Omo! Ship kegemaran peminat tegar K-Drama telah putus?!
Kecoh baru-baru ini apabila pasangan terkenal, Hyeri Girl’s Day dan Ryu Jun-yeol dilaporkan telah berpisah setelah bercinta selama kira-kira tujuh tahun.
Agensi mereka mengesahkan berita ini selepas media tempatan Korea membuat laporan.
Menurut laporan eksklusif dari News1, Hyeri dan Jun-yeol dilaporkan memutuskan hubungan mereka dan kembali menjadi kawan biasa.
Agensi Ryu Jun-yeol, C-JeS Studios, dan Creative Group ING sebagai agensi Hyeri kemudian mengesahkan laporan itu.
“Memang benar dia dan Hyeri sudah putus,” kata wakil agensi Jun-yeol.
“Memang benar dia sudah putus cinta dengan Ryu Jun-yeol,” jelas wakil agensi Hyeri.
Ads
Laporan eksklusif News1 juga mendedahkan bahawa keputusan itu diambil selepas Hyeri dan Ryu Jun-yeol mempertimbangkannya untuk masa yang lama.
Buat makluman, pasangan dua sejoli ini disahkan berpacaran pada Ogos 2017. Mereka menjalinkan hubungan romantik selepas membintangi drama hit Reply 1988 (2015).
Pasangan ini turut dikenali sebagai pelakon terkenal dan dihormati dalam industri Korea Selatan. Hyeri sering membintangi drama, manakala Jun-yeol lebih kerap muncul di skrin besar filem.
Hyeri terkenal dengan drama Two Cops (2017), Miss Lee (2019), My Roommate Is a Gumiho (2021), Moonshine (2021) dan May I Help You? (2022).
Ads
Sementara itu, Jun-yeol dikenali sebagai pelakon filem yang membintangi No Tomorrow (2016), One Way Trip (2016), The King (2017), Little Forest (2018), The Battle: Roar to Victory (2019), dan Alienoid (2022). ).
Pasangan itu juga sering muncul di khalayak ramai, memuji serta menyokong satu sama lain. Sebagai contoh, Hyeri pernah menjelaskan bahawa kekasihnya itu sentiasa memberikan sokongan semasa dia menjalani penggambaran drama Moonshine (2021).
Jun-yeol juga dikatakan sentiasa menyokong lakonan Hyeri dalam My Roommate Is a Gumiho (2021), malah tidak pernah terlepas satu episod tayangan semasa drama itu disiarkan.
Ads
Hmmmm…tapi apakan nasib, jodoh mereka tidak berpanjangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara emas dari negara seberang, Cakra Khan berjaya memukau penonton dan juri selepas mempamerkan nyanyian luar biasa pada uji bakat program America’s Got Talent (AGT) musim baharu.
Pelantun lagu popular Harus Terpisah itu telah mendapat pujian melambung daripada barisan juri sehingga menerima ‘4 yes’.
Pada persembahan tersebut, Cakra Khan telah membawakan lagu legenda Bob Marley berjudul No Woman, No Cry dan mendapat ‘standing ovation’ daripada keempat juri iaitu Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.
“Sangat jarang dengar suara seperti itu. Saya memang sangat sukakan suara kamu,” komen Cowell selepas persembahan mengagumkan Cakra itu.
Pemilik nama sebenar, Cakra Konta Paryaman itu turut berkongsi perkara itu dalam satu hantaran menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Hantaran tersebut telah dibanjiri komen pujian daripada rakan industri sama ada di Indonesia mahupun Malaysia yang memberi kata semangat dan mendoakan kejayaan penyanyi berusia 31 tahun itu.
Sekadar informasi, America’s Got Talent merupakan satu rancangan realiti TV popular yang membuka ruang buat sesiapa sahaja untuk menunjukkan bakat terpendam sekali gus memberikan platform untuk mengapai impian yang mungkin menjadi nyata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada tahun 2015 kita telah diperkenalkan dengan filem ‘Goosebumps’ yang mengetengahkan Jack Black selaku teraju utama dengan memegang watak sebagai penulis novel seram popular, R.L. Stine. Menerusi filem pertama juga kita diperkenalkan dengan premis bahawa buku-buku yang ditulis oleh R.L. Stine telah menghidupkan karakter-karakter monster di dalamnya.
Jadi bagaimana pula pula dengan filem sekuel yang diberi judul ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’? Well, secara dasarnya ini bukanlah sekuel secara langsung daripada filem pertama kerana ia berlaku di tempat yang berbeza dan mengetengahkan tiga karakter utama yang pertama kali diperkenalkan.
Tiga kakrakter tersebut ialah Sonny Quinn dan kakaknya, Sarah Quinn dan seorang lagi kawan baiknya, Sam Carter. Walaupun mengetengahkan karakter yang berlainan namun jalan ceritanya masih berkisar dalam universe yang sama. Malah, Jack Black juga turut melakukan kemunculan istimewa di dalam filem ini… which is interesting kerana plotnya mungkin membawa kepada pengembaran baharu dalam sekuel akan datang. Mungkin…
Plotnya ringkas dan sangat straight forward. Sonny dan Sam ingin memulakan kerja sambilan untuk mencari duit poket dengan melancarkan bisnes pelupusan sampah. Dan suatu hari mereka dijemput untuk mencuci sebuah rumah tinggal. Di dalam rumah tersebut mereka menemui sebuah buku atau manuskrip novel. Selepas membukanya, patung Slappy the Dummy telah muncul dan hidup.
Kemunculan Slappy the Dummy yang menghuru-harakan kehidupan mereka
Kemunculan Slappy pada mulanya disangka mereka sebagai pembantu mereka yang mempunyai kuasa ajaib. Namun tanpa mereka sedari, Slappy merupakan entiti asing yang mempunyai misinya tersendiri. Slappy kemudian menjadikan seluruh pekan Wardenclyffe dihantui oleh pelbagai monster ciptaan sempena Halloween menjadi hidup.
Sebagai seorang kakak, Sarah pula perlu menjadi ketua bagi mencari jalan bagaimana untuk menghalang Slappy dengan misi jahatnya.
When the monster comes alive!
Satu perkara yang REMAJA suka dengan filem ini ialah kesederhaan elemen seram dan komedi yang dibawanya. Tidak salah jika REMAJA katakan inilah antara ‘popcorn movie’ yang paling kami enjoy menontonnya dalam masa terdekat.
Lakonan pelakon mudanya juga agak baik dan membantu plotnya yang cukup ringkas. Kesan khas dan pelbagai praktikal efek juga menarik perhatian kami. Gabungan dua elemen ini telah menjadikan ‘Goosebumps 2’ sebagai sebuah filem seram yang ‘hidup’ dan tidak membosankan.
Jika korang minat dengan filem yang simple, seram tapi kelakar inilah filem yang wajib korang tonton buat masa sekarang. ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’ akan mula ditayangkan di seluruh negara mulai esok!
RATING: 3.5/5
CONTEST ‘GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN’
5 X HADIAH UTAMA
T-shirt Edisi Terhad ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Bucket ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
5 X HADIAH KEDUA
Beg tote ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
2 X HADIAH SAGU HATI
Buku nota ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konsert separuh akhir bagi pertandingan Big Stage 2019 telahpun berlangsung semalam dan boy, were we in for some surprises!
Tujuh orang peserta telah berentap dengan tema ‘Single Baharu’ dan ‘Cover Final’, namun hanya 5 orang peserta saja yang berjaya mara ke konsert akhir Big Stage 2019 pada minggu hadapan.
Mereka ialah Neeta Manisha, Han Byul, Dinda Permata, Andrin dan Irfan Haris.
Ini bermakna dua peserta yang telah menunjukkan prestasi konsisten sepanjang pertandingan iaitu Fieya Julia dan Kucaimars tersingkir semalam dengan jarak markah yang agak ketara.
Menurut panel juri, pernafasan Kucaimars semakin tidak teratur di penghujung nyanyian semalam walaupun tona suaranya sesuai dengan lagu Keabadian Cinta (Anuar Zain).
Manakala, Fieya Julia yang membawakan lagu mencabar, Chandelier pula menyaksikan nyanyiannya ‘tersasar’ sedikit sewaktu bahagian chorus.
Mereka berdua juga bergandingan dengan Sam Bunkface (Kucaimars) dan Liza Hanim (Fieya) untuk pusingan kedua. Namun, ia masih belum memadai untuk menyelamatkan diri masing-masing sekaligus berdepan penyingkiran.
*
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada 5 finalis yang layak ke konsert terakhir. Di ruangan media sosial, Big Stage 2019 yang sekali lagi menjadi trending semalam bertukar meriah dengan ramalan oleh penonton akan siapa di antara mereka berlima yang bakal membawa pulang kejuaraan.
Masing-masing memperolehi sokongan daripada peminat, namun dua nama yang kerap disebut-sebut ialah Neeta Manisha dan Han-Byul.
Neeta mendapat pujian juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila menyanyikan lagu Potret. Bukan mudah kata beliau untuk membawakan lagu berkumpulan secara sendirian dengan baik.
Han Byul pula ‘dicemburui’ Judika apabila dia digelar bintang yang boleh menyanyi dan menari di atas pentas.
Kalau melihat kepada tweet peminat semalam, mereka juga seperti tak sabar untuk melibat Neeta dan Han Byul berentap untuk merebut title juara.
Sokongan Untuk Neeta
Sokongan Untuk Han Byul
*
Itu hanyalah ramalan daripada peminat di Twitter.
Persaingan masih terbuka untuk kelima-lima peserta. Tak mustahil untuk Dinda Permata, Adzrin dan Irfan Haris untuk mengejar kedudukan mereka berdua.
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...