Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Contohnya di Indonesia, Malaysia, Brunei, UAE, Dubai dan sebagainya. Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis yang sudah menjadi peneraju kepada gaya berhijab yang pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas dan baju off-shoulder, Neelofa dan Yuna dengan gaya berturban serta pelakon senior negara, Nurkumalasari dengan gaya hijab dan mekap yang sentiasa on point walaupun sudah lebih berusia.
Bagaimanapun, penulis pada kali ini ingin menonjolkan sisi berlainan apabila selebriti dari Hollywood pula yang menyarung hijab. Bukan semata-mata kerana tuntutan agama, namun kerana ingin menghormati adat agama dan kebudayaan di negara mejoriti Islam yang dikunjungi mereka.
Lady Gaga mengenakan hijab dan berlitup serba hitam semasa melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki. Penyanyi berusia 29 tahun itu sedang dalam rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Masih ingat dengan lawatan keluarga diraja Britain ke Kuala Lumpur yang diwakili Putera Williams dan Kate Middleton pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan, dan Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Kendall, Gigi dan beberapa rakan model yang lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama semasa berada di Abu Dhabi UAE ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia. Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.