Sikap perempuan ni kadang-kadang berubah mengikut emosi mereka. Maklum saja, peremuan ni ada 9 nafsu (emosi) dan satu akal. Hehe!
Nah, kami tidak mahu bersikap sexism, tapi itu realitinya. Perempuan sering bertindak mengikut emosi, mereka sering terganggu dengan dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Oleh sebab itu, tak hairanlah bila mana perempuan kadang kala tidak dapat mengawal keadaan, lebih-lebih lagi ketika sedang marah.
Berikut merupakan antara sikap-sikap complicated perempuan, agak-agaknya korang setuju ke tidak? Ini semua hanyalah sekadar daripada pemerhatian sekeliling. Janganlah marah. Kalau korang marah, memang korang beremosi. Haha, okay gurau je.
Ads
1. Terlalu sensitif
Bergantung kepada situasi, perempuan lebih sensitif bila tengah datang bulan. Kalau salah cakap sikit pun, boleh buat mereka merajuk atau menangis. Adakalanya waktu-waktu macam ni, perempuan lebih suka bersendirian.
2. Nak diet, tapi suka makan
Rasanya ini antara masalah paling utama bagi setiap perempuan. Nak kurus tapi suka makan. Macam mana tu? Ada lagi satu masalah lain, yang dah kurus tapi cakap diri tu gemuk. Ha, memang complicated. Haha!
3. Overthinking
Belum apa-apa lagi, biasanya macam-macam dah difikirkan oleh perempuan. Kalau dalam relationship pula, sikap ini yang boleh buat mereka bergaduh dengan pasangan. Kalau bf lambat sikit reply whatsapp, mulalah fikir yang bukan-bukan.
Ads
4. Clingy
Bukan dengan pasangan saja, dengan kawan-kawan pun sama. Nak ke mana-mana perlu berteman. Semua benda nak berkepit tak boleh berseorangan. Kalau sehari tak jumpa bestfriend/bf, mulalah tak tentu arah.
5. Sentiasa inginkan perhatian
Kalau dah clingy, mestilah mereka juga antara individu yang sukakan perhatian. Jika menghadiri mana-mana event, haruslah paling bergaya dan cantik.
Ads
6. Mahukan pujian/kata-kata cinta daripada pasangan
Bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan, bersedialah dengan soalan ‘Awak sayang saya tak?’. Walaupun mereka tahu yang korang sayang mereka, tapi ni memang soalan harian wajib yang perlu lelaki jawab. Kalau tak, merajuk la nanti. Hiks!
7. Ms Always Right
Apa saja yang dikatakan mereka semuanya betul. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya atau berani mengatakan tidak. Kalau tak, bersedialah untuk argue dengan mereka selama berjam-jam. Disebabkan itu ramai lelaki hanya mengiyakan apa saja kata perempuan. Hehe!
Walau bagaimanapun, tidak semua perempuan bersikap seperti ini. Masih ada yang pandai berdikari dan pandai membawa diri. Apa-apa pun, perempuan ni penyayang orangnya. Itu sebab mereka terlebih ‘manja’ lebih-lebih lagi dengan orang yang mereka sayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertemuan semula bekas kekasih yang juga merupakan penyanyi popular Senorita, Shawn Mendes dan Camila Cabello di karpet merah acara Met Gala 2022 pada minggu ini telah menerbitkan pelbagai reaksi daripada para peminat mereka berdua.
Ini memandangkan Shawn dan Camila telah menghadiri acara yang sama pada September tahun lalu sebagai pasangan kekasih dalam persalinan Michael Kors.
Kini selepas tujuh bulan membawa haluan masing-masing, ramai memberikan pujian terhadap Shawn dan Camila yang langsung tidak kekok untuk hadir sebagai individu ‘single’ walaupun mereka mengetahui bekas kekasih mereka itu turut dijemput oleh pihak penganjur, Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met.
Kali ini, Shawn tampil dalam persalinan Tommy Hilfiger dengan dua jaket labuh yang dilapiskan bersama bagi mendapatkan efek layering yang lebih menarik. Manakala Camila pula memilih rekaan serba putih dengan esen flora oleh Prabal Gurung yang – jujurnya – tidak begitu digemari oleh pemerhati fesyen.
But we are not here to talk fashion! Sebaliknya, kita ingin menyentuh mengenai hubungan mereka berdua selepas berpisah.
Apa yang mengejutkan peminat Shawn dan Camila adalah apabila masing-masing seakan menyebutkan ayat yang sama sewaktu temubual dengan koresponden Vogue pada malam itu iaitu Emma Chamberlain.
Kongsi Shawn, “(Persalinan) ini adalah rekaan Tommy Hilfiger. Ia menarik kerana ia telah dikitar semula (upcycled). Ia amat mampan (sustainable) dan saya berbangga dapat memakainya pada tahun ini.”
Tidak lama selepas itu, tiba giliran Camila pula untuk ditemubual oleh Emma dan katanya, “Saya memakai Prabal Gurung dan ia sepenuhnya mampan dan dikitar semula. Dan (dua elemen itu) adalah penting untuk saya pada tahun ini.”
Talk about soulmates!
Tidak cukup dengan itu, Emma juga (secara kebetulan?) menyentuh tentang rekaan kuku mereka berdua (secara berasingan, of course) dan membandingkan kukunya dengan kuku Shawn dan Camila.
Shawn memilih warna kuku bagi melambangkan warna rasmi Tommy Hilfiger iaitu merah, biru dan putih. Manakala Camila pula menggelar dirinya dan Emma sebagai ‘Nail Sisters’ setelah memilih rekaan kukur serba putih seperti Emma.
Seperti yang pernah Shawn dan Camila katakan dalam kenyataan rasmi sewaktu berpisah pada November tahun lalu, mereka mula saling mengenali sebagai kawan baik dan kini akan terus menjadi kawan baik.
Persamaan yang tercetus dalam temubual dengan Vogue kali ini hanya mengingatkan peminat mengenai nostalgia perhubungan mereka. Namun baik peminat Shawn, 23 dan Camila, 25 tetap dilihat menghormati keputusan idola mereka itu untuk menamatkan hubungan 2 tahun tersebut dan tidak cuba untuk ‘memaksa’ mereka untuk kembali bersama.
What do you think? Adakah sememangnya Shawn dan Camila secocok?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah dengar dengan istilah ‘abusive realtionship’? Sebenarnya bukan hanya kes kekerasan fizikal sahaja yang secara terang-terangan membawa makna hubungan yang toksik. Tetapi penderaan emosi juga merupakan satu lagi cara bagaimana untuk mendefinisikan sesebuah hubungan cinta itu penuh dengan aura toksik dan busuk.
Penderaan emosi ini berlaku dalam banyak cara dan definisi sebenarnya cukup luas sekali. Namun secara kasarnya ia merupakan perbuatan atau percakapan daripada pasangan yang menyebabkan seseorang itu menerima impak negatif dari segi emosi dan perasaan.
Jika penderaan emosi ini berlaku secara berterusan ia boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa menjadi resah, ketakutan, kemurungan dan paling teruk rasa rendah diri yang melampau. Malah dalam sesetengah kes paraha, mangsa menjadi tidak berdaya dan merasakan diri mereka tidak mampu untuk berdikari tanpa pasangannya akibat didera secara emosi dalam jangka masa yang lama.
Kamu boleh mengelak daripada menjadi mangsa penderaan emosi dalam hubungan. Bagaimana? Ikuti 10 petanda awal yang boleh kamu perhatikan sama ada kamu adalah bakal mangsa atau tidak.
1. Sering memalukan kamu
Ini merupakan salah satu petanda awal. Dimalukan oleh pasangan sendiri merupakan salah satu petanda penderaan emosi. Sebagai contoh memarahi kamu di tempat awam dengan meninggikan suara. This is a big NO dalam hubungan cinta!
2. Tidak simpan rahsia
Tidak ada apa yang paling mengecewakan apabila pasangan sendiri mendedahkan hal-hal sensitif yang dikongsi oleh kamu kepada orang lain. Ini secara tidak langsung boleh merendahkan keyakinan diri kamu apabila hal-hal sensitif menjadi bualan orang lain.
3. Mengongkong penampilan
Bukanlah tidak boleh untuk memberikan sedikit tips atau nasihat tentang pakaian pasangan tetpai janganlah melampau. Jika seseorang itu betul-betul sayang dia akan terima terima kamu seadanya seperti mana dia kenal pada pertemuan pertama. Dalam kes paling teruk si dia mula memberi panggilan buruk terutamanya melibatkan fizikal kamu.
4. Tidak beri peluang bercakap
Adat asam garam dalam hubungan cinta pasti akan ada perselisihan faham dan pendapat. Seseorang yang sangat dominan dan suka mendera emosi pasangannya tidak akan tahu untuk mengalah. Apa yang dia tahu sama ada dia betul atau tidak, dia adalah di pihak yang benar. Paling teruk, dia akan memotong percakapan setiap kali kamu memberikan penjelasan.
Ini merupakan satu lagi petanda seseorang yang mempunyai potensi besar menjadi pendera emosi pasangannya. Ketahuilah bahawa telefon merupakan ruang privasi yang cukup sensitif. Kelakuan begini yang dilakukan dengan kerap menunjukkan dia tidak mempercayai kamu. And worst case, dia akan mencari sebab untuk memarahi kamu; contoh jika kamu follow atau like gambar individu-individu tertentu.
6. Asingkan daripada keluarga
Dalam banyak kes penderaan emosi, si pelaku amatlah tidak suka jika pasangannya sering meluangkan masa dengan keluarga. Ya, ini merupakan salah satu tanda controlling behaviour yang cukup parah. Selagi boleh dia tidak mahu kamu meluangkan masa dengan orang lain selain dirinya. Mereka juga risau yang kamu akan dipengaruhi oleh ahli keluarga atau kawan-kawan untuk meninggalkan dia.
7. Melampau batas
Maksud REMAJA di sini ialah tindakan pelaku yang dilakukan atas kehendak diri mereka tanpa persetujuan kamu. Contohnya, mereka menggunakan wang daripada akaun kamu untuk membeli belah secara online. Jika perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ia adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Malah, jika ditegur kamu pula yang dimarahinya dengan alasan tidak mempercayainya.
8. Paksa kamu langgar prinsip
Setiap orang pasti mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai contoh kamu mempunyai tabiat sering menderma untuk anak-anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. Kerana bagi kamu setiap tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Akan tetapi bila bersamanya kamu pasti akan dimarahi kerana baginya ia satu perbuatan sia-sia. Walhal itu adalah wang kamu dan merupakan satu amalan mulia.
9. Kena minta kebenaran
Sikap mengonkong paling teruk ialah dia perlu tahu setiap gerak-geri kamu pada setiap masa. Ini merupakan satu lagi petanda jelas kamu berada dalam hubungan toksik. Ingin ke mana sahaja kamu perlu beritahunya dan tambah teruk lagi kamu perlu minta izin daripadanya. Mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin!
10. Merendahkan impian kamu
Seorang pelaku emotional abusive secara tipikalnya amat takut jika kamus sebagai pasangannya menggapai cita-cita mereka. Ini kerana dia tidak mahu melihat kamu boleh berdikari sendiri dan paling penting dia mahu kamu terus bergantung terutamanya daripada segi emosi. Disebabkan itu dia akan senantiasa mentertawakan dan memandang rendah impian kamu.
Nasihat REMAJA, jika pasangan kamu mempunyai tanda-tanda di atas segeralah keluar daripada hubungan toksik seperti ini. Masih tidak terlambat untuk sedar bahawa hubungan ini hanyalah memberikan lebih banyak kemudaratan kepada kamu. Usah takut untuk katakan TIDAK dan lebih sayang kepada diri sendiri.
*foto adalah hiasan semata dan tidak ada kaitan dengan drama ‘Fight My Way’
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial sekeping foto yang memaparkan sukarelawan popular, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dengan pasangannya, Evanoza Zakaria dalam persalinan akad nikah.
Justeru, warganet mula berteka-teki sekiranya mereka telahpun menamatkan zaman bujang biarpun sebelum ini merancang majlis akad nikah untuk berlangsung serentak dengan majlis resepsi pada Disember nanti.
Azwan, 30 ketika dihubungi oleh rakan media pada hari ini mengesahkan mereka telahpun bergelar suami isteri sejak 14 Oktobr lalu. Sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat sahaja, mereka telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh, Melaka.
Mengulas mengenai keputusan untuk mempercepatkan majlis akad nikad kira-kira sebulan lebih awal, Azwan menjelaskan bahawa keputusan itu dilakukan untuk mengelakkan fitnah terhadap dia dan isteri.
“Kami banyak menjalankan misi kemanusiaan bersama-sama. Jadi kita percepatkan dengan cara lebih mudah.
“Saya dan pasangan juga belum menetapkan tarikh resepsi persandingan kerana khuatir bencana banjir yang dijangka berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut ini,” katanya.
Sementara itu, perkhabaran gembira ini telah dirahsiakan seminggu lamanya atas sebab terdapat beberapa urusan penting yang perlu mereka selesaikan.
Tanpa niat untuk merahsiakannya, Azwan berkata mereka sebenarnya menunggu waktu yang sesuai untuk kongsikannya. “Saya tidak tahu macam mana berita ini bocor. Ramai hantar DM (direct message) kepada saya, tanya betul ke sudah kahwin. Jadi selepas berbincang dengan isteri, itu yang saya buat Facebook Live,” jelasnya.
Pasangan itu yang kini akan fokus kepada misi bantuan kemanusiaan juga sedang berkira-kira untuk mengajak orang ramai ke majlis resepsi kelak bergantung kepada kesesuaian bajet serta saiz dewan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...