Gambar hiasan

Setiap pasangan sama ada suami isteri atau kekasih memerlukan sikap bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak semestinya pasangan itu memerlukan karakter yang sama, tetapi jadikan perbezaan sikap itu sebagai satu cabaran dalam perhubungan.

Memiliki pasangan yang berlainan ‘perangai’ dan minat ini adalah normal, namun sekiranya perbezaan ini membuatkan korang tidak berasa selesa dengan hubungan tersebut, nah itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan korang.

7 Sikap Dominan Ini Buat Hubungan Tidak Sihat, Elak Salah Pilih Pasangan
Gambar hiasan

Antara sikap yang sering menjadi isu dalam perhubungan adalah mereka yang bersifat dominan dan tidak mahu mendengar atau bertolak ansur dengan pasangan. Bagaimana nak tahu pasangan korang itu bersikap dominan atau tidak, jom kita lihat antara kebiasaan yang dilakukan oleh individu dominan ini.

1. Suka mengawal pasangan

Terdapat perbezaan diantara ‘caring’ dan ‘control’. Jangan terpedaya dengan sikap kononnya mereka caring dengan korang tapi sebenarnya lebih kepada ingin mengawal kehidupan pasangan. Contohnya, mereka akan mengatur segalanya tanpa berbincang atau mendapat persetujuan dengan korang terlebih dahulu.

Ads

Kalau nak shopping baju pun dia yang pilih, tak ke control sangat tu?

7 Sikap Dominan Ini Buat Hubungan Tidak Sihat, Elak Salah Pilih Pasangan
Gambar hiasan

2. Tidak beri sokongan

Setiap apa yang korang lakukan, ada sahaja yang tak kena pada mata si dia. Malah lebih teruk lagi apabila mereka mengutuk dan memperkecilkan kebolehan korang. Contohnya, korang ingin berniaga online, tetapi dia terus berfikir negatif dan tidak menyokong kemahuan korang dengan alasan nanti akan menanggung kerugian dan mengatakan bahawa bagaimana jika perniagaan tersebut tidak berjaya?

Ads

3. Tidak menerima pandangan atau pendapat pasangan

Jika ingin hidup bersama, sudah tentu kita perlu sering bertolak ansur dan sering mendengar pendapat mahu pun pandangan pasangan tidak kiralah dalam apa jua situasi. Individu dominan lebih bersikap pentingkan diri sendiri dan menganggap semuanya perlu mengikut telunjuknya.

7 Sikap Dominan Ini Buat Hubungan Tidak Sihat, Elak Salah Pilih Pasangan
Gambar hiasan

4. Suka mengkritik

Lebih kurang dengan kenyataan nombor dua tadi, pasangan dominan dilihat mempunyai sikap suka mengkritik dan lebih kepada perkara-perkara negatif. Tidak salah sekiranya kita mahu mengkritik pasangan untuk bersikap jujur, tetapi biarlah dengan cara positif dan berhemah, bukannya menjatuhkan semangat pasangan itu. Ini membuatkan pasangan akan merasa rendah diri.

Ads

5. Mengugut pasangan sekiranya tidak mengikut kata

Individu dominan juga cenderung untuk mengugut ingin berpisah sekiranya pasangan mereka tidak mengikut kata dan kehendak yang diingininya.

7 Sikap Dominan Ini Buat Hubungan Tidak Sihat, Elak Salah Pilih Pasangan
Gambar hiasan

6. Tidak menghormati privasi pasangan

Apa sahaja yang korang lakukan, semuanya perlu dipantau oleh si dia. Lebih menakutkan lagi, apabila mereka sering check akaun media sosial korang dan meminta password. Setiap perhubungan memerlukan sikap saling percaya. Kalau dah akaun media sosial pun nak jaga, itu dah kira jadi admin pula ya. Hiks!

7 Sikap Dominan Ini Buat Hubungan Tidak Sihat, Elak Salah Pilih Pasangan
Gambar hiasan

7. Dia sering membuatkan korang rasa kesepian

Hubungan yang sihat akan membuatkan pasangan rasa dihargai. Namun, sekiranya semua keputusan dibuat oleh pasangan, korang mungkin berasa sedih dan sepi kerana tidak berpeluang melakukan perkara yang diminati.

Ha, cuba check balik sikap pasangan korang, ada yang macam ni ke?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI