Isi Kandungan

 

Tak semua kisah percintaan mempunyai happy ending..

Berita perpisahan pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh setelah 11 tahun berkahwin masih sukar untuk dipercayai oleh peminat. Keputusan tersebut khabar mereka telah diambil  dan dilakukan secara baik selepas mempertimbangkan banyak aspek.

BACA: Song Hye Ko Dedah Punca Akan Bercerai Dalam Tempoh Sebulan

Kata Noh menerusi paparan di Instagram-nya, “Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” catatnya.

7 Sebab “Couple Paling Serasi” Pun Boleh Break Up Secara Tiba-Tiba

Sedih memang sedih namun itulah mengapa cinta disebut sebagai satu bentuk ‘perjudian’. Love is a gamble dan tidak semua pasangan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Korang pun mesti mempunyai kenalan rapat yang pernah putus di tengah jalan. “BUT GUYS, KENAPA?”

Mungkin salah satu punca ini adalah sebabnya.

01

Jarak Jauh

7 Sebab “Couple Paling Serasi” Pun Boleh Break Up Secara Tiba-Tiba

Bila korang tak berjumpa sehari dua, dah sibuk nak Facetime lah, telefon berjam-jam lah, WhatsApp dan sebagainya. Inikan lagi apabila korang berada di lokasi yang teramat jauh di antara kalian berdua.

Ada yang berjauhan disebabkan sambung pengajian di luar negara, dan juga disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan pasangan selalu ‘terbang’ ke sana-sini.

Ads

Bila dah lama tak jumpa, hanya rindu je yang tinggal. Besar kemungkinan cinta sudah tiada lagi.

 

02

Belum Betul-Betul Kenal Hati Budi

Sebab itulah dalam budaya masyarakat di Malaysia, kita DIWAJIBKAN untuk menemukan pasangan dengan ahli keluarga.

Kadangkala, cinta membuatkan kita buta dan ingin segera melangsungkan perkahwinan. Tapi ada perkara yang hanya orang di sekeliling akan perasan mengenai hubungan kalian.

Bukan sebab mereka cemburu dengan kemesraan kalian, tapi kerana mereka betul-betul sayangkan korang dan enggan melihat kalian melakukan kesilapan terburu-buru.

 

03

Mengongkong Kerana Cemburu

7 Sebab “Couple Paling Serasi” Pun Boleh Break Up Secara Tiba-Tiba

Cemburu adalah perkara yang baik sebenarnya dalam relationship, tetapi pada kadar yang minimum. Kalau pasangan sudah mula melihat talian mesej WhatsApp korang, melihat senarai nama panggilan telefon, DM di Instagram, komen di setiap Facebook post korang….

Ads

Maksudnya dia sudah mengongkong kerana merasa insecure dan itu ada toksik dalam perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN Mengapa Kamu Sering Cemburu Buta?

 

04

Pasangan High Maintenance

Aduh, ni topik yang agak sensitif. Ada yang berpendapat it is okay to spend on your other half.

Iyalah, dah sayang semua benda pun kita sanggup belikan. Namun, jika sudah timbul persoalan mengapa hanya korang yang membelanja si dia and not the other way around, maksudnya pasangan adalah seorang yang high maintenance.

‘High maintenance’ itu bukan hanya untuk orang yang sukakan barangan mahal-mahal je, tetapi juga untuk orang yang suka dibelanja bak puteri. Amboi, kita belum HALAL lagi kau dah minta non-stop!

 

05

Kehendak Pasangan Diabaikan

Tapi itu tak bermakna korang harus abaikan kehendak dia.

Ads

7 Sebab “Couple Paling Serasi” Pun Boleh Break Up Secara Tiba-Tiba

Korang hendakkan sesuatu daripada perhubungan ini seperti rasa disayangi, perhatian, barangan, dibelanja makan dan sebagainya. Tapi kehendak dia, korang pandang sepi pula. Ini selalu terjadi di kalangan pasangan lelaki yang terasa seperti diabaikan.

 

06

Ego

Rasanya tak perlulah penulis terangkan punca keenam ini.

Semua orang ada ego, tak kiralah lelaki atau perempuan. Cara korang ketepikan ego demi relationship yang sebenarnya membezakan hubungan berjaya dan hubungan berkecai.

 

07

Dah Penat Cuba Selamatkan

7 Sebab “Couple Paling Serasi” Pun Boleh Break Up Secara Tiba-Tiba

Bukan tak mahu selamatkan cinta, tetapi kadangkala korang seakan bertepuk sebelah tangan. Korang lakukan segala-galanya untuk memastikan ‘masa-masa gentir’ di antara kalian dapat berlalu pantas.

Kalau sudah baiki tapi retak hubungan kembali muncul tak sudah-sudah…

Penatlah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI