7 Subjek Dalam Satu Sem Tapi Tetap Cemerlang, Wani Kayrie Kongsi Tip Raih Anugerah Dekan

Share

Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama menjadi seorang selebriti bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.

ARTIKEL BERKAITAN : “Solat Tahajud Sebelum Ulangkaji..”,Antara Tip Cemerlang STPM Anak Rockers!

‘TOTALLY insane!’, itu yang dilalui penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan, Wani Kayrie dalam perjuangan menuntut ilmu.

Walaupun melalui detik mencabar dalam semester lalu, dia ternyata gembira dengan pencapaiannya itu.

Menerusi laman Instagram, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, yang menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjanan Muda Undang-Undang dan Perdagangan berkongsi perjalanannya yang mencabar.

“So close but Alhamdulillah! Another dean’s list. Tak tahu nak nangis ke nak happy. To have 7 subjects in one semester is totally insane!

“But so proud that I made it through this hectic and challenging journey. Rezeki juga dapat group mates yang sangat membantu dan memahami,” coretnya.

Dalam pada itu, Wani turut memohon doa orang ramai untuknya dalam mengharungi dua semester lagi.

“Terima kasih semua yang sentiasa support Wani dalam pelajaran dan sentiasa mendoakan kejayaan Wani.

“2 more semester to go for my Bachelor life. Doakan Wani berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran yang akan mendatang ya!” ujarnya.

Wani turut berkongsi slip keputusan peperiksaannya untuk tatapan umum.

 

Sementara itu, Majalah Remaja sempat menemubual penyanyi yang popular dengan lagu  Jangan Jangan tersebut. Menurut Wani, dia melanjutkan pelajaran sepenuh masa disamping menjadi selebriti di masa yang sama. Jadi disebabkan itu, tiada waktu belajar yang tetap untuk dia belajar setiap hari. Malah, dia mengakui hanya dirumah atau ada masa terluang baru dia sempat membuka buku untuk mengulangkaji pelajaran.

Cari tip belajar yang sesuai

Jadi, apa yang dilakukan oleh Wani sehingga dia boleh mendapat keputusan Dekan pada setiap semester? Dia mengakui bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kejayaan. Namun baginya, ini 5 tip yang dilakukan dan dilihat sesuai dengan semua lapisan umur yang bergelar pelajar.

1. Sesuaikan dengan situasi

Menurut Wani, disebabkan dia bergelar pelajar dan selebriti sepenuh masa. Jadi dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Malah, membahagikan masa juga sangat penting. Selalunya Wani akan belajar sewaktu malam selepas semua kerja siap.

2. Rajin Bertanya

Wani menasihatkan semua pelajar agar jangan malu dan takut bertanya jika tidak tahu. Jangan berpura-pura tahu kerana itu hanya akan merugikan diri sendiri. Wani sendiri mengakui bahawa dia akan bertanya sehabis mungkin di dalam kelas, kerana itu sahaja waktu yang dia ada untuk fokus dalam pelajaran.

3. Bijak Pilih Rakan

Rakan juga merupakan aspek yang penting kalau kita ingin berjaya. Hal ini kerana kehidupan menjadi pelajar universiti memerlukan kita untuk berkerja dalam kumpulan. Jadi, ia mampu memburukkan dan mencacatkan keputusan di akhir sem jika korang tersalah pilih ahli kumpulan. Wani bersyukur diberikan rezeki dapat group mates yang sangat membantu dan memahami

4. Jaga Waktu Tidur

Menurut Wani, dia sangat mementingkan waktu tidur. Wani turut mengakui bahawa waktu tidur paling lewat bagi Wani ialah pukul 1 pagi. Hal ini kerana bagi seorang pelajar waktu rehat sangat penting lagi-lagi yang berkerja sambil belajar ini.

5. Jangan Pandang Rendah Pada Orang Lain

Paling penting, jangan pernah memandang rendah pada orang lain walaupun korang selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini kerana tidak semua aspek kita akan menjadi terbaik. Kadang-kala idea dan nasihat orang lain juga dapat membantu untuk kita berjaya.

Selain itu, Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, pensyarah/guru, kawan dan orang sekeliling.

“Bagi saya yang juga merupakan pelajar dan juga sedang berkerja, melakukan dua perkara dalam satu masa yang sama bukanlah senang. Namun, tetapkan niat dan tujuan kenapa korang menjadi seorang pelajar. Niat itu sangat penting, jika niat kita baik. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya lagi.

Tahniah Wani! Kalau Wani boleh buat, kenapa pula korang tak boleh kan? Moga Wani Kayrie dapat memberi inspirasi buat semua yang sedang menuntut ilmu untuk gapai anugerah dekan tiap sem.

BACA LAGI : Nak ‘Speaking’ Macam Mat Salleh? Ini Tip Dari Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana