Sebagaimana kita tahu, bermula hari ini beberapa negeri akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang pandemik Covid-19 yang kian menganas.
Dan sudah tentu kebanyakkan dari kita akan bekerja dari rumah atau work from home. Nak makan di kedai pun takut kalau satu hari merekodkan empat angka kes baru.
Jadi REMAJA syerkan 7 jenis resipi berasaskan telur yang memudahkan korang.
Resipi Telur Pecah Hancur Meletup (by Aleen Aireish)
Bahan-bahannya :
Cara-cara memasak:-
1. tumis cili kering hingga masak
2. masukkan cili sos
3. masukkan gula merah, gula pasir & garam
4. rasa dah meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan. Korang kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. Nak jadi hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
5. Sedia untuk dihidang
Sup Telur
Cara memasaknya :
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar potong
Masukkan air
Masukkan 1 cube ayam knorr
Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
Masukkan garam dan adjust rasa
Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
Masukkan daun bawang
Tutup api
Siap
TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahannya :
Cara-cara memasak :
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap
TELUR MASAK SOS ikhlas (by LILY)
Bahan-bahannya :
Cara-cara memasak:-
Panaskan minyak
Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak
Masukkan separuh kuantiti bawang besar hiris dan halia hiris
Kacau hingga bawang layu
Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air
Masak hingga mendidih
Masukkan baki bawang besar dan kacang peas
Kacau rata
Masukkan telur goreng renihkan seketika..
Dan siappp!
*Tak perlu garam atau asam jawa. Cukupkan semua rasa dgn bahan di atas.
Telur Dadar Berkeju II (Olahan : Amie’s Little Kitchen)
Bahan-bahannya :-
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi cukup rasa
mentega
Cara-cara memasak :-
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.
KARI TELUR AYAM
Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
Bahan-bahannya :
bunga cengkeh
kayu manis
bunga lawang
rempah kari daging
kerisik
santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
Garam
Air- ikut citarasa nak kuah pekat &bny mana
Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia
Cara-cara memasak :-
Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dengan bahan yg ditumbuk..
Biar sampai garing dan naik minyak. Lepas tu, masukkan santan tadi. Masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
Masukkan kerisik. Gaul bagi sebati. Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan.
TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap
Ada banyak lagi resipi telur di situ. Korang boleh buat pilihan dan selamat mencuba!
Sumber / kredit : Resipi Ibu