Kembar manusia merupakan dua individu yang berkongsi uterus pada masa yang sama, dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat. Pasangan kembar sering mendapat perhatian kerana rupa paras dan gelagat mereka yang seakan sama.
Ada diantara golongan selebriti juga mempunyai pasangan kembar, tetapi rata-rata daripada peminat tidak tahu kerana mereka tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Berikut kami senaraikan antara selebriti Hollywood yang sebenarnya mempunyai pasangan kembar.
1. Rami dan Sami Malek
Rami merupakan seorang pelakon yang dikenali dalam filem Bohemian Rhapsody, manakala kembarnya Sami Malek adalah seorang guru di Los Angeles.
2. Vin Diesel dan Paul Vincent
Ads
Pelakon siri Fast & Furious ini mempunyai saudara kembar, Paul Vincent yang bekerja sebagai editor filem.
3. Joel dan Benji Madden
Pasangan rocker terkenal ini membentuk kumpulan Good Charlotte pada tahun 1996. Benji berkahwin dengan pelakon Wanita popular, Cameron Diaz manakala Joel berkahwin dengan Nicole Richie.
4. Mary Kate dan Ashley Olsen
Ads
Okay tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya kedua-dua personality ini adalah kembar paling terkenal di dalam dunia hiburan. Pasangan kembar ini mempelopori dunia fesyen dan mempunyai label sendiri bernama The Row.
5. Angel dan Aaron Carter
Korang mungkin kenal Aaron Carter sebagai adik kepada ahli kumpulan Backstreet Boy, Nick Carter. Tapi sebenarnya Aaron juga mempunyai seorang kakak kembar yang bergelar seorang model.
Ads
6. Michael dan Ashton Kutcher
Rasanya semua orang kenal Ashton Kutcher, tapi korang kenal ke siapa disebelah Ashton tu? Michael Kutcher mengalami cerebral palsy dan pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung Ketika berusia 13 tahun. Dia bekerja di sebuah syarikat jualan dan melakukan ceramah motivasi untuk golongan OKU muda.
7. Hunter dan Scarlet Johansson
Walaupun mereka merupakan pasangan kembar, tetapi terdapat perbezaan besar pada ketinggian mereka, iaitu Scarlet hanya mempunyai ketinggian 5 kaki 3 inci dan abangnya Hunter 6 kaki 3 inci. Hunter pernah berlakon satu ketika dahulu, tetapi kini tidak lagi dan memberi fokus kepada pekerjaannya dalam bidang politik.
Namun begitu, mereka tidak mempunyai iras yang sama kan?
Semua orang pasti impikan kesihatan mentaliti yang baik. Namun kadangkala, corak pemikiran kita boleh bertukar sama ada ke arah positif ataupun negatif. Jom cuba kuiz ini bagi memastikan adakah mentaliti kamu benar-benar sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Seorang pengguna di Twitter, @donalscannell telah berkongsi video seorang wanita yang tampil dengan idea kreatif dalam menghasilkan topeng muka menggunakan stokin.
Dengar memang agak jijik kan. Tapi rasanya kalau guna stokin yang belum dipakai okay la kot. Hiks!
Video tersebut telah pun menerima lebih daripada 2.7 juta tontonan dan hampir 27 ribu retweets.
Berpuasa dalam cuaca yang panas memang satu cabaran buat kita rakyat Malaysia. Tak dinafikan kulit jadi kering, penat dan dehidrasi menjadi masalah utama pada bulan Ramadan. Jadi, banyak perkara yang korang harus lakukan sebagai persediaan sepanjang berpuasa.
Berikut merupakan 5 barangan yang sebaiknya ada ketika korang sedang berpuasa.
1. Pelembap bibir
Berpuasa mampu membuatkan bibir korang menjadi kering. Sebagai langkah berjaga-jaga pastikan pelembap bibir sentiasa ada bersama korang supaya bibir terus lembap dan tidak terkoyak.
2. Bekalan makanan atau minuman
Bukanlah suruh korang bawa nasi lemak atau roti canai dalam beg, cuma cukuplah sekadar sentiasa ada gula-gula atau coklat dan air mineral untuk dibuat berbuka.
Iye la, waktu Ramadan nanti jalan selalu jammed. So, eloklah kalau korang dah prepare sedikit makanan dalam beg.
3. Lotion badan
Bila berpuasa dan ditambah dengan cuaca panas, ia akan membuatkan segala cecair dalam tubuh badan hilang dan menyebabkan kulit kering. Jadi sebelum melarat dan jadi lebih teruk, rajinkan diri menyapu lotion badan di kawasan yang kering.
4. Mekap
Puasa bukan alasan untuk korang nampak kusam dan tak bertenaga. Tak salah kalau korang calitkan sedikit mekap pada wajah supaya nampak lebih segar dan bermaya.
5. Duit
Walaupun korang tak menggunakan duit sangat ketika berpuasa, jangan sesekali keluar tanpa membawa duit. Malang tak berbau gaiss. Duit tu bukan hanya untuk beli makanan saja, mana la tahu tiba-tiba ada emergency yang memerlukan duit kan?
Kadang-kadang, benda basic macam ni la yang selalu kita lupa kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perjalanan yang penuh ujian, peluh dan air mata akhirnya membuahkan hasil apabila pelakon Amar Baharin dan sahabatnya, penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin...