Sukan adalah salah satu faktor yang menyatu padukan rakyat Malaysia.

Tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, kita semua akan memberikan sepenuh sokongan buat atlet Malaysia yang sedang bertungkus-lumus berjuang demi mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Seperti yang kita ketahui, jaguh perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia akan berdepan cabaran sengit bermula tepat 6.45 petang ini apabila bertemu atlet China, Chen Long di peringkat pusingan kalah mati.

8 Perangai Penyokong Malaysia Buat Tanpa Sedar Semasa ‘Cuak’ Tonton Badminton

Tentunya sebagai penyokong atlet Malaysia berusia 22 tahun ini, kita mendoakan kejayaannya dan agar segala usaha yang telah ditaburkan selama ini berhasi. Mampukah Zii Jia mengenepikan Chen Long untuk ke peringkat suku akhir? Sama-sama kita nantikan.

Tapi dalam kita khusyuk menonton TV dan menyokong, ada 8 perangai yang selalu kita lakukan tanpa sedar. Cer tengok senarai ini, betul tak? Hehe..

 

08

Snek

Rakyat Malaysia dan makanan memang berpisah tiada.Tak kisahlah biskut ke, keropok atau chips, tangan penyokong Malaysia tak akan kosong punya. Jika dahulu semasa boleh menonton perlawanan di kedai mamak atau warung makan, kita boleh saja order bermacam-macam. Tapi sekarang, cukuplah ada ‘jajan’ yang boleh dikunyah. Nak masak malas lah pula.

 

07

Peluh

Ads

Sebelum perlawanan dimulakan oleh pengadil, tangan penyokong sudah mula berpeluh. Jantung mula berdegup laju. Ada juga bibir yang mula membacakan doa secara senyap.

 

06

Lunjurkan Kaki

Kerusi di ruang tamu bukan main banyak lagi. Tapi penyokong Malaysia lebih selesa berada di atas lantai dan melunjurkan kaki. Kurang rasa kebas katanya.

 

05

Jeritan

Ads

Walaupun atlet yang bertarung di Jepun tidak boleh mendengar sepatah perkataan yang korang jeritkan, korang masih akan mengarahkan gerak gaya berlawan. “Kiri, kanan, bulu tangkis keluar, smash lah!” Semuanya keluar mengalahkan jurulatih di tepi gelanggang.

 

04

Carutan

Okay, banyak juga dosa kering bila kita menonton perlawanan badminton, hehe.. Carutan tidak ditujukan kepada atlet negara tetapi lebih kepada atlet lawan dan situasi perlawanan tersebut. Alaa, semua pernah mencarut semasa menyokong. Baik mengaku!

 

03

Tahan Kencing

Haihh.. malas lah nak komen bab ni. Selagi boleh tahan hingga separuh masa pertama atau selepas 1 set tamat, tahan!

Ads

 

02

Tunjuk Pandai

Pada waktu inilah, keluar segala terma-terma sukan dari mulut penyokong. Segala sejarah sukan, peratura dan statistik juga disebut. Wow, tak tahu pula mereka meminati sukan sehingga tahap ini. Sekali imbas, serupa sports commentator pula rasanya.

 

01

Tutup Mata atau Tutup TV

Tidak semua di kalangan penyokong Malaysia sanggup berdepan situasi cemas semasa perlawanan berlangsung. Nak tengok pun tak boleh hingga tutup mata. Ada yang lebih kritikal sampaikan televisyen dipadam terus! Kata mereka, “Kalau aku tengok, mesti Malaysia kalah..” Ada tak yang berperangai seperti ini?

*

Selamat maju jaya kepada Lee Zii Jia dan atlet Malaysia lain yang akan meneruskan perjuangan Malaysia yang masih belum menemui kilauan pingat lagi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

ARTIKEL BERKAITAN : 15 Atlet Lelaki Berwajah Kacak Jadi Perhatian Di Olimpik Tokyo 2020 – REMAJA

BACA LAGI :  Lee Chong Wei Pesan Ini Kepada Lee Zii Jia – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI