7 Petanda Telefon Pintar Android Korang Terkena Serangan Virus

Share

Telefon pintar pada hari ini bukanlah menjadi peranti untuk berhubung atau menjadi alat komunikasi sahaja. Ia kini sudah menjadi sebagai salah satu gaya hidup yang tak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita.

Boleh dikatakan semua perkara seharian yang kita lakukan seharian berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar. Mahu mendapatkan teksi atau Grab Car? Mahu memesan makanan? Atau mahu membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Harimau Malaya yang bakal berentap Sabtu ini dengan Myanmar? Dengan menggunakan telefon pintar sahaja ia dapat direalisasikan dengan mudah.

Semakin banyak telefon pintar maka semkain banyak jugalah cabaran perisian yang harus kita sebagai pengguna hadapi. Antara ancaman utama kepada pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android ialah serangan virus. Malah dari hari ke hari semakin banyak kes serangan malware terhadap telefon pintar berlaku tanpa disedari oleh penggunanya.

Ketahuilah bahawa serangan malware sangat ganas dan boleh menyerang pelbagai masalah serta rangkaian data peribadi. Dalam kes yang lebih parah data peribadi juga boleh dicuri. Bagaimana nak kesan sama ada telefon pintar terkena jangkitan virus? Jom lihat 8 petanda ini!

POP UPS

Jika menyedari telefon pintar kerap muncul iklan pop ups secara tiba-tiba sedangkan korang tidak menggunakannya. Ini merupakan petanda awal ia dijangkiti malware atau adware. Iklan merapu ini biasanya akan melakukan muat turun atau install aplikasi dengan adware. Ingat, jangan sesekali korang klik iklannya. Cuba ingat apalah apps terakhir yang korang install dan segeralah uninstall secepat mungkin.

DATA MENDADAK

Salah satu petanda lain ialah penggunaan data yang secara tiba-tiba naik mendadak. Ia menggunakan data korang untuk menampilkan iklan atau mengirim maklumat keluar daripada telefon Android korang. Jika berlaku abnormaliti ini segeralah periksa penggunaan data di telefon. Jika ia kelihatan meragukan besar kemungkinan ia dijangkiti malware. Perhatikan aplikasi yang manakah menggunakan Internet paling tinggi dan meragukan.

NILAI KREDIT BERKURANG

Terdapat virus yang lebih bahaya di mana ia menggunkan nilai pra bayar di telefon untuk membuat panggilan dan mengirim teks ke nombor premium. Jika perasan nilai kredit menurun dengan pelik periksa segera bahagian SMS untuk mencari penyebabkan. Kes langganan tanpa diketahui ini yang ‘memakan’ kredit telah lama berlaku dan ia boleh dihentikan dengan menghubungi syarikat penyedia telekomunikasi.

BACA: Cara Mengetahui Kabel iPhone Korang Ori Atau Tak

BATERI CEPAT HABIS

Entah mengapa secara tiba-tiba telefon Android korang cepat sangat kehabisan bateri. Ini merupakan salah satu petanda berlakunya serangan virus. Sil ke bahagian setting periksa aplikasi yang manakah menggunakan bateri paling banyak.

PANGGILAN & SMS ANEH

Salah satu petanda infeksi virus pada Android ialah penerimaan panggilan telefon dan juga SMS yang aneh dan tidak dapat dipastikan di manakah panggilan tersebut berasal. Selain itu panggilan daripada nombor telefon korang ke telefon rakan-rakan atau senarai contact juga merupakan petanda bahawa serangan virus berlaku.

TELEFON CEPAT PANAS

Jika telefon pintar Android terkena malware seperti virus, worm atau adware besar kemungkinan telefon pintar korang akan menjadi cepat panas. Cara terbaik untuk hindari masalah ini ialah dengan melakukan install antivirus terkini.

APLIKASI ASING

Antara ruang utama malware menyerang telefon pintar ialah menerusi aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar. Selepas ia berjaya menceroboh ke telefon pintar, malware ini biasanya akan melakukan duplikasi dan menyerang sistem operasi. Salah satu petanda awal wujudnya aplikasi di telefon pintar korang walaupun ia tidak pernah di muat turun. Silah delete aplikasi aneh itu dengan segera.

Sebenarnya perkara paling penting untuk mengelak serangan seperti ini ialah jangan mengetik mana-mana link yang mencurigakan atau jauhi daripada memasuki laman web pelik-pelik. Jika kamu memasuki laman web yang mempunyai jumlah pop up yang banyak, hindarilah dengan seberapa segera. Dan yang paling penting lakukan pemeriksaan terhadap telefon pintar Android korang dari semasa ke semasa.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim