Berita baik untuk food hunter yang memang kerjanya mencari makanan sedap dan berbaloi (hiks!), sepanjang Julai ini ada banyak promosi gila-gila yang pastinya buat korang rambang mata.
Berikut kami senaraikan antara restoran popular yang memberikan diskaun hebat Julai ini.
Muat turun aplikasi Boost dan seterusnya pilih Do More, kemudian Vouchers dan klik F&B untuk mendapatkan baucar Tealive RM0. Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh klik di sini
Secret Recipe baru saja memperkenalkan minuman boba mereka dan paling best, harganya tidaklah terlalu mahal. Hanya Rm6.50 untuk regular size, why not kita cuba kan?
Kalau korang peminat sushi, confirm acara tahunan dari Sushi King ini yang sering dinantikan. Sushi King RM3 Bonanza menawarlan lebih daripada 45 jenis sushi dan korang boleh menikmati promosi ini mengikut tarikh yang berbeza untuk kawasan-kawasan tersebut:
8-11 Julai 2019 (Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak)
22-25 Julai 2019 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah)
McDonald’s menawarkan diskaun sehingga 60% untuk tawaran Super Super sepanjang Julai ini. Korang boleh nikmati tawaran hebat untuk makan malam dari jam 9 malam sampai 12 tengah malam bermula 1 Julai sehingga 31 Julai. Sah untuk McDelivery
saja, apa lagi gaiss cepat serbu!Starbucks Malaysia mengadakan promosi untuk minuman musim panas sehingga 15 Julai ini. Namun begitu, promosi ini hanya berlangsung pada hari Isnin saja. Bermula jam 5 petang sehingga 8 malam, nikmati minuman musim panas ini dengan hanya RM15.
Kami pasti kalau Starbucks buat promo mesti ramai yang excited dan berpusu-pusu ‘menyerang’ restoran mereka. Hiks! Bukan hanya Starbucks Fantastic Monday, korang juga boleh menikmati dua Frappucino bersaiz besar dengan hanya RM26. Walau bagaimanapun, ia hanya sah pada hari Rabu bermula semalam hingga 17 Julai dari 5 petang sehingga 8 malam.
Sempena National Fried Chicken Day, korang boleh menikmati seketul ayam goreng percuma untuk pesanan melalui aplikasi KFC. Muat turun aplikasi tersebut sekarang, kerana promosi ini hanya akan berlaku untuk satu hari saja iaitu esok, 6 Julai 2019.
Wah, macam-macam deals yang ada sepanjang bulan ini. Memang syok dan berbaloi. Rasa tak sabar pula nak tunggu Ogos nanti sebab confirm ada banyak lagi tawaran hebat menanti.
Yeay!