Hari ini sejarah bakal terukir bagi negara. Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sekitar jam 9.30 malam nanti, Tun Dr Mahathir akan mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sekaligus perlantikannya memecah monopoli  kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional tumbang buat kali pertamanya dalam sejarah pilihanraya.

Di sebalik sejarah yang tercipta, apa agaknya perkara pelik dalam PRU ke 14 yang membabitkan Tun M kali ini ya.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Perdana Menteri Tertua di dunia – Ya, buat pertama kalinya, sejarah tercipta dan Tun M mencipta sejarah mengenainya. Bukan saja dalam Malaysia tetapi juga di dunia kerana Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri tertua di dunia. Ini juga bermakna Tun Hasmah kembali menjadi Wanita Pertama Negara untuk kali kedua buat kesekian kalinya.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Dilantik 2 kali sebagai PM – Ini memang rekod ya. Sebabnya belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia “repeat” dilantik dua kali sebagai PM dan Tun M membuktikan, usia bukan penghalang baginya. Lagipun memang rakyat Malaysia sayangkan ayahanda yang dilihat mampu membawa satu perubahan besar yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata yang selama ini menjadi “silent killer” dan ternyata tsunami rakyat membuktikan, kuasa adalah di tangan mereka.

Ads

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Bakal dapat TPM Perempuan – Ok, ini juga sejarah ya. Selalu orang cakap orang perempuan adalah tunjang lelaki dalam aspek rumahtangga tetapi dengan perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai TPM selepas dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bermakna orang nombor dua di belakang Tun M adalah perempuan.  Belum pernah ada dalam sejarah negara, golongan wanita menerajui HOT SEAT ini (selangkah lagi kaki dah sampai ke PM kan) tetapi ternyata Wan Azizah berjaya membariskan dirinya duduk sebaris dengan lelaki yang sering kali diangkat sebagai pemimpin.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Poster Dirinya Dibuang & Menjadi Viral – Ingat lagi tak poster gergasi memaparkan wajahnya dibuang oleh seorang petugas SPR yang begitu gigih membuang gambar Tun di Johor semasa kempen pilihanraya. Di sebalik SPR mengikut arahan, ternyata membuang gambarnya, menghitamkan wajahnya malah bermacam tingkat laku pelik, ternyata kejadian itu membuatkan orang ramai makin bersimpati dan beranggapan peristiwa ini sesuatu yang sukar diterima. Kata mereka kenapa perlu takut dengan orang tua berusia 93 tahun tetapi ternyata dengan usianya itulah, Tun M berjaya mengubah lanskap politik negara dengan tumbangnya UMNO yang telah mewarisi kejayaan sejak 60 tahun lalu dalam pentadbiran negara.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Ads

Dulu Tun M Orang Umno tapi kini Pengerusi PPBM – Kalau nak tahu, dulu Tun M pernah jadi Presiden UMNO tetapi beliau telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang kemudiannya telah dibatalkan pendaftarannya sehari sebelum Kabinet dibubarkan. Kebijaksaannya membuatkan Tun M berpakat dan bertanding di bawah satu logo iaitu Pakatan Harapan kerana katanya  di usianya kali ini dan selepas “mengaku ada membuat sedikit kesilapan”, beliau memilih menyelamatkan Malaysia dari semua “bencana” akibat perbuatan rakus dan tamak kepimpinan sebelum ini.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Pakatan Harapan Tumbangkan BN  Dengan Aura Tun M –  Semua ada “mata panda” semalamkan. Ramai yang menunggu-nunggu keputusan penuh debar  kerana sekitar jam 4 pagi baru semua keputusan diumumkan oleh SPR. Malah Tun M juga membuat sidang akhbar sekitar jam 3 pagi memaklumkan bahawa Pakatan Harapan berjaya tumbangkan BN. Debar rakyat begitu terasa kerana ramai mengakui amat pelik kenapa mereka perlu tertunggu-tunggu dalam satu tempoh yang agak lama tentang keputusan piliharaya kali ke -14 ini.

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Ads

Paling Lama Menunggu Untuk  Angkat Sumpah Sebagai PM – Inilah isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia yang dari pagi membawa ke petang. Dari petang membawa ke malam dan sebentar tadi ada makluman berita bahawa angkat sumpah hanya akan dilakukan pada jam 9.30 malam. Ramai yang bersimpati melihat ayahanda Tun M menunggu-nunggu dari jam 4.40 petang.

Apa pun, Malaysia sudah mempunyai Perdana Menteri ke – 7 yang baru dan ianya diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mampu memulihkan kembali ekonomi Malaysia selain menyelesaikan masalah-masalah besar yang wujud pada pertadbiran sebelum ini.

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI