7 Penjara Paling Teruk Di Dunia, Seperti ‘Neraka’ Hidup

Share

Dengar saja nama penjara, mesti pelbagai reaksi yang diberi oleh masyarakat di luar sana. Tempat tahanan pesalah yang sering digambarkan sebagai sesuatu yang ‘menyeramkan’, penjara adalah antara lokasi ‘gelap’ yang bukan semua orang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana.

Di Malaysia, terdapat 27 buah penjara di seluruh negara dan Penjara Kajang merupakan antara penjara terbesar, manakala Penjara Sungai Buloh adalah yang termoden kerana dilengkapi dengan alat keselamatan berteknologi tinggi.

Rasanya, penjara di negara kita ni semuanya masih terkawal kerana setiap penjara diketuai oleh seorang Pengarah Penjara yang berlainan pangkat mengikit kapasiti sesuatu penjara.

Di negara luar, rupanya ada penjara yang memang seperti ‘neraka hidup’ kerana kehidupan mereka dalam penjara memang langsung tidak seindah dunia.

Jom kita lihat antara tujuh buah penjara yang paling teruk di dunia.

1. Kem 22, Korea Utara

Foto: Daily Mail

Kem konsentrasi di Hyoeryong, Korea Utara ini juga dikenali sebagai Camp 22 yang digunakan untuk memenjarakan tahanan politik yang bukan melakukan jenayah, tetapi dilarang menjadi musuh negara.

Bukan itu saja, kerajaan juga akan memenjarakan semua anggota keluarga dan keturunan para tahanan sehingga tiga generasi dianggap bersalah.

Fuhh, dasyat gila.

2. Gitarama, Rwanda

Foto: Zee News

Keadaan dalam penjara ini terlalu sesak. Kalau diikutkan kapasiti maksima yang boleh ditampung adalah sekitar 600 orang saja tetapi jumlahnya bukan 1000a atau 2000, ia menempatkan lebih kurang 10 kali ganda daripada jumlah asal yang sepatutnya.

Korang bayangkanlah macam mana kehidupan mereka dalam tu.

Dikhabarkan, tahanan di dalam penjara ini ramai yang menghidap penyakit tetapi tidak diberi rawatan. Akhirnya, tahanan disini mati disebabkan dijangkiti penyakit daripada orang lain.

3. Bangkwang, Bangkok

Foto: The Bangkok Post

Penjara ini awalnya digunakan untuk menahan tahanan asing dan menempatkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati atau dipenjarakan dalam tempoh yang lama.

Terletak hanya beberapa kilometer dari bandar Bangkok, penjara ini antara yang paling ketat di Thailand dan mempunyai sekuriti yang minimum.

Banduan baru dikenakan untuk memakai rantai besi di kaki selama tiga bulan dan pesalah yang tengah tunggu hukuman mati juga kena pakai sehingga hukuman dijatuhkan.

Mereka cuma makan semangkuk nasi dan sup sayur, selebihnya kalau nak makan, mereka kena bekerja.

4. Penjara Sivil Contonou, Benin

Foto: Naija News

Penjara yang terletak di Barat Afrika ini hanya mampu memuatkan 400 orang, tetapi sebanyak 2,400 tahanan menghuni penjara ini termasuklah lelaki, perempaun dan kanak-kanak.

Oleh kerana terlalu sesak, tahanan terpaksa tidur mengikut syif dan ada diantara mereka yang mati akibat sesak nafas ketika tidur. Ramai juga banduan yang mati akibat penyakit yang tidak dirawat.

Masalah ini bukanlah disengajakan, tetapi ia memang disebabkan oleh kekurangan dan untuk menjaga tahanan di sini.

5. Guantanamo Bay, Cuba

Foto: BBC

Penjara ini diwujudkan untuk menyoal siasat pengganas dan mendapatkan maklumat sulit daripada tahanan. Orang awam jarang sekali dapat kesempatan untuk melihat keadaan di dalam penjara ini, begitu juga pihak media yang terpaksa memenuhi syarat yang ketat sekiranya ingin masuk ke dalam kawasan penjara.

Kebanyakan tahanan terlibat dengan aktiviti jenayah berat dan pihak polis terpaksa melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan informasi daripada mereka. Dilaporkan, banyak penyiksaan yang dilakukan sehingga di luar batas kemanusiaan.

6. La Sabaneta, Venezuela

Foto: arcgis.com

Penjara ini dipegang oleh geng-geng penjenayah, kes rogol sudah dianggap seperti budaya biasa dalam penjara ini. Tahanan yang tidak mempunyai kuasa akan mati dalam masa yang singkat. Rusuhan dan pembunuhan juga selalu berlaku di sini.

7. Penjara Pulau Petak, Rusia

Terletak di Tasik Putih dan merupakan tempat terpencil kerana seluruh penjara berada di tengah pulau. Tahanan perlu menaiki bot untuk sampai ke penjara.

6 bulan pertama biasanya mereka dapat sesuaikan diri tapi bila dah terlalu lama kebanyakkannya akan mula jadi gila disebabkan tidak dapat berhubung dengan dunia luar.

Purata suhunya pula berada sekitar -12 darjah celsius, pada musim sejuk boleh turun sehingga -40 darjah celsius dan menyebabkan penderaan teruk terhadap tahanan.

Fuhh, rasanya kalau berada dalam penjara macam nib oleh kurus kering dibuatnya. Jadi, kalau nak dibandingkan dengan penjara di negara kita, kami pasti ia jauh lebih baik berbanding yang ada di luar negara.

Apa-apa pun, janganlah korang melakukan jenayah kalau tak nak bermalam di penjara!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman