang melakukan pembedahan untuk ubah muka sendiri!
ARTIKEL BERKAITAN : Kecewa Ditinggalkan Kekasih, Lihat Transformasi 100% Gadis Ini
Seperti biasa, nama pun public figure jadi mestilah mereka akan melakukan pelbagai cara untuk tampil lebih menarik di mata dunia. Selain berdiet untuk menjaga badan, ada yang tidak teragak-agak memilih pembedahan plastik untuk perubahan yang lebih ketara. Tidak terkecuali artis Bollywood yang menjalani pembedahan plastik untuk mengubah penampilan wajah mereka.
Paling mengejutkan, ada yang mengaku memang melakukan pembedahan ini.
Anushka Sharma
Nampak tak perubahan bibir beliau! Jujur penulis beritahu anda semua, sememangnya bibir plastik Anushka sangat cantik dan seksi.
Dalam temu bual dengan Vogue, pelakon Peekay itu mengakui bahawa dia telah menjalani rawatan untuk menebalkan bibir buat sementara waktu.
“Apabila saya bercakap tentang bibir yang menebal, ramai orang memanggil saya berani kerana saya mengaku. Tetapi saya melakukannya untuk peranan saya dalam Bombay Velvet. Saya tidak akan berbohong dan berkata tidak. Saya perlu bertanggungjawab. Saya mahu peminat tahu bahawa saya manusia dan tidak sempurna,” katanya.
Karisma Kapoor
Kini di usia 48 tahun, kakak kepada Kareena Kapoor masih kekal jelita walaupun tanpa secalit mekap di wajah. Ini membuktikan bahawa usia hanyalah sekadar nombor semata, dan langsung tidak memberi kesan pada Karisma. Tetapi ada mengatakan ratu Bollywood ini menjalani pembedahan hidung dan pembedahan bibir untuk meningkatkan ciri-ciri wajahnya.
Aishwarya Rai
Siapa yang tak kenal dengan si cantik Aishwarya Rai? Aktres Bollywood ternama ini baru sahaja merayakan ulang tahunnya yang ke-48 tahun pada 1 November yang lepas. Menantu Amitabh Bachchan ini memang dikenali sebagai aktres dengan lakonan yang memukau dan kerap hadir dalam berbagai anugerah penghargaan berprestij.
Namun, ia agak mengejutkan bila mengetahui bahawa bekas Miss World dan antara wanita tercantik di dunia ini juga dikhabarkan telah menjalani pembedahan kosmetik. Aishwarya Rai telah berdepan kontroversi hebat berhubung dia menjalani prosedur pembedahan plastik. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa dia telah melakukan bibir, muka,hidung dan implan pipi dilakukan kerana terdapat perbezaan yang ketara pada wajahnya. Walaupun Aishwarya tidak pernah mengaku secara terbuka.
Preity Zinta
Preity Zinta dikhabarkan melakukan botoks dan suntikan filler di pipi. Walaupun beliau menafikan sekerasnya tetapi banyak foto sebelum dan selepas dengan perubahan ketara berlegar di media sosial, yang terang dan jelas beliau melakukan beberapa prosedur membetulkan wajahnya. Biasalah bila usia dah senja pasti ada rasa insecure dengan penampilan diri dan surgery adalah jalan pintasnya.
Shilpa Setty
Seorang lagi selebriti India yang mendedahkan bahawa dia menjalani pembedahan hidung ialah Shilpa Shetty. Aktres yang menjuarai Celebrity Big Brother 5 itu membuka suara selepas ramai pihak membuat spekulasi mengenai penampilannya. Apabila disandingkan dengan foto lama, ia kelihatan seperti perubahan.
Shilpa mengakuinya dan mengatakan bahawa hidungnya yang kini lebih tajam mengimbangi ciri-ciri wajahnya yang lain. “Ya, saya mengalami masalah hidung. Apa masalahnya?” Shilpa berkata.
Priyanka Chopra
Pelakon Bollywood yang kini bergelar selebriti Hollywood ini secara terbuka mengakui pernah melakukan pembedahan plastik dan memuat naik gambar sebelum melakukannya. Miss World 2000 berkata bahawa dia telah membedah hidungnya kerana ada sesuatu yang tumbuh dalam rongganya. Dia juga menjalani prosedur polipektomi yang malangnya mengubah bentuk mukanya.
Shruti Haasan
Pelakon filem Krack ini turut mengakui pernah menjalani pembedahan hidung. Dia akui dia berhak memilih penampilan sendiri. Walaupun begitu, Shruti berkata dia tidak mengalakkan malah dia juga tidak melarangnya.
“Sama ada terkenal atau tidak tiada hak untuk menilai orang lain. Selamanya. Itu tidak bagus. Saya gembira untuk mengatakan ini adalah hidup saya dan ya saya melakukan pembedahan plastik yang saya tidak malu untuk mengakuinya. Adakah saya mempromosikannya? Tidak . Adakah saya menentangnya? Tidak. Ia hanya pilihan hidup saya,” tulisnya di Instagram.
BACA LAGI : 13 Selebriti Hollywood Ini Buat Plastic Surgery Untuk Dapat Wajah Handsome
Bukan mudah nak kekal cantik sentiasa ya guys.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.