Pernah atau tidak korang mengalami situasi di mana terpaksa untuk menolak sesi interview kerana terlalu banyak menerima email tawaran bekerja dalam satu masa?
Kalau ikutkan hati memanglah rasa happy bila banyak panggilan interview yang diterima, tapi dah tentu korang tak dapat nak pergi semua tempat.
Seandainya korang berada di situasi seperti ini, janganlah hanya dibiarkan sahaja email tawaran yang tak dapat diterima itu. Manalah tahu di masa akan datang korang nak apply
kerja lagi, sekiranya korang hanya berdiam diri dan tidak hadir, besar kemungkinan nama korang akan di blacklist.Jadi, apa yang korang boleh buat?
Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh Asyraf Khalib ini tentang cara macam mana nak menjawab email panggilan interview yang terpaksa ditolak.
1. Greeting pekerja tersebut dengan menggunakan nama atau position mereka yang tertulis pada email (tengok bahagian signature)
2. Pujilah sikit cakap korang terharu sebab mereka dah habiskan masa untuk check resume korang dan siap balas email jemput datang interview
3. Jangan terus cakap ‘No’ atau ‘Saya tak berminat’. Beritahu dulu dengan cara paling baik yang korang nak tarik balik permohonan tempoh hari.
Tambah sikit ayat menunjukkan korang kecewa terpaksa tolak tawaran meraka. Nampak sikit la korang jaga hati mereka. Hiks!
4. Kalau ada alasan munasabah, tulis alasan tersebut. Kalau tak ada, lebih baik tak perlu. Contohnya cakap sekarang kau dah terima kerja di syarikat lain yang offer lebih awal. Jangan bagi alasan gila seperti korang dah tak berminat nak kerja di situ.
5. Ucap terima kasih sekali lagi dan beritahu yang korang berharap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi. Sekurang-kurangnya mereka faham yang korang tak main-main dan bukan jenis suka mohon kerja banyak-banyak dalam satu masa.
6. Akhir sekali, letak signature
menandakan korang serius dan bukanlah orang lain yang reply email tu sebab nak sabotaj. Haha!7. Sebaiknya, balas email guna bahasa yang digunakan oleh pihak mereka. Kalau bahasa Inggeris, maka reply la dalam bahasa tersebut juga.
Kesimpulannya, tak semestinya dengan company yang kita bekerja saja perlu menjaga adab sebab mereka yang bayar gaji. Tetapi, kan lebih elok kalau berbuat baik juga kepada semua orang agar mereka selesa berurusan dengan kita.