Mungkin ramai yang dah terlupa bahawa kebanyakkan selebriti Hollywood memulakan karier mereka sebagai artis berkumpulan. Tetapi, keberadaan mereka nampaknya seperti kurang menyerlah.
Maka, ramai jugalah yang mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan yang pasti, percaturan mereka nyata tidak silap kerana kehadiran mereka sebagai artis solo nampaknya lebih berhasil.
Siapa agak-agaknya selebriti solo terkenal yang pernah keluar dari grup mereka? Let’s checks this out!
Pada tahun 1997-2005, Beyonce merupakan salah seorang ahli kumpulan Destiny’s Child yang terdiri daripada Kelly Rowland dan Michelle Williams. Antara lagu hit mereka adalah seperti Survivor, Say My Name dan Lose My Breath. Namun begitu, Destiny’s Child mengumumkan pembubaran mereka dan salah satu sebabnya adalah kerana populariti Beyonce sewaktu itu sedang meningkat naik.
Bagi mereka yang lahir era 90-an, sudah tentu korang kenal dengan kumpulan Nsync. Dianggotai oleh Joey Fatone, Justin Timberlake, JC Chasez, Lance Bass dan Chris Krikpatrick. Tapi rasanya hanya Justin Timberlake saja yang masih aktif dalam industri muzik antarabangsa sehingga kini.
Justin Timberlake antara artis solo yang berjaya selepas keluar daripada kumpulannya itu.
Beberapa tahun lalu, Pussycat Dolls pernah mendapat perhatian peminat muzik dunia dengan lagu-lagu mereka seperti Don’t Cha, Buttons dan Stickwitu. Kumpulan yang mendapat jolokan ‘gadis seksi’ ini akhirnya berpecah dan Nicole Scherzinger kembali solo dengan mengeluarkan single, Baby Love.
Penyanyi lagu Havana yang popular sekitar tahun 2017 rupa-rupanya sebelum ini merupakan salah seorang ahli kumpulan Fifth Harmony yang dibentuk oleh Simon Cowell melalui rancangan realiti, The X-Factor. Namun begitu, Camila mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan ianya berhasil kerana namanya terus mendadak naik selepas muncul solo.
Sama seperti Fifth Harmony, One Direction merupakan boyband yang lahir daripada pencarian bakat The X-Factor. Kumpulan ini sangat digilai oleh kaum wanita dan dianggotai oleh lima orang jejaka handsome, Harry Styles, Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlison dan termasuklah Zayn Malik.
Namun setelah lima tahun bersama, Zayn memutuskan untuk keluar daripada One Direction.
Sebelum tampil solo, Pharrell Williams pernah bergabung dalam grup N.E.R.D bersama sahabatnya Chad Hugo. Tetapi, penjualan album mereka kurang mendapat sambutan kerana tidak terjual lebih dari 500,000 unit.
Dia kemudiannya bergerak solo dan menjadi semakin terkenal dengan single “Happy” yang turut menjadi original soundtrack filem Despicable Me 2.
Nick Jonas merupakan selebriti yang pernah aktif di Disney Channel bersama dua beradiknya lagi, Joe Jonas dan Kevin Jonas. Mereka bergabung dalam sebuah band yang digelar The Jonas Brothers. Mereka memilih untuk berpecah dan Nick sempat membuat satu band baru tetapi tidak berhasil.
Dia akhirnya memutuskan untuk bergerak solo sebagai penyanyi dan aktor.
Boleh dikatakan kebanyakan selebriti yang keluar daripada grup mereka berjaya mendapat tempat dalam industri hiburan biarpun bergerak secara solo.