7 Pemain Muda Sertai Piala Dunia 2018, Siapa Agaknya Paling Bersinar?

Share

Lebih kurang tinggal seminggu lagi Piala Dunia 2018 akan berlangsung. Confirm ramai yang excited nak menonton sebab punyalah lama menunggu dari lima tahun lepas kan?

Kali ini, nampaknya pasukan yang terlibat banyak mempertaruhkan pemain muda untuk beraksi di pentas dunia. Sudah tentu mereka tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan menjadikan Piala Dunia ini sebagai platform untuk bintang muda menjadi idola pada masa hadapan.

Jom kita lihat siapakah pemain-pemain muda yang bakal menyinar di Russia nanti.

1. Trent Alexander-Arnold (England)

Walaupun baru berusia 19 tahun, ia langsung tidak menjadi penghalang buat Alexander-Arnold untuk beraksi bersama para pemain senior yang lain.

Kemunculannya dalam final Liga Juara-Juara mampu meletakkan dirinya sebaris bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

Alexander-Arnold bakal menjadi tumpuan pada sayap kanan pasukan England di Piala Dunia 2018 nanti.

2. Achraf Hakimi (Morocco)

Kemunculannya sebagai pemain utama di Real Madrid mungkin tidak sekerap yang lain, namun setiap kali tampil beraksi, pemain berumur 19 tahun ini mampu memukau seperti yang berlaku baru-baru ini, dia telah menyumbat satu gol dalam kemenangan 6-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo di Liga Sepanyol akhir musim ini.

3. Andre Silva (Portugal)

Silva mungkin masih berjuang untuk memberikan persembahan terbaik bersama AC Milan musim ini, tapi nasibnya dilihat lebih baik bersama pasukan Portugal kerana dia berjaya menghasilkan 11 gol dalam 20 aksi perlawanan yang disertainya.

Tidak mustahil, pemain muda ini bakal mengejutkan banyak pihak di Piala Dunia 2018.

4. Goncalo Guedes (Portugal)

Seorang lagi wakil dari pasukan Portugal, Goncalo Guedes telah menjaringkan lima gol bersama Valencia di Liga Sepanyol.

Guedes juga antara yang disebut-sebut sebagai ‘bayangan’ Cristiano Ronaldo di usianya yang baru menginjak 21 tahun.

5. Presnel Kimpembe (Perancis)

Kimpembe juga dilihat memiliki kemampuan seperti kapten Manchester City, Vincent Kompany dan bakal bergandingan bersama Raphael Varane atau Samuel Uminit di posisi tengah.

6. Corentin Tolisso (Perancis)

Tolisso memiliki konsistensi yang baik seperti pemain tengah Perancis, Paul Pogba. Dia mempunyai pakej lengkap dalam menyerang mahu pun bertahan, seperti yang telah dibuktikan bersama Bayern Munich pada musim ini.

7. Julian Brandt (Jerman)

Brandt berpeluang besar menjadi pemain sayap terbaik pada masa hadapan. Pemain muda ini berjaya menghasilkan 12 gol bersama Bayern Leverkusen dan tujuh assist di Liga Jerman musim ini.

Dah tak sabar rasanya nak tengok mereka ni beraksi. Sesekali, bagi la chance pada pemain muda untuk menyinar kan. Jangan pandang rendah atas kemampuan mereka kerana tak mustahil satu hari nanti, bintang-bintang muda ini juga mampu menempa kejayaan di mata dunia.

All the best guys!

Published by
Noor Ain Norman