Bukan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada selebriti diterima oleh mereka kerana mungkin skrip yang tidak sesuai atau ada percanggahan waktu penggambaran dengan jadual asal. Jadi, tidak timbul soal jika seseorang selebriti itu menolak untuk berlakon dalam sesebuah drama itu.

Tahukah korang sebenarnya ada beberapa orang selebriti Korea pernah hampir untuk menolak tawaran drama yang dibintangi oleh mereka?

Berikut kami senaraikan pelakon Korea yang hampir menolak untuk berlakon dalam k-drama popular.

1. Gong Yoo (Goblin)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Koreaboo

Gong Yoo pada awalnya telah menolak untuk berlakon dalam drama Goblin kerana dia tidak yakin untuk membawa peranannya dalam drama tersebut. Gong Yoo akhirnya berubah fikiran setelah berbual dengan penulis, Kim Eun Sook. Perbualan mereka membantu Gong Yoo untuk merasa lebih selesa menerima peranan dalam Goblin.

Ads

2. IU (My Mister)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Soompi

Ketika IU mula-mula ditawarkan peranannya dalam drama My Mister, dia pada mulanya ingin menolak tawaran tersebut kerana kontroversi Lolita yang lalu. IU merasakan bahawa jika dia menerima peranan itu akan membawa beberapa masalah yang tidak diingini berkaitan dengan kostumnya. Namun, dia akhirnya menerima peranan itu setelah berbincang dengan pengarah.

3. Park Hae Joo (The World of the Married)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Koreaboo

Park Hae Joo pada awalnya ragu-ragu untuk menerima peranannya dalam The World of the Married kerana tidak yakin untuk membawa watak berat itu. Dia tidak pasti bahawa dia orang yang tepat untuk membawa peranan itu.

Ads

Park Hae Joo akhirnya berubah fikiran setelah berbincang dengan rakan baiknya dan pengarah filem Byun Yong Joo yang mengatakan kepadanya bahawa dia rugi jika tidak menerima tawaran ini.

4. Suzy (Dream High)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: KStarLive

Suzy pada awalnya menolak tawaran drama Dream High kerana dia tidak percaya terhadap kemampuan lakonannya. Pada ketika itu, Suzy lebih selesa menonjolkan dirinya sebagai penyanyi dan lakonan bukanlah pilihan utama. Namun, Suzy akhirnya menerima tawaran itu setelah mempertimbangkannya.

5. Jun Ji Hyun (My Love From Another Star)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Character Media

Ketika ditawarkan berlakon dalam drama ini, Jun Ji Hyun pada awalnya menolak kerana dia sudah bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran filem. Namun, beberapa masalah penjadualan dengan dengan filem itu membolehkannya untuk mengosongkan jadual dan menerima peranan dalam drama My Love From The Stars.

Ads

6. Im Soo Hyang (My ID Is Gangnam Beauty)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Soompi

Im Soo Hyang hampir menolak tawaran dalam drama ini kerana dia tidak pastis ama ada boleh membawakan watak remaja berusia 20 tahun, iaitu 8 tahun lebih muda dari umurnya. Namun, dia tertarik dengan watak itu dan tidak akan melepaskan peluang untuk bekerjasama dalam menjayakan drama popular itu.

7. Jung Hae In (Something In The Rain)

7 Pelakon Korea Yang Hampir Menolak Watak Mereka Dalam K-Drama Popular
Foto: Hello Kpop

Ketika Jung Hae In ditawarkan peranan dalam Something in The Rain, hanya beberapa bulan setelah dia selesai menjalani penggambaran untuk Prison Playbook. Pada mulanya dia hampir menolak kerana kepenatan, namun setelah membaca skrip drama tersebut, dia terus menerima tawaran itu.

Ha, rupanya ini cerita disebalik k-drama popular yang korang tonton tu. Tak dapat bayangkan bagaimana agaknya rupa k-drama tersebut tanpa wajah mereka kan? Hiks!

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI