7 Perkara Tentang ‘Cheon Seo Jin’ Yang Peminat Mungkin Tak Tahu

Share

Tinggal satu lagi episod bagi siri drama The Penthouse 2 untuk melabuhkan tirainya. Kami pasti penonton semakin resah menantikan episod terakhir kerana berdebar jika ada lagi plost twist yang menggila diakhir musim ini.

The Penthouse 2 menjadi pilihan dikalangan demografi penonton berusia 19 hingga 49 tahun dengan mencatatkan purata rating sebanyak 11.9 peratus. Penonton sekan berpuas hati dengan pengakhiran musim kedua ini kerana tiga tonggak utama, Shim Su Ryeon, Cheon Seo Jin dan Oh Yoon Hee bergabung bagi menjatuhkan Joo Dan Tae.

Baru sahaja melihat Cheon Seo Jin seakan sudah insaf dan berubah, namun selepas penangkapan Joo Dan Tae, nampaknya dia masih bersikap ‘evil’ dengan anak-anak tirinya. Hiks!

Instagram: @sysysy1102

Kim So Yeon antara pelakon The Penthouse yang membuatkan ramai penonton geram dan marah. Sejak daripada drama All About Eve lagi, pelakon wanita ini berjaya membawa watak antagonis dengan baik. Namun, khabarnya peribadi Kim So Yeon diluar set penggambaran adalah seorang yang lemah lembut.

Jom kita lihat antara 8 lagi fakta menarik tentang pelakon utama The Penthouse ini yang mungkin korang tak tahu.

1. Dilahirkan pada 2 November 1980

Instagram: @sysysy1102

Sudah berusia 41 tahun, wanita ini berbintang Scorpio yang jelas sekali menunjukkan dirinya seorang yang tidak mengenal takut, setia dan sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Selebriti di bawah naungan agensi hiburan J, Wide Company

Instagram: @sysysy1102

Pada tahun 2018, Kim So Yeon meninggalkan labelnya, Namoo Actors yang dinaungi selama 12 tahun dan menandatangani kontrak eksklusif dengan J, Wide Company. Pelakon k-drama lain yang menjadi sebahagian daripada agensi ini termasuklah Jeon Yeo Bin (Vicenzo), Kim Tae Ri (Space Sweepers) dan Bae Jong Ok (Mr Queen).

3. Kim So Yeon masuk ke industri showbiz pada usia 14 tahun

Instagram: @sysysy1102

Sebelum menjadi pelakon, Kim So Yeon pertama kali menyertai pertandingan ratu cantik walaupun tidak mendapat keizinan ibu bapanya. Namun, akhirnya dia telah memenangi pertandingan tersebut.

Pelakon wanita ini juga menjelaskan dalam The Korea Herald, dia pernah menggunakan pen marker untuk dijadikan eyeliner. Pada waktu itu, dia tidak mempunyai sebarang alat solek dan minatnya itu juga ditentang oleh ibu. Oleh kerana itu, dia menggunakan pen marker untuk merias wajahnya.

Sewaktu zaman remajanya, Kim So Yeon merupakan antara pelakon yang sering menjadi pilihan jenama-jenama besar. Malah, dia merupakan bintang remaja pertama yang memperoleh lebih daripada 100 juta won dengan menjadi model untuk iklan komersil televisyen.

4. Membintangi banyak k-drama

Instagram: @sysysy1102

Sebelum menyertai siri The Penthouse, wanita ini sudah membintangi banyak k-drama antaranya adalah seperti Open Your Heart, Soonpoong Clinic, All About Eve, Iris, Prosecutor Princess, Athena: God Of War dan Secret Mother. Selama hampir tiga dekad, dia telah menunjukkan bakat luar biasa menerusi lakonan mantap dalam siri k-drama.

5. Impian jadi kenyataan dapat bekerjasama dengan penulis skrip The Penthouse

Instagram: @sysysy1102

Salah satu impian Kim So Yeon adalah untuk membintangi drama hasil karya penulis Korea terkenal, Kim Soon Ok. Oleh sebab itu, dia bersyukur kerana diberikan peranan sebagai Cheon Seo Jin dalam The Penthouse.

Salah satu adengan ikonik di dalam drama tersebut adalah ketika dia perlu bermain piano dengan darah ditangannya dan untuk membawa watak sebagai guru muzik itu, Kim Seo Yeon mengakui bahawa dia hanya belajar bermain muzik selama dua setengah bulan sahaja.

6. Berkahwin dengan pelakon lelaki, Lee Sang Woo

Instagram: @sysysy1102

Pada tahun 2017, Kim So Yeon dan Lee Sang Woo mendirikan rumah tangga dan baru-baru ini, suaminya juga telah membuat kemunculan khas dalam The Penthouse 2 bagi menunjukkan sokongan kepada isterinya.

7. Kim So Yeon di Instagram

Instagram: @sysysy1102

Pelakon ini membuat akaun Instagramnya pada tahun 2014 dan secara konsisten mengemaskini akaunnya itu serta memuat naik content yang berkualiti, termasuklah memaparkan kehidupan peribadinya.

Mungkin selepas menonton The Penthouse, Kim So Yeon mempunyai peminat dan pengikut yang lebih ramai kan. Hiks!

Sumber: Cosmopolitan

Published by
Noor Ain Norman